Langkau ke kandungan utama

KEMATIAN LALUAN MENUJU AKHIRAT.


KEMATIAN LALUAN MENUJU AKHIRAT


Firman Allah:

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Al-Baqarah 2:132).


Kematian adalah sesuatu yang pasti. Marilah kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Manusia yang paling cerdik adalah banyak mengingati mati. Mengingati mati dan membuat persiapan adalah sebijak2 perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa bekalan? Seseorang yang ingin bermusafir (contoh, belajar oversea 3 tahun), mesti teringatkan untuk membuat persediaan dan membawa bekalan. MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat dekat. Bagaimana mungkin kita merasa selamat dari MATI ? Sedangkan  hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya, tidak perlu naik kenderaan… Hanya berada di tepi jalan boleh mati dilanggar kereta.



Bagaimana mungkin kita merasa selamat jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api?
Tidakkah kita dengar hal-hal kematian di dada khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak menjangkakan mereka akan mati hari tersebut.
Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?


Kematian mendorong kita membuat persiapan bekalan menuju Akhirat. Mendorong kita memperjuangkan Islam yang indah dan global. Apa yang dimaksudkan dengan Islam yang indah dan bersifat global. Semua aspek Islam terbawa dalam setiap tindakan. Aqidah dan syariat terbawa dan berlaku dalam semua aspek dan tempat, samada dalam diri sendiri, rumahtangga, masyarakat, pejabat, pentadbiran, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, hiburan, perhubungan, dalam negara dan hal-hal antarabangsa.
Begitulah indahnya Islam Yang bersifat global. Dengan kata-kata lain kita bersiap dengan bekalan amalan soleh. Juga Tuhan ingatkan dalam Al Quran, masuklah kedalam agama secara menyeluruh.

Maksud Firman Allah:

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguh-nya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS: An-Nahl: 97).


Dari Abu Hurairah r.a ia brkata. "Rasulullah SAW. brsabda, 'apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara, yaitu sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak shaleh yang mendo'akan kedua orang tuanya' ."
 (H.R Muslim no. 3084).


Khalifah Rasulullah yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:"Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu."



Menyedari hakikat bahawa kehidupan ini terlalu amat singkat berbanding dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walaupun sekelumit. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk mengelak penderitaan dunia yang sakitnya ibarat gigitan semut ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat di Neraka, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dilintaskan oleh hati.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N