Langkau ke kandungan utama

CABARAN ERA GLOBALISASI.

(Foto: Jordan, Sendayan Negeri 9, China)


DAKWAH DI ERA GLOBALISASI.
Pada pertengahan sehingga akhir tahun 1990an internet dibuka kepada orang ramai. Menjelang waktu yang sama, internet melalui e-dagang dan perbankan elektronik telah meluaskan kuasanya ke atas ekonomi besar atau kecil. Kini bertambah banyak komunikasi suara (telefon) menggunakan kemudahan dan jaringan internet ini.

Oleh kerana internet adalah sebahagian daripada prasarana ketenteraan Amerika Syarikat, kebergantungan penduduk dunia kepada IT dan internet telah mampu memperluaskan cengkaman Amerika (sebagai penaja Yahudi) keseluruh pelusuk dunia hingga kepada rumah-rumah peribadi!!! Kedaulatan sempadan tidak mempunyai erti dalam dunia tanpa sempadan ini. Inilah hakikat globalisasi. Menyedari hakikat ini umat Islam kena kembali kepada Allah dan Rasul.

Kita ada Tuhan Maha pembela dan Maha Pelindung. Hanya kembali kepada Allah dan Rasul kita diselamatkan. Uamt Islam akan kembali mulia sepwrti yang telah berlaku kepasa umat Islam di era kebangkitan Islam pertama.Dengan Islam, apa sahaja bangsa atas muka bumi ini akan mulia dengannya. Dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Bangsa Arab pernah mulia dengan Islam. Bangsa Kurdi juga pernah mulia dengan Islam. Bangsa Afrika, bangsa Monggol, bangsa Turki, bangsa Parsi, bangsa China, juga pernah menjadi mulia dengan Islam.

Bangsa Melayu telah dijajah ratusan tahun. Penjajahan fizikal dan juga mental yang merubah gaya dan cara pemikiran bangsa ini.Sebelum dijajah, ya! Bangsa Melayu disegani dan pernah menjadi tunggak di Nusantara dan rantau Asia umumnya. Namun setelah dijajah secara fizikal dan mental, watak dan jiwa telah berubah mengikut acuan penjajah.

Masyarakat yang masih mengamalkan Islam secara tradisi sunnah dituduh sebagai "tidak memenuhi tuntutan sejagat", dan jika tekanan tidak berjaya, ketenteraan digunakan.
Peperangan yang bersandar pada jaringan maklumat yang dikongsi bersama oleh kesemua
aset ketenteraan menambahkan
keberkesanan operasi ke tahap yang tidak pernah tercapai sebelum ini. Inilah realiti kemajuan LEBUHRAYA MAKLUMAT yang mampu mencengkam, mengancam dan memudaratkan ummah sejagat.

Keangkuhan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya hatta dibumi umat Islam sendiri tidak menyembunyikan niat sebenar mereka memerangi Allah SWT sendiri. Ingatlah! Musuh-musuh Allah merancang tetapi Allah juga Maha Merancang dan makar Allah lebih luas. Sebagaimana Allah SWT menjaga Kaabah dari tentera bergajah Abrahah begitu jugalah Allah SWT akan menjaga agama-Nya!!! 

"Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
(Al Fil 1-5:105).

Pasti tiada siapapun dapat menduga lepas daripada keputusannya nanti. Dan kepadaNya kita semua akan dikembalikan untuk menerima balasan perbuatan masing-masing si muka bumi ini!!.

Di awal kebangkitan dakwah iatu tahun 60an, muslimah yang menutup aurat diperli dan di cemuh. Orang lelaki memakai serban juga dicemuh, ini pakain Arab dan sebagainya.

Gelombang kebangkitan Islam terus melanda dunia. Era kini di Malaysia orang berpakaian Sunnah sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Islam. Kalau yang menentang kebangkitan Islam sekarang di anggap talibarut Yahudi atau musuh Tuhan.

Musuh-musuh Islam terkejut, kerana mereka telah mengusahakan berbagai-bagai cara dan perkara untuk halang kebangkitan namun tidak menjadi. Musuh-musuh Islam terus terkejut-terkejut dengan perubahan yang berlaku sekarang. Siapakah mereka dibelakang kebangkitan Islam terus menerus rancak sedang berlaku sekarang.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...