Abuya mendidik keluarga dan pengikutnya supaya dari masa ke semasa terus berusaha memantapkan keyakinan terhadap janji Tuhan. Pergi ke tengah masyarakat membawa akhlak mulia. Dalam meniupkan semangat perjuangan tetap pertahankan akhlak Islam. Akhlak ibarat bunga diri pada manusia. Sesiapa pun akan jatuh hati apabila melihat bunga. Sebab itu Abuya Imam Ashaari At Tamimi perjuangakan akhlak. Ia ibarat bunga diri. Siapa pun melihatnya menarik. Abuya mengajak kita untuk membenarkan janji Allah melalui program "Jadual Allah" untuk kebangkitan Islam akhir zaman. Kalau kita hanya di suburkan fitrah sahaja, kata Abuya kalau tak ada ujian boleh berbuat lagi tetapi kalau berdepan dengan ujian perlukan satu ikatan lagi iaitu ikatan keyakinan. Bila bergabung dua ikatan, iaitu ikatan fitrah dan ikatan keyakinan kita mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan ujian-ujian besar.
Ramai orang boleh bersabar, tenang menghadapi ujian secara berkumpulan. Tetapi sedikit yang dapat bertahan apabila ujian datang secara individu atau ujian itu melibatkan keluarganya atau hartanya. Jadi untuk menguji keyakinan seseorang terhadap perjuangannya, cuba datangkan ujian. Iaitu ajak mereka mencegah suatu kemungkaran yang besar. Hanya orang-orang yang mempunyai keyakinan yang teguh sahaja yang sanggup menghadapinya.
Perkembangan 'dakwah' ke Benua Asia Tenggara tidak akan berhenti bahkan akan melanda siapa sahaja yang bendung dan menghalangnya. Selepas ini apa akan berlaku apakah yang penentangannya berhenti? Tidak. Penentangannya berterusan. Hanya bentuknya sahaja yang berbeza. Cara lama akan ditinggalkan. Cara baru akan digunakan. Rupa dan tangan penentang tidak kelihatan lagi. Suaranya juga tidak akan kedengaran lagi. Tidak akan ada lagi konfrantasi depan berdepan. Semuanya akan lebih halus.
Dalam penyebaran dakwah melalui kumpulan nasyid sudah menjadi trend di Malaysia. Mawaddah dan generasi harapan yang Abuya cetuskan. Kumpula tersebut ramai anggotanya terdiri dari anak-anak Abuya sendiri. Menjadi inspirasi kepada penggerak-penggerak kumpulan nasyid. "Carilah kekuatan di gelapnya malam, di sujud-sujud panjang, di syahdunya tilawah, di laparnya berpuasa. Sesungguhnya setiap hamba itu lemah dan hanya Allah SWT Pemilik Kekuatan Al-Qahhar, Al Jabbar. "Sungguh unik pribadi orang beriman semua perkara yang ada padanya adalah baik. Jika bahagia dia bersyukur dan jika berduka dia bersabar dan itu baik baginya"
Empat Kunci kebahagiaan hidup :
Memelihara prasangka baik,
Menegakkan sembahyang malam,
Memperbanyak tilawah Al-Qur'an,
Ikhlas dan tawakal atas keputusan Allah SWT.
Program dakwah telah menjadi arus perdana di Malaysia. Kalau sebelum ini dakwah di momok-momokkan. Tapi jangan kan dakwah itu tergugat. Selepas dituduh sesat, ombak dakwah tadi telah bertukar menjadi gelombang yang tidak boleh lagi dibendung atau ditahan-tahan. Sesiapa saja yang menentang dakwah akan tenggelam. Mereka akan dibenci masyarakat. Kadang-kadang belum pun sempat masyarakat bertindak, yang menentang terpaksa berkonfrantasi dengan anak dan kaum kerabat sendiri yang sudah mula jatuh cinta dengan Islam.
Ulasan
Catat Ulasan