Langkau ke kandungan utama

PENAWAR SAKIT BATIN.

ZIKIR DAPAT MERAWAT SAKIT  JIWA.


Orang yang mengidap penyakit jiwa ini terdedah kepada berbagai-bagai bahaya. Dalam hendak mengubat jiwanya yang parah dan menderita itu bukan terhenti setakat menagih dadah. Ini dianggap ringan. Di dalam kes-kes yang lebih berat, ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Ini penyakit yang maha besar. Dia akan ditimpa seksa Neraka yang amat dahsyat, kekal abadi selama-lamanya.Ada pula pesakit jiwa yang mencari ketenangan dengan membunuh orang sesuka hati. Dia rasa dengan membunuh orang, hati dia jadi tenang. 


Ada yang suka hirup darah binatang atau darah manusia. Ada yang mencari ketenangan dengan merogol. Ada yang mencari ketenangan dengan merosakkan harta umum (vandalisme). Padahal, bagi orang yang sihat jiwa, semua perbuatan ini dirasakan keji dan jijik dan mendatangkan rasa bersalah (guilty conscious). Bagi orang yang sakit jiwa, dia melakukan semua itu untuk mendapatkan ketenangan. Bagi mereka, itu disangkakan ubat.


Begitulah keadaan orang yang ditimpa penyakit jiwa. Dari sakit jiwa, berbagai-bagai perkara negatif dan berbahaya boleh berlaku sama ada kepada pesakit itu sendiri atau kepada masyarakat.
Di Barat, oleh kerana mereka sudah terlalu maju dan terlalu jahat, gejala masyarakat sudah jadi budaya. Mereka tidak fikir masalah dadah lagi. Mereka tidak menagih dadah lagi kerana telah lali dengan dadah. Maka lahir pula penyakit lain yang lebih aneh dan tidak logik. Kalau di Malaysia, orang membunuh kerana hasad dengki. Ertinya dia ada sebab untuk membunuh. Kalau bunuh orang kerana hendak merompak, masih ada sebab. Di Barat, kerana jiwa telah terlalu rosak, sudah ada orang membunuh hanya untuk memuaskan hati. 


Jumpa orang, dia tembak dan bunuh tanpa sebab. Kalau di Malaysia, orang bunuh orang kerana ada sebab tetapi di Barat orang bunuh orang untuk mendapat ketenangan. Bagi dia membunuh itu adalah ubat untuk mendapat ketenangan jiwa.Sesetengah orang di Barat, dia mencuri bukan kerana hendakkan barang tetapi dia rasa bila mencuri, hatinya puas. Di Barat, orang mencuri untuk puaskan hati. Sudah dapat barang yang dicuri, dibuangnya. Ada juga orang, kerana penyakit jiwanya, kalau dia jumpa kucing, 


Ketika disiat-siatnya kucing itu. Kalau dia jumpa tikus, dihentaknya hingga lumat. Dia seronok dan merasa puas dengan kerja itu.
Mungkin ada orang yang merogol kerana tidak ada isteri untuk melepaskan nafsunya. Tetapi di Barat, selain kerana nafsu, orang merasa puas hati kalau dapat merogol orang. Merogol itu sebagai ubat bagi jiwanya yang kosong. Jadi segala penyakit yang lahir ini adalah kerana penyakit jiwa yang tersembunyi.


JALAN KELUAR
Apakah yang perlu kita buat untuk mengubati penyakit jiwa yang tersembunyi ini supaya jangan timbul penyakit kedua atau penyakit lahir yang memberi kesan dan mengharubirukan masyarakat. Ini termasuklah penagihan dadah, gejala sosial dan berbagai bentuk maksiat yang lain.


Bagaimana kita mahu mengelak supaya hati-hati muda mudi dan remaja tidak menjadi kosong, risau dan rimas tidak menentu. Supaya fikiran mereka jangan berpusing tidak tentu hala. Kita mesti cari jalan bagaimana hendak lahirkan satu generasi yang jiwanya tidak kosong, tidak gelisah dan mempunyai fikiran yang stabil. Kalau penyakit jiwa ini dapat dirawat dan disembuhkan, mengubat penyakit kedua atau penyakit lahir sudah jadi mudah.


Untuk mengubatinya, kita kena pulihkan semula jiwa bertuhan. Beri mereka ilmu tentang Tuhan, ilmu yang boleh mendatangkan rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Fahamkan mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan adalah sangat diperlukan oleh setiap insan. Tuhan adalah segala-galanya. Setiap orang yang ber83 tanggungjawab untuk memulihkan penyakit jiwa ini kenalah faham apa yang disebut di atas. Itulah ramuannya. Itulah penawarnya. Tidak ada yang lain.


Di samping itu, sebagai tambahan:
* • Betulkan semula sistem rumah tangga
* • Stabilkan semula sistem masyarakat
* • Hapuskan hidup nafsi-nafsi
* • Stabilkan semula pemerintahan dan politik
* • Susun semula sistem ekonomi supaya agihan keperluan jadi merata.

Walaupun perkara ini bukan perkara asas atau pokok, namun ia adalah perkara tambahan yang dapat membantu.


PENYAKIT JIWA MAZMUMAH
Kita baru selesai membincangkan penyakit jiwa yang biasa. Selain penyakit jiwa yang biasa ini, ada lagi bentuk penyakit jiwa yang kesannya adalah jauh lebih serius. Ia dinamakan penyakit jiwa mazmumah. Kalau penyakit jiwa yang biasa itu gejalanya ialah rasa kekosongan, risau, runsing dan rimas, penyakit jiwa mazmumah ini pula ialah disebabkan hati yang telah diserang dan dikotori oleh sifat-sifat yang keji seperti sombong, tamak, bakhil dan lain-lain.


Penyakit jiwa mazmumah ini lebih bahaya. Penyakit inilah yang boleh memecah-belahkan rumah tangga, memecahbelahkan masyarakat, memusnahkan perpaduan dan kasih sayang, menimbulkan perbalahan, krisis, jatuh menjatuh dan peperangan. Dunia hari ini lebih banyak dirosakkan oleh penyakit jiwa mazmumah ini dari penyakit jiwa biasa atau penyakit-penyakit yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N