Langkau ke kandungan utama

SYIAH KUASAI MALAYSIA.





AQIDAH SYIAH?

Ada umat Islam di kalangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah yang secara sedar menukar aqidah mereka kepada aqidah syiah.Pegangan kaum Syiah misalnya terlalu mendewa-dewakan Saidina Ali bin Abi Talib hingga
menafikan khilafa rasyidin yang lain. Mereka menolak Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Uthman.

Fahaman Syiah diatas salah satu fahaman syiah. Ia adalah mazhab  Syiah yang sederhana kerana ajaran Syiah terbahagi kepada 22 aliran.  Ada yang lebih karut lagi iaitu sepatutnya Saidina Ali menjadi Nabi. Seolah-olah pada mereka, Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu. Bahkan ada yang lebih karut lagi iaitu yang bertuhankan Saidina Ali.

Bagaimana supaya kita tidak terjebak dengan pegangan karut seperti Syiah. Sebaliknya kita memiliki pegangan yang utuh iaitu Sunni atau ahli sunnah Waljamaah. Bagi mendapatkan jiwa tauhid yang kental, atau  tauhid yang ada roh kita perlu bermula dengan fikiran tauhid iaitu peringkat belajar ilmu tauhid.

Untuk menerapkan rasa tauhid sampai ke hati agar memperolehi jiwa tauhid, kita hendaklah memperkuatkan ibadah serta selalu bermujahadah. Kita hendaklah selalu bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT. Dengan tindakan demikian kita semakin lama semakin kuat hingga kita memiliki jiwa tauhid. Ketika itu kita tidak lagu merasa takut dan bimbang kepada apa sahaja.

Orang yang berjiwa tauhid, iaitu tauhid yang sudah sampai ke peringkat hati.
Ketika itu kita akan tahu bahawa tidak akan berlaku apa-apa kalau Allah tidak menentukannya pada azali lagi. Maksud Firman Allah SWT:
Janganlah kamu takut kepada mereka sebaliknya takutlah kepada Aku.(Al Baqarah 2:150).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N