Langkau ke kandungan utama

BANGSA MELAYU DAN CHINA DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

BANGSA MELAYU DAN CHINA DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.



Pembuka tirai tahun baru 2016, Malaysia membuka distribution center dan juga pusat pameran untuk products Halal dari Malaysia. Pembukaan menjadi kenyataan atas nama Anjung Malaysia terletak di District 5 YiWu, China.  District 5 adalah wholesale market Antarabangsa di mana semua negara mempunyai outlet di sini.  


Xi’an adalah ibukota propinsi Shaanxi yang dulunya disebut Chang’an. Xi’an terletak di Huajue distrik, sekitar 120 km sebelah barat gunung Huashan, salah satu dari kelima gunung terkenal di negeri China. Xi’an juga merupakan pusat dari 12 dinasti yang ada di China. Di kota ini terkenal sebuah bangunan masjid tua yang sudah berumur lebih dari 1000 tahun dan disebut sebut sebagai masjid tertua di China yakni Masjid Agung Xi’an.


Masjid Agung Xi’an dibangun pada tahun 742 di tahun pertama pemerintahan Kaisar Tia Bo dari dinasti Tang (618-907). Meskipun sudah berusia begitu tua masjid yang lebih mirip sebuah bangunan pagoda ini masih berfungsi dengan baik hingga kini, dan pada tahun 1998 yang lalu menetapkan bangunan Masjid Agung Xi’an sebagai warisan Sejarah China.

Bangsa yang berada di atas landasan Tuhan mengikut jadual akan mendapat bonos dari Tuhan. Bangsa yang ikut benarkan jadual Allah di era kebangkitan Islam kedua, masa yang sama akan terbangun kemajuan meterial. Kekuatan cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW menjadi pendorong untuk kita mengulangi apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW. 


Bangsa Hui salah satu etnik yang ada di tanah besar China sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa China dari etnik Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam. Islam telah masuk ke Timur China melalui pelabuhan. Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Laksamana Ching Ho berangkat ke Melaka dari Smatow.


Islam masuk ke Tanah Melayu melalui tiga laluan. Pertama melalui pedakwah dari tanah Arab kedua melalui pendakwah China Muslim dari Tanah Besar China dan ketiga melalui pendakwah dari Gujurat India.

Firman Allah:

Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َٰٓئِÙƒَتَÙ‡ُÛ¥ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ ٱلنَّبِÙ‰ِّ ۚ ÙŠَٰٓØ£َÙŠُّÙ‡َا ٱلَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا۟ صَÙ„ُّوا۟ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا۟ تَسْÙ„ِيمًا.

MaksudNya: 

Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya.
(Al-Ahzaab,33:56).


Selepas kewafatan Rasulullah SAW seluruh para sahabat dan ahlul bait bertebaran ke seluruh penjuru dunia. Ada di antara mereka yang berdakwah ke benua Asia, kebenua Afrika, Amerika, Australia, dan benua Antartika. Islam telah berkembang dengan begitu luas sekali. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Sunah Nabi SAW. Mereka cukup termotivasi dengan cinta dan rindu Nabi Muhammad SAW. 

Memang begitulah sifat orang yang bercinta. Segala akhlak mulia itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Rasul SAW. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang terpuji sepanjang zaman. 

Sabda Nabi SAW:
عَÙ†ْ عَبْدِ اللَّÙ‡ِ Ù‚َالَ : Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ : Ø®َÙŠْرُ Ø£ُÙ…َّتِÙŠ الْÙ‚َرْÙ†ُ الَّØ°ِينَ ÙŠَÙ„ُونِÙŠ Ø«ُÙ…َّ الَّØ°ِينَ ÙŠَÙ„ُونَÙ‡ُÙ…ْ Ø«ُÙ…َّ الَّØ°ِينَ ÙŠَÙ„ُونَÙ‡ُÙ…ْ..
 ( رواه المسلم ).
Maksudnya:                                                                                                          
Daripada Abdullah, beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka, (Riwayat Muslim).

Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad SAW Sa'ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Ghozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confusius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.

Sa'ad ibn Abi Waqqas ( Ø³Ø¹Ø¯ بن أبي وقاص‎) ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam pada 610-11. Beliau berpangkat bapa saudara kepada Rasul SAW kerana beliau merupakan sepupu ibu baginda Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Mekah. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.

Sa'ad terkenal kerana peranannya dalam penaklukan Empayar Parsi pada 636 dan pemergiannya ke China pada 616 dan 651. Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat busur dan anak panah. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah.

Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk tidak mahu makan jikalau beliau tidak mahu menjadi kafir semula, namun Sa'ad tetap teguh dengan aqidahnya dgn menjawab "Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni , aku tetap dengan agamaku ini".

Jasa dan sumbangannya. Semasa umat Islam masih ditindas di Makkah pada awal penyebaran Islam, Sa'ad pernah membelasah dan mencederakan seorang musyrikin, menjadi orang pertama menumpahkan darah dalam sejarah Islam.

Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.

Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.

China Muslim, mereka berbangga kerana Nabi SAW menyuruh Sahabatnya menuntut ilmu sampai ke negeri China. Sungguh ajaib keadaan umat Islam di China. Kebangkitan Islam pertama Bangsa Arab perintis kepada tamadun Islam di China. Pada kebangkitan Islam kali kedua bangsa Melayu menjadi perintis kepada tamadun Islam di China. Artikal sebelum ini kita berkongsi pandangan tersirat dari tokoh ulama terkenal iaitu Sayyidi Sy. Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, berkata Turki kecil  (Malaysia) membantu Turki besar iaitu negara Turki yang pernah menjadi pusat empayar Islam.

Rapatnya hubungan Melayu dengan China, Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Cheng Ho berangkat ke Melaka dari Swatow. Sebelum berangkat ke Melaka beliau menziarahi makam suci Islam (makam Tabiin) di Swatow. Makam itu dijaga dan diziarahi hingga ke hari ini. 

Abuya pernah bertanya Kepada Profesor Madya Wu Zong Yu daripada Bahagian Bahasa Indonesia dan Malaysia, Beijing Foreign Studies University. Adakah kerajaan autonomi ini mempunyai sekolah agama tersendiri yang berbeza daripada sekolah kerajaan? Menurut wakil kerajaan autonomi Islam, ada iaitu sebuah bertaraf kolej tinggi dan sebuah sekolah menengah. Bagi Abuya pendidikan sangat penting. Bertemu dengan sebahagian besar daripada rakyat muslim negeri China, kita akan dapat merasai bagaimana bangganya mereka dengan kesan sejarah Islam di Negara China. Walaupun syiar Islam telah sangat lemah, sama dengan umat Islam Pakistan dan India. Kebanggaan mereka terhadap sejarah Islam silam sangat memuncak. 

GERAKAN WAHABI dan RAFIDAH (Syiah). Mengambil peluang masukkan pengaruh mereka ke Negara China. Sejarah telah merekodkan  modes operandi yang dilakukan oleh GERAKAN WAHABI dan RAFIDAH (Syiah). Ketika wahabi melalui kerajaan Bani Saud mendapatkan Haramain, ramai Ahli Sunnah yang telah dibunuh oleh mereka. Menurut cerita kawan Abuya, Syeikh Dr. Abdul Salam Al-Harras, ketika peristiwa itu berlaku, usianya baru 10 tahun. Dia dibawa lari oleh ayahnya. Katanya, mereka terpaksa melalui celahan mayat-mayat yang bergelimpangan, yang kebanyakan mereka adalah Ahlul Bait! Antara yang terkorban ialah Mufti Mekah ketika itu, Syeikh Abdullah Az-Zawawi.

Pada hakikatnya umat Islam di China sama nasib mereka dengan orang Kurdi. Mereka berpecah belah dan kehilangan negara. Menjadi pelarian di mana-mana. Namun mereka tetap bangga dengan sejarah Islam silam. Demikian Muslim China negeri tempat mereka tinggal tidak mengaku wujudnya Tuhan. Yang tinggal pada perasaan mereka hanyalah kebanggaan pada sejarah silam. Kemampuan untuk mencipta sejarah baru hampir-hampir tidak terbayang jika tidak di bantu dari luar. Inilah China Muslim.

Banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai alat untuk memperkenalkan Islam China pada dunia. Misalnya mempamerkan Al Quran tulisan tangan yang berusia 700 tahun kepada dunia Islam. Pameran saumpama ini boleh dibuat di Jakarta, Kuala Lumpur, Brunai Darus salam, Islamabad Pakistan, dan lain-lain ibu kota negara Islam. Rombongan yang dipimpin oleh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, telah melawat masjid Dongxi. Pada pagi 5 julai 1992, Imam Haji Hilaluddin telah memberi peluang kepada rombongan Abuya menatap dan memegang Quran bertulis tangan. Salah satu daripada naskah Quran itu selesai ditulis pada awal jamadil akhir tahun 718 Hijrah. Dalam perpustakaan masjid itu banyak kitab tulisan tangan dalam bahasa Arab dan Parsi.

Dalam suatu proses membangun dan membina manusia, pengajaran dan pendidikan adalah perkara wajib. Namun pendidikanlah yang lebih diutamakan karena jika pendidikan tidak diutamakan maka akan terbangun masyarakat yang rusak dan merusakkan. Manusia akan menjadi musuh kepada manusia yang lain dan kepada Tuhannya.Didiklah manusia lebih dahulu sebelum mengajar mereka hingga pandai. Jadikan mereka berakhlak sebelum menjadikan mereka berilmu. Kenalkan Tuhan lebih dahulu sebelum mengenalkan alam semesta beserta ciptaanNya yang lain. Jadikan mereka sebagai hamba-hamba ALLAH lebih dahulu sebelum menjadikan mereka sebagai khalifahNya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N