Langkau ke kandungan utama

MEDIA SOSIAL ISLAM.



MEDIA SOSIAL DAKWAH.


Orang yang berjiwa untuk menyedarkan manusia kepada Tuhan, sangat manfaatkan teknologi maya.Ia digunakan sebagai alat dakwah. Era globalisasi memberikan peluang untuk menyampaikan dakwah lebih cepat. Bahawa media merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia.



Kita boleh berdakwah
bila-bila masa sahaja.
Tiada siapa yang boleh menghalang. Atas kita sahaja hendak berbuat atau tidak. Masyarakat mampu memperoleh maklumat dan berbincang bermuzakarah tentang dakwah di alam maya walaupun dalam jarak yang sangat jauh.



Media sosial merupakan satu saluran dakwah tanpa sempadan. Kejayaan Islam masa lalu yang bermula daripada agama berasaskan ilmu dan amal. Dengan adanya hubungan tanpa sempadan kita boleh jadikan gelanggang dakwah yang terlalu luas. Dan menyalur kan ilmu sebagai panduan kepada umat Islam.


Berdakwah menerusi  media telah wujud sejak dari  zaman Rasulullah SAW namun melalui wasilah yang berbeza berbanding pada masa kini.



Ombak dakwah terus juga berkembang. Gelombangnya semakin cepat berkembang. Terutamanya dengan adanya
teknologi media semakin laju
dan semakin tinggi ombak dakwah. Gelombang dakwah di Malaysia telah melanda semua golongan masyarakat era sekarang sedang melanda golongan selebriti.
Golongan selebriti yang menerima dakwah, mereka digelar sudah berhijrah.



Selepas ini apa akan berlaku? Sudah terhenti kah penentangan ini ? Rupa dan tangan tidak akan kelihatan lagi. Suara penentangan tidak akan kedengaran lagi.
Tidak akan ada konfrontasi lagi depan berdepan. Semua nya akan lebih halus.



Kini golongan yang menentang dakwah adalah golongan yang terpinggir dalam masyarakat. Kalau dulu orang yang ikut
dakwah akan dipinggirkan oleh masyarakat. Suasana telah berubah. Benarlah apa yang telah Abuya tulis dalam bukunya kini telah menjadi kenyataan. Kata-kata Abuya dalam bukunya, " Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat."



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...