Langkau ke kandungan utama

DAJAL KUASAI MANUSIA MELALUI MUZIK YANG MELALAIKAN.


DAJAL KUASAI MANUSIA MELALUI MUZIK YANG MELALAIKAN.

  

Pengaruh muzik luar terhadap remaja tidak pernah dibendung secara serius dari dulu hinggalah sekarang, khususnya muzik berbentuk pop, rock, metal dan sebagainya yang diminati remaja kita. Pengaruh muzik yang dilancarkan secara langsung sudah boleh diikuti oleh remaja kita sekarang begitu cepat penyebarannya sekarang. Melalui teknologi terkini sangat sulit untuk dikawal. 


Sekarang tiba pula aliran Heavy Metal yang begitu berani dan lantang menerapkan unsur-unsur syaitan dan muzik-muzik mereka. Ini termasuklah kumpulan Iron Maiden dan Deo. Decide, sebuah kumpulan dari aliran Brutal Death Metal 
mengembangkan lirik berunsur syaitan yang diperolehi melalui pemujaan syaitan. Dahi mereka dicap dengan tanda salib dan anak-anak mereka diberi nama-nama syitan. Ini mempengaruhi dan dijadikan ikutan oleh pengikut-pengikut Black Metal yang datang kemudian. Akhirnya, muncullah aliran Black Metal dengan kumpulan-kumpulan Mayhem, Rothing Christ, Dack Throne dan banyak lagi. Mereka ini memuja syaitan. Lirik-lirik lagu mereka pun syaitan yang bagi yang diperolihi melalui proses pemujaan syaitan.


Pengaruh muzik Dajal terpaksa berdepan dengan kebangkitan Islam. Kini bukan macam sebelum ini, masyarakat sudah ada pilihan. Mereka boleh memilih muzik yang mengagungkan Tuhan atau muzik yang mengagungkan nafsu dan syaitan. Sama-sama naik dan bersaing mendapat tempat didalam masyarakat. Hiburan yang menimbulkan keinsafan dan membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Saingannya hiburan yang melalaikan dan membesarkan syaitan dan nafsu.


Penyakit tubuh badan. Bila kita mati, penyakit ini pun ikut turut mati sama. Tiada lagi. Tetapi soal rosak iman dan rosak akidah ini ialah satu penyakit rohani dan balanya membawa ke Akhirat. Ia boleh menyebabkan kita kekal dalam Neraka selama-lamanya. Kalau kita boleh tentang penyakit tubuh badan dan penyakit lahiriah sampai begitu rupa, kenapa penyakit Black Metal yang lebih dahsyat dan yang merosakkan iman ini kita tak boleh. Kenapa kita tak sembur vektornya (kumpulan Black Metal itu sendiri) dan musnahkan tempat biaknya.


Tuhan ingatkan bahawa Syaitan itu adalah musuh yang nyata. Barat sebaliknya, cuba tonjolkan dalam sudut penafian yang ketara adalah dengan wujudkan watak Syaitan yang baik. Ambil sahaja contoh filem popularnya yang ditayangkan pada tahun 2004 iaitu Hellboy, sebuah karya Guillermo del Tor yang diadaptasi daripada komek. Hellboy memaparkan jalan cerita makhluk bertanduk seakan syaitan dan dijadikan anak angkat oleh seorang saintis. Peranan Hellboy adalah memerangi kejahatan dan ancaman paranormal. Seekor (kerana Hellboy makhluk berekor) anak Syaitan diangkat menjadi hero utama dan memegang watak mulia. Sanggup menghapuskan kejahatan di muka bumi dan hidup bersama dikalangan manusia. Apakah maksudnya? 


Mana mungkin Syaitan boleh diangkat menjadi makhluk yang mulia. Allah telah menceritkan di dalam Al Quran tentang sikap iblis dan syaitan yang bongkak dan angkuh untuk tunduk kepada seseorang yang berasal dari tanah sedangkan ia lebih kuat yang dijadikan dari api. Maksud firman Allah: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12).


Malah berulang kali juga Tuhan nyatakan didalam Al Quran bahawa syaitan itu musuh manusia yang nyata. Ia ada disebut berulang kali di dalam surah al-Baqarah 2:168, 

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."

Maksud firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
 (Al-Baqarah 2:208).


Manusia bukan lagi memuja Allah tetapi memuja nafsu dan syaitan. Syaitan yang di agungkan dan dibesarkan. Dan Syariat Tuhan lahir mahupun batin dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata. Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya', ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia apabila sudah menurut hawa nafsu dan melanggar perintah Tuhan sangat mudah di kuasai Dajal. Manusia tersebut akan mendapat laluan seluas-luasnya dari Dajal. Mendapat pembelaan dari Dajal. Apa sahaja kegiatan manusia tersebut mendapat dokongan dan pembelaan dari Dajal. Manusia hidup sudah lebih ganas dan liar lebih dari binatang. Dirinya hancur dan menghancurkan orang lain. Maka lahirlah kerosakan di mana-mana sama ada didaratan mahupun di lautan.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N