Langkau ke kandungan utama

UZBEKISTAN PENDOKONG KUAT KEBANGKITAN ISLAM.




Dalam hal memberi iman kepada manusia, Abuya adalah di antara orang awal yang terbang ke negara Uzbek seelok dimerdekakan oleh Rusia. Uzbek adalah Uzbekistan
 Uzbek: O‘zbekiston) merupakan sebuah negara tanpa pantai di Asia Tengah. Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet. Di sana Abuya mencari di mana sahaja dan siapa sahaja untuk diajarkan syahadah semula. Abuya menziarahi tokoh-tokoh masyarakat untuk diajak kepada Tuhan. Semuanya itu adalah untuk menagih janji Hadis. Yang mana di akhir zaman, Islam di Khurasan akan bangun semula bersama Timur.
Satu lagi rekod yang cukup ganjil yang Abuya cipta ialah dalam misinya menjadi penyelamat, pendakwah yang berhikmah ialah bilamana beliau ditangkap polis untuk di ISA kan. Kesempatan di lokap dan dalam tahanan daerah, digunakan untuk berdakwah secara sikap dan lisan. 


Salah seorang guru Abuya ialah Syeikh Mahmud Ariff Bukhari berasal dari Mekah dan berbangsa Uzbek. Nama penuhnya ialah Mahmud Ariff Abdullah Turah Khan Tashkandi. Beliau dilahirkan di Jiad, Mekah pada 12 September 1897. Tokoh ini datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah menerima jemputan Tengku Alam Shah yang kemudiannya ditabal menjadi Sultan Selangor yang keenam pada tahun 1938 dengan gelaran Sultan Hishamuddin Alam Shah.  Sultan Hishamuddin mengikuti jejak langkah ayahandanya, Sultan Alauddin Sulaiman Shah yang sangat gemar berdamping dengan alim-ulama. Ayahandanya, Sultan Alauddin Sulaiman Shah adalah merupakan salah seorang pemerintah yang pernah menulis kitab agama. Antara judul tulisannya yang terkenal ialah Pohon Agama. Pada hari Jumaat, baginda akan naik ke atas mimbar untuk membaca khutbah. 


Sultan Hishamuddin menjemput Syeikh datang ke Malaysia dengan tujuan untuk menggubal kurikulum pendidikan sekaligus menubuhkan institusi pendidikan agama di negeri Selangor. Institusi tersebut diharapkan dapat menjadi platform kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah khususnya ke universiti terkenal seperti al-Azhar di Mesir. Sultan Hishamuddin telah meminta Syeikh al-Islam Selangor pada waktu itu, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani meyakinkan Syeikh Mahmud tentang cadangan penubuhan institusi pendidikan agama di Selangor dan seterusnya membantu Syeikh Mahmud merealisasikan penubuhan insitusi pendidikan tersebut. Melihat akan kesungguhan pemerintah sendiri yang inginkan kemajuan pendidikan agama berkembang di negerinya, Syeikh Mahmud kemudiannya menerima jemputan tersebut lalu datang ke Tanah Melayu pada tahun 1938.


Sebaik sampai ke Tanah Melayu, Sultan telah mengenal pasti premis yang hendak dijadikan bangunan sekolah. Ianya adalah bangunan kayu dua tingkat yang terletak di Kampung Kuantan, Kelang. Syeikh kemudiannya dilantik menjadi pengetua merangkap guru utama. Syeikh bukan sahaja merangka kurikulum pendidikan untuk sekolah agama tetapi turut terlibat dengan perancangan penubuhan kolej dan universiti. Diriwayatkan bahawa idea penubuhan Kolej Islam Malaya dan asas penubuhan Universiti Islam Antarabangsa terjelma hasil dari penubuhan sekolah Arab yang diasaskan Syeikh. Apapun, Syeikh lebih banyak menumpu usaha penubuhan Sekolah Arab. Natijahnya ialah Sekolah Menengah Sultan Hishamuddin dan Kolej Islam Kelang  yang masih gah berdiri hingga kini. Manakala usaha penubuhan Kolej Islam Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa diteruskan oleh Prof Dr Mohamed Abdul Raouf yang berasal dari Mesir dan Prof Dr Abdul Jalil Hassan. 


Populariti Syeikh cepat tersebar. Sekolahnya menjadi tumpuan. Syeikh bukan sahaja mengajar ilmu agama tetapi juga ilmu alat yang lain antaranya seperti matematik. Matematik baginya sangat penting khususnya bagi mengukuhkan penaakulan. Beliau turut memperkenalkan kaedah tersendiri menghafal istilah-istilah Arab bagi memudahkan pelajar mengingatinya. Kaedah tersebut telah menjadikan sekolahnya terkenal sebagai intitusi yang berjaya mencetak pelajar yang boleh berbahasa Arab dengan standard kualiti yang tinggi. Selain Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus, tokoh besar lain yang pernah menimba ilmu kepadanya ialah seperti Tan Sri Dato Hassan Azhari, tokoh tilawah al-Quran yang tidak asing di negara ini. Patut juga dicatatkan disini bahawa Tan Sri Dato Hassan Azhari turut menimba ilmu al-Quran kepada Syeikh dengan mengambil qiraat mengikut riwayat Hafs. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman