Langkau ke kandungan utama

UMUR YANG BERKAT.

( Abuya banyak merintih dengan Tuhan ).


Bulan Ramadhan 2018 hampir tiba. Orang mukmin merindui kedatangan bulan
Ramadhan. Seperti yang kita
tahu bahawa terbangunnya
insaniah seseorang itu melalui tiga faktor penting.
Iaitu faktor akal ( mental ),
faktor jiwa dan faktor fiIkal.


Melalui faktor jiwa insaniah kita telah kita bangunkan
dengan menanam iman. Untuk tujuan meningkatkan
iman, kita telah telah memperbanyakkan solat sunat yang bermacam-macam jenisnya. Antaranya solat Terawih, Tahajud, Witir,
Dhuha dan lain-lain.


Di bulan Ramadhan yang penuh berkat, kita membaca
Al Quran sebanyak mungkin.
Disamping kita memperbanyakkan zikir-zikir.
Sekaligus dalam waktu yang
sama, kita telah tanamkan
dalam hati kita rasa cinta serta hebat kepada Allah.
Melalui apa yang Allah gambar kan dalam Al Quran.

Firman Allah:
ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ.
191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
( Ali Imran, 3:191 ).


Allah maksudkan dalam firman-Nya ini, mestilah dibuat setiap detik dan waktu
. Tidak kira waktu berdiri, duduk atau berbaring. Kita kena usahakan perasaan tersebut. Kesempatan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, kita ambillah
peluang yang Allah berikan.


Sudah sepatutnya sikap kita
ini bertambah baik dari sebelumnya. Sebab semakin kita bertambah umur, menunjukkan semakin hampir kita ke kubur. Maka
sepatutnya semakin lebat,
halus dan tajam amalan kita.
Atau dalam erti kata yang lain, semakin bertambah umur, sepatutnya semakin
dekat kita ke Akhirat. Negara yang kekal abadi. Makin banyak bekalan-bekalan Akhirat yang akan dibawa.
" Hendaklah kamu menambah bekal.Sesungguh nya sebaik-baik bekalan itu
ialah sifat taqwa."
( Al Baqarah, 2:197).


Jadi disaat-saat finallah yang
penting. Yakni makin kencang dan laju amalan dan kebajikan kita. Kita mengharapkan agar Allah
sentiasa memimpin kita ke
jalan yang lurus hingga kita ditutup dengan Husnul Khatimah. Doa: " Ya Allah,
tutulah kami dengan sebaik-baik penutup umur ( mati ).
Dan janganlah Engkau tutup
kami dengan sejahat-jahat
penutup.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N