Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN SUNNI.



TOKOH PEJUANG SUNNI.

TIDAK seperti pergerakan berasaskan agama Islam yang lain, jemaah yang dipimpin oleh Syeikh Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi barangkali boleh dianggap paling berpengaruh dan meninggalkan kesan di kalangan umat Islam di negara-negara Asia Tenggara khususnya negara Malaysia yang tercinta ini. Seorang tokoh Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Negara Iran adalah tapak empayar Syiah, Arab Saudi tapak empayar Wahabi dan Malaysia adalah tapak Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dikatakan mula mengumpul pengikut sejak 1968 iaitu ketika pertama kali ditubuhkan, pengikutnya bertambah dengan cepat iaitu kira-kira 6,000 orang pada tahun 1980-an. Sehinggalah pergerakan ini diharamkan pada 1994, ia sudah pun mengumpul pengikut seramai kira-kira 10,000 orang. Al-Arqam diharamkan pada 5 Ogos 1994. Dikatakan membawa ajaran sesat.
Malah, Syeikh Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi bersama-sama keluarga dan beberapa orang pemimpinnya ditangkap dibawah akta ISA.

Beliau serta beberapa orang pemimpin kanan pertubuhan itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1994 sebelum dibebaskan dua tahun selepas itu. Abuya juga pernah dibuang daerah di Selangor serta Labuan sebelum hukuman itu ditarik balik pada Oktober 2004.
Masyarakat tidak dapat melupakan apa yang telah Abuya perjuangkan, kerana beliau membawa ajaran Islam sebagai satu sistem hidup. Dengan kata-kata lain beliau membawa Islam is the way of life. Memperjuangkan Islam itu adalah ajaran yang syumul.

Sebaliknya lebih menonjol sebagai jemaah yang menghidupkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengisi keperluan asas masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Perjuangan Abuya dengan memberikan manusia Tuhan dan keperluan fizikal manusia. Kerana manusia itu terdiri daripada akal, jiwa, fizikal dan nafsu. Semua keperluan tersebut melalui perjuangan Abuya dapat memenuhinya. Ertinya itulah dunia dan itulah juga Akhirat apabila ianya memenuhi syarat-syarat ibadah dalam Islam.

Abuya telah melahirkan satu model perjuangan Islam yang relevan dengan kehidupan dunia moden hari ini.
Perjuangan ini memberi penekanan kepada pembinaan Insan sebagai teras untuk memastikan kita ada motivasi untuk bertahan. Nama jenaah atau organisasi tidak penting, sebab itu perjuangan Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi telah dikenali dengan pelbagai nama. Tempat awal penubuhannya dikenali dengan nama rumah putih, Darul Arqam, Rufaqa dan macam-macam lagi.

Syarikat itu bukan sahaja membina rangkaian perniagaan yang besar di perkampungan yang dibentuk mereka di seluruh negara, malah menjangkau sehingga ke luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Eropah.
Usaha itu selaras dengan cita-cita besar pertubuhan ini untuk mewujudkan sebuah komuniti ke arah pembentukan negara Islam yang sebenar.

Perjuangan Abuya sangat menentang ajaran Syiah dan Wahabi. Kalau Syiah bertapak di negara Iran, ajaran Wahabi pula bertapak di Arab Saudi. Maka perjuangan Islam yang asasnya berorentasikan Ahli Sunnah Wal Jamaah bertapak di Malaysia.
Ajaran Syiah atau dikenali dengan ajaran rafidah dan wahabi atau mubtadiah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini dan mejoriti negara-negara Islam.

Kini ajaran Syiah sudah mula mendapat tempat kerana tokohnya diperingkat Asia tenggara iaitu dikenali dengan gelaran Mat Sabu. Ia sekali gus memberikan tamparan hebat kepada usaha-usaha pengukuhan akidah Islam yang sebenar oleh agensi berkaitan agama sehingga mendorong umat Islam mudah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Masyarakat tidak boleh menafikan peranan Abuya sebagai pencetus kebangkitan Islam di timur ini.
Kerana itu ramai yang menganggap, dalam memperkatakan tentang kebangkitan semula kesedaran agama Islam yang sebenar di negara ini, apa yang ditinggalkan oleh Abuya tidak boleh dinafikan. Kerana beliau membawa ajaran Islam yang syumul.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N