Langkau ke kandungan utama

UNIVERSITI ROH MELAHIRKAN IKHWAN DAN ASOIB.



UNIVERSITI ROH MELAHIRKAN IKHWAN DAN ASOIB.


IKHWAN dan ASOIB berasal dari perkataan bahasa Arab. (إخوان ، عصائب ). Ikhwan ertinya saudara Rasulullah dan Asoib ertinya orang yang fanatik dengan Rasulullah. Pilihan di kalangan orang mukmin. Bukan sahaja yang bermaruah, ada jati diri, berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran asing yang merusakkan. Ikhwan dan Asoib orang sangat cintakan dan rindu Rasulullah dan begitu juga Rasulullah mencintai mereka. Sekalipun mereka tidak pernah bertemu dengan Rasulullah begitu juga Rasulullah tidak pernah bertemu mereka. Berbeza dengan Para Sahabat Rasulullah, mereka pernah bertemu dengan Rasulullah. Hati Ikhwan dan Asoib sama macam Sahabat Rasulullah sangat mencintai Rasulullah.


Roh Ikhwan dan Asoib sangat aktif berperanan untuk kebangkitan Islam kali kedua. Tuhan sangat memberikan perhatian yang khusus terhadap hati Ikhwan dan Asoib.
Para salafus soleh datang ke tanah Melayu untuk mencari mereka. Dalam masa yang sama mereka berdakwah di Kepulauan Melayu. Sebab itu Bahasa Arab lebih banyak mempengaruhi fonologi bahasa Melayu disebabkan oleh pengaruh Arab yang memperkenalkan agama Islam yang menuntut penggunanya membaca al-Quran. Secara tidak lansung penggunanya turut mempelajari bunyi-bunyi bahasa Arab. Pengaruh Arab telah pun bermula di Kepulauan Melayu sejak abad ke-14, maka tidak hairanlah bahasa Arab menguasai masyarakat di Kepulauan Melayu. 


Sembahyang atau solat ertinya doa, rahmat daripada Allah. 
Ertinya simbol rintihan hamba kepada Tuhannya. Ikhwan dan Asoib rintihan hati dan doa mereka sangat luar biasa. Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM. Sembahyang adalah hubungan rasmi antara hamba dengan Tuhan. Berzikir adalah hubungan yang berlaku pada bila-bila masa sahaja dengan kata-kata lain hubungan tidak rasmi. Perbezaan hubungan rasmi ialah hambanya kena menghadap rumah Allah (Kaabah) sedangkan hubungan tidak rasmi boleh mengadap kemana sahaja ketika berzikir.


Allah-lah yang mensyariatkan sembahyang. Allah-lah yang memanggil Rasulullah s.a.w. ke Sidratul Muntaha untuk dianugerahkan sembahyang. Allah ajarkan sembahyang yang agung itu kepada baginda Nabi! Hasil bersembahyang membuatkan hati baginda s.a.w. tidak putus-putus lagi dengan Allah. Rasa-rasa takut, harap, cemas dan bimbang menguasai peribadi dan hati baginda di sepanjang sembahyang. Segala bacaan dan perbuatan di dalam sembahyang yang Allah syariatkan itu benar-benar menghidupkan akal dan rasa hati para hamba kepada Allah.


Sembahyang adalah UNIVERSITI ROH. Ikhwan dan Asoib adalah orang roh sebab itu mereka adalah lepasan UNIVERSITI ROH. Sebuah universiti yang agung di dunia ini. Kaabah adalah komplek yang agung sebab itu dinamakan rumah Allah. Bangunan yang pertama dibangunkan di muka bumi ini. Orang roh sangat merindukan rumah Allah (Kaabah) atau UNIVERSITI ROH. Ikhwan dan Asoib adalah graduan lepasan UNIVERSITI ROH.


Maka hasil UNIVERSITI ROH MELAHIRKAN IKHWAN dan Universiti yang sama melahirkan para Sahabat. Kesan UNIVERSITI ROH terjadilah kebangkitan Islam yang pertama dan kebangkitan Islam yang kedua. Masyarakat yang takut Tuhan dan Rindu Nabi. Masyarakat yang merindui Nabi SAW dan mereka di rindui oleh Nabi SAW. Demikianlah agungnya sembahyang atau Universiti roh yang Abuya ajarkan pada kita hasil diajarkan oleh baginda Nabi SAW. Mana-mana anak murid yang betul-betul mengaji dengan Abuya tentang sembahyang yang agung, ketahuilah bila dia mendirikan sembahyang, maka roh Abuya, mursyidnya akan memandunya untuk sampai terjadi rasa takut Tuhan dan rindu Nabi disepanjang sembahyang, bahkan terkesan sampai diluar sembahyang!


 PARA MUQARRABIN, PARI NABI, DAN RASUL.

Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Allah itu dihayati sungguh-sungguh, bahkan mereka sembahyangnya sampai Sidratul Muntaha. Inilah pringkat tertinggi dalam sembahyang. Golongan ini dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak-gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Sembahyangnya memberi kesan kepada kehidupannya.


Peristiwa Sayyidina Ali dipanah di kakinya, dan hanya boleh dicabut bila dia bersembahyang, menunjukkan betapa ketika sembahyangnya sangatlah terhubung hatinya kepada Tuhan. Hingga kesakitan yang begitu sekali tidak dirasainya, kerana kelazatan sembahyang. Begitu sekali kesan sembahyangnya kepada jasad lahirnya. Sembahyang peringkat ini telah membuahkan perasaan hamba.Kemuncak sembahyang peringkat ini, roh mereka bersembahyang bersama roh-roh para Nabi dan Rasul. Roh mereka berada di Sidratul Muntaha, bersama makhluk-makhluk di langit.

KESIMPULAN.

Setelah kita nilai keseluruhan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung, ialah golongan solat para solihin, solat para muqarrabin dan solat para Siddiqin sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N