Langkau ke kandungan utama

PEMBAWA KE AMANAN DAN KEDAMAIAN SEJAGAT.

IMAM MAHDI DI BERIKAN ILHAM.


Para pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan berjaya membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Di bawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Islam berjaya ditegakkan secara syumul. Lantas Allah berikan kejayaan kepada mereka di dunia dan di Akhirat. Faktor bagaimana mereka beroleh kejayaan adalah kerana mereka sangat dibantu oleh Allah SWT. Allah berikan mereka ilmu, kaedah perjuangan, kekuatan kasih sayang, cara memperdaya musuh serta pelbagai kekuatan lagi.

Maksud Firman Allah:"Wahai orang yang beriman, sesiapa (pemimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari agama-Nya akan Allah datangkan satu kaum (pemimpin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54).


Imam Mahdi sebagai pelaksana kebangkitan akhir zaman bertaraf sejagat. Imam Mahdi diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak tahu secara pasti bentuk atau format sebenarnya tentang bagaimana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.
Tuhan telah siapkan tapak perjuangannya di Timur dan dari sana dilancarkan keperingkat sejagat.


Tuhan telah takdirkan jadualNya untuk akhir zaman ini, khususnya tentang Imam Mahdi. Bumi timur telah Tuhan persiapkan sebagai tapak pelancaran perjuangannya keseluruh dunia. Model Islam yang dicetuskan di timur dikembangkan keseluruh dunia. Imam Mahdi dipandu dalam setiap tindakannya dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Imam mahdi mengusahakan kedua-dua bentuk usaha. Sama ada yang lahir atau yang batin. 


Ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Usaha akal nilainya 10 peratus. Kalau kita hendak bersaing dengan Amerika dengan kekuatan hanya 10 peratus bagaimana?


Taqwa adalah usaha bersifat maknawi.
Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan taqwa adalah usaha yg bersifat maknawi, bersifat tesirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tak jadi beku. Tapi Umat Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. 


Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan Amerika. Yg 90% dia sudah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh dapat kejayaan? 
Dalam kajian ulama ulama dan kitab-kitab ahli sunnah wal jamaah, Imam Mahdi itu seorang lelaki yang di ghaibkan Allah yang akan zahir semula, sepertimana Allah akan turunkan Nabi Isa semula dari ghaibnya.


Imam Mahdi yang bernama, berbapa dan beribu seperti Rasulullah itu pada ulama ahli sunnah wal jamaah adalah satu-satunya manusia yang mampu Islamkan dunia kali kedua seperti yang dibuat oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Tanpa Imam Mahdi, tidak akan ada seorang pun pemimpin dunia Islam yang mampu buat kerja-kerja yang besar itu. Kepimpinan Imam Mahdi dijanjikan itu, suatu zaman yang gilang-gemilang dan tiada taranya, penuh keberkatan dan kemakmuran, penuh iman dan amal soleh, tiada pertumpahan darah dan pergaduhan. 


Kepimpinannya juga dijanjikan Tuhan berjaya membawa kebenaran dan keadilan ke peringkat sejagat. Ertinya manusia yang berada di timur dan barat juga dimana saja menikmati keadilan dan kemakmuran dibawah naungan kepimpinannya Setiap orang merasa selamat dan terbela.Perbincangan dan perbahasan tentang Imam Mahdi semakin rancak. Bukan hanya ditulis dalam kitab kitab tetapi telah dikongsikan di dalam media arus perdana melalui kaca TV dan media elektronik. Imam Mahdi akan muncul di zaman di mana banyak berlakunya fitnah dajjal.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N