Hati adalah wadah untuk mencorak manusia itu menjadi baik atau jahat. Hati adalah jasad maknawiah. Untuk melahirkan ahli sukan angkat berat dan bina badan ada pusat latihan angkat berat. Begitu juga hendak melahirkan ahli-ahli sukan yang lain perlukan pusat latihan mengikut keperluan sukan fizikal. Untuk melahirkan orang yang menguasai ilmu agama dan akademik ada disediakan sekolah bermula dari tadika hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Begitu jugalah untuk melahirkan ulama rohani seperti Imam Ghazali perlukan pusat latihan rohani. Jadi "ZAWIAH ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN ROHANIAH." Atau dengan nama lain iaitu pusat suluk. Di Maghribi lebih dikenali dengan nama "ZAWIAH".
Universiti Al-Qaraouine: Terletak di Fes, Morocco, universiti ini asalnya sebuah masjid yang dibina pada tahun 859. Universiti ini diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai Universiti Tertua di Dunia.Seorang tokoh lepasan Universiti tersebut ialah Syaikh Abdullah ibn Muhammad ibn al-Siddiq al-Ghumari (w. 1413 H), tinggal di Tangier (Thanjah), Morocco (Maghribi). Beliau adalah seorang penghafal Hadits termasyhur pada abad 20 sehingga disebut Grand Muhaddits dan dikenali sebagai seorang wali ALLAH. Tidak kurang dari 100.000 Hadits telah dihafal oleh beliau matan dan sanad-nya dari Rasulullah SAW hingga pada beliau. Beliau terkenal sebagai peneliti tentang Hadits-hadits mengenai Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim (Al-Fata At-Tamimi) dalam kitabnya “Al Mahdiyul Muntazhar”.
Ulama rohani yang mendapat didikan dari ZAWIAH, mereka memiliki ilmu-ilmu yang sangat seni dan halus. Dinamakan juga firasat atau kasyaf hati. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf seperti kasyaf mata, kasyaf telinga dan kasyaf akal. Ilmu laduni atau kasyaf hati adalah pencapaian paling tinggi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka.
Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
IMAM AL-GHAZALI (450-505H/1058-1111M). Seorang tokoh Sufi atau ulama rohani. Beliau dilahirkan di Thos pada tahun 450H, berketurunan Parsi dan hidup di sekitar berlakunya Perang Salib. Beliau sangat terkenal dalam falsafah akhlak. Pengertian akhlak bagi Al-Ghazali bertepatan dengan syariat Islam. Di samping itu, dasar budi pekerti manusia dibahagikan kepada tiga sebab asas iaitu akal, hawa nafsu dan marah. Dalam bidang pendidikan pula, beliau telah memberikan peringatan bahawa hendaklah membentuk kanak-kanak ke arah satu matlamat, bukan membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang disukainya. Al-Ghazali juga turut menyumbangkan beberapa hasil karya seperti Al-Munqizh min Al-Dholalah yang membincangkan berkenaan penyelamat daripada kesesatan, Tahafut Al-Falasifat berkenaan dengan penghancur falsafah, Mizan Al-Amal yang membincangkan timbangan amal kebaikan manusia dan kitabnya yang terkenal iaitu Ihya”ulum Al-Din.
Ulasan
Catat Ulasan