Langkau ke kandungan utama

TANDA AKHIR ZAMAN.





"SUNGAI FURAT SURUT". 


Bila Tuhan hendak lakukan satu peristiwa besar, adanya tanda atau didatangkan kejadian besar. Contoh sekarang apa yang berlaku di Mesopotamia sungainya mula mengering. Itulah tanda yang Tuhan datangkan.
(Mesopotamia) ertinya tanah diantara sungai-sungai.
Sungai Dajlah atau Tigris ialah salah satu daripada sungai besar yang mentakrif kan Mesopotamia, bersama dengan Sungai Furat.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkan nya. Maka terbunuh ( 99 ) sembilan puluh sembilan orang daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."
Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."
Sungai Tigris mengalir dari pergunungan Taurus di Turki. Dari situ, ia mengalir ke banyak negara terutamanya Turki, Syria dan Iraq. Sungai ini berukuran 1,900 kilometer panjang dan bertemu Sungai Furat untuk membentuk
Sungai Shatt-al-Arab yang mengalir keluar ke Teluk Parsi.
Menurut Abuya dalam bukunya perang Teluk berterusan Islam kembali gemilang. Dunia di Timur Tengah terus bergolak. Apabila perang di Iraq berhenti, kini peperangan bersambung pula di Syiria.
Semakin hari semakin membimbangkan sekali.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...