Langkau ke kandungan utama

SEMBAHYANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEMENANGAN.

SEMBAHYANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEMENANGAN.


Sembahyang adalah ibadah terulung untuk Nabi teragung yang di anugerahkan langsung dari Allah yang Maha Agong ketika Isra' Mikraj. Sembahyang atau solat adalah latihan disiplin paling asas dalam Islam. Sebab itu sembahyang adalah tiang agama. Bagi Abuya dia mendisiplinkan keluarganya dengan solat atau sembahyang. Bila anak-anak berjaya jaga disiplin solat atau sembahyang perkara lain sudah mudah untuk didisiplinkan. Manusia kalau dengan Tuhan pun tidak serius maka dengan perkara lain lebih longgar lagi. Sebab itu bagi orang Islam apabila sudah tertanam rasa cinta dan takutkan Tuhan mudah untuk mereka didisiplinkan. Sembahyang masa hamba bermanja dengan. Tuhan memanggil kita, marilah menuju kejayaan dan kemenangan. (حي على الفلاح).



Begitulah rutin hidup yang telah Abuya aturkan hidup keluarganya. Ketika Abuya sembahyang berjemaah bersama keluarga, setiap kali lepas sembahyang Abuya akan bertanya khabar dan mendengar perkembangan dari keluarganya. Selepas sembahyang perkara kedua yang sangat ditekankan ialah menanamkan kepekaan perkara yang berlaku disekeliling kita. Kepekaan tersebut adalah didikan perihatin terhadap orang lain. Kerena sifat orang mukmin pilihan (ikhwan dan Asoib) yang lahir di akhir zaman ialah peka terhadap orang lain. Jika orang orang yang lebih tua atau seniur dia akan hormat dan orang lebih rendah atau juniur darinya dia akan lindungi dan beri kasih sayang. Maksud firman Tuhan:"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]



Pelbagai rayuan, hasutan, yang di lakukan oleh Syaitan supaya umat Islam tinggalkan sembahyang. Berbagai cara yang musuh lakukan agar umat Islam tidak mengikuti kebenaran itu. Ini adalah sesuatu yang berat bagi umat Islam yang perlu menghadapi kedengkian musuh terhadap mereka. Maka Allah turunkan ayat di atas supaya memohon pertolongan kepada Allah dan Allah mengajarkan pula cara memohon pertolongan itu adalah dengan cara bersabar dan sembahyang. Kerana apabila Allah sudah bersama dengan orang yang sabar, maka tidak ada lagi maknanya kedengkian musuh tersebut. Sehibat manapun musuh itu, mereka tidak akan berhasil menggoncangkan keimanan umat Islam. Sebab Allah memelihara orang yang sabar dari kejahatan musuh.




Perlu difahami konteks ayat ini bukanlah hanya untuk perkara itu sahaja. Malah ayat ini juga boleh dijadikan sandaran dalam perkara-perkara lain. Mungkin kita menghadapi penderitaan dengan pelbagai ujian seperti sakit, kelaparan, kemiskinan, dengki orang, kematian seperti yang disebutkan pada ayat selanjutnya iaitu ayat 155. Boleh jadi, berat untuk kita melakukan ketaatan sekalipun kita mampu menghadapinya dan yang lebih berat lagi apakah kita mampu bertahan dalam melakukan ketaatan di saat kita menderita? Inilah yang dinamakan sabar. Sabar terhadap penderitaan dari musuh dan penderitaan terhadap ujian-ujian dalam kehidupan kita.




Abuya terus menanamkan kefahaman dan keyakinan kepada kita bahawa sekarang adalah giliran Islam. Apa pun perancangan musuh Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Apa yang penting siapkan peribadi ikhwan dan Asoib di akhir zaman. Apabila kita mengimbau kembali madah Abuya tentang kejatuhan Soviat Unian, politik antarabangsa secara tiba-tiba mengalami perubahan mendadak. Kita sama-sama menyaksikan kebenaran yang telah dikongsikan oleh Abuya. Kita juga boleh sinaraikan satu persatu perkara yang telah dikongsikan. Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan idea Tata Baru Dunia bagi memperkukuhkan kedudukannya sebagai kuasa besar dunia. Gagasan atau idea itu adalah antara dasar imperialisme dan neokolonisme pihak barat memperluaskan kuasa serta fahaman kapitalisme ke dunia ketiga. Walau bagaimana pun sudah terlambat.



Semasa Dasar Baru Dunia diperkenalkan, tidak ada sebuah negara Islam pun yang berusaha mewujudkan wawasan sebagai alternatif kepada orde dunia yang dicipta oleh AS. Bagi mengisi kekosongan itu, Abuya Ashaari  bin Muhammad At Tamimi memperkenalkan gagasan perjuangan baru bagi mewujudkan sebuah Dunia Baru Islam dalam usaha menyatukan umat Islam seluruh dunia." Wawasan tersebut membuka mata masyarakat setempat dan masyarakat dunia Antara bangsa. Abuya terus memperkenalkan model dunia baru Islam secara road show. Pendedahan melalui program expo sangat menarit minat masyarakat terutamanya umat Islam dan sekaligus beri peluang kepada bukan Islam untuk mengenali model Islam sebenar.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N