Langkau ke kandungan utama

KHUSYUK TERKESAN DALAM SOLAT DAN KEHIDUPAN.

KHUSYUK TERKESAN DALAM SOLAT DAN KEHIDUPAN.




Orang mukmin mengusahakan khusyuk ketika solat dan di luar solat iaitu dalam kehidupan. Ramai orang Islam mengusahakan hanya di dalam solat atau sembahyang. Bila sahaja disebut khusyuk terlintaslah di fikiran atau tentang penumpuan dan kehadiran hati dalam solat. Justeru itu, ramai orang hanya mengusahakan khusyuk ketika hendak memulakan solat khususnya semasa takbiratul ihram. Ketika itulah kita cuba dan berusaha untuk menumpukan perhatian dan menghadirkan hati di dalam solat dengan mengikuti dan memahami apa yang kita baca dan mengelak dari memikirkan tentang perkara-perkara lain yang tidak bersabit dan tidak bersangkut-paut dengan solat itu.



Kefahaman khusuk yang telah tersimpang dari erti dan maksud sebenar, ramai orang tidak berjaya mencapai khusuk sebenar di dalam sembahyang atau solat walaupun telah solat selama berpuluh-puluh tahun. Mereka sangka telah khusuk dalam solat, tetapi kesan solat terhadap diri, akhlak dan peribadi mereka sangat kurang atau minimum. Tidak nampak banyak perubahan pada diri dan peribadi mereka walaupun sudah berpuluh-puluh tahun solat.
Walhal sepatutnya orang yang benar-benar khusuk dalam solat itu ada banyak kesan pada dirinya. Teguh dan kuat iman dan keyakinannya. Murni dan luhur akhlaknya. Berdisiplin hidupnya. Bersih dirinya daripada berbuat maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit. Kuat berpegang dan mengamalkan syariat Islam dan bersih hati dan jiwanya darpada sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat yang keji. 



Namun begitu, jika seseorang itu sudah boleh menumpukan fikirannya di dalam solat, sudah boleh mengikuti dan faham apa yang dibaca dan dilafazkannya di dalam solatnya dan tidak pula teringat perkara-perkara lain di luar solat dan yang tidak sangkut-paut dengan solatnya dari mula dia takbir hingga dia memberi salam, ia sudah dianggap baik. Ini pun bukan mudah untuk dicapai. Tetapi ini belum lagi dianggap khusyuk. Kesan solat seperti ini terhadap diri dan peribadi kita walaupun ada, tetapi terlalu sedikit dan tidak begitu ketara.



Tuntutan supaya umat Islam itu khusuk bukan terhad ketika di dalam solat sahaja. Umat Islam dituntut supaya berada dalam keadaan khusuk setiap masa walaupun di luar, lebih-lebih lagilah di dalam sembahyang atau solat. Kalau kita tidak khusyuk di luar solat, agak mustahil kita akan dapat khusyuk di dalam solat. Kerana khusyuk itu bukan perkara akal atau fikiran atau meditasi. Khusyuk itu adalah perkara hati, jiwa dan roh. Ini melibatkan rasa. Iaitu rasa-rasa terhadap Tuhan, terhadap ciptaan-ciptaan Tuhan, terhadap diri kita sebagai hamba, terhadap dosa dan pahala, Syurga dan Neraka dan sebagainya.


Maksud firman Tuhan: "Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui."
(Al-Baqarah, 2:115).



Khusyuk menurut bahasa ertinya tunduk, rendah, berserah atau takluk. Sedangkan menurut istilah, khusyuk memiliki pengertian “merasakan bahwa diri berada dan berhadapan langsung dengan Allah SWT” Menurut Hasan Al-Basyri mengertikan khusyuk sebagai “rasa takut yang senantiasa ada di dalam hati atau perasaan tunduk kepada Allah SWT yang timbul dari dalam hati” Sementara itu, imam al-Ghazali memberikan tawaran bagi kita mengenai pengertian khusyuk yang terbagi dalam enam parse. Antara lain:

1. Kehadiran hati
2. Mengerti antara yang dibaca dan dipraktekkan
3. Mengagungkan Allah SWT
4. Merasa gentar terhadap Allah SWT
5. Merasa penuh harap kepada Allah SWT
6. Merasa malu terhadap Allah SWT



Kekhusyukan hati dan hubungan fizikal saling beri kesan dan mempengaruhi. Dalam hal ini ada beberapa hal yang harus kita fahami.

* Setiap ucapan yang kita baca difahami oleh dan dihayati oleh hati
* Perbuatan yang dilakukan oleh badan dalam upaya merendahkan diri kepada Allah SWT harus didukung oleh fikiran dan dihayati oleh hati

Ada sebuah kisah, pada zaman nabi, nabi dan para sahabatnya kala itu tengah melakukan solat berjamaah dengan sangat khusyuk. Karena kekhusyukan mereka, tanpa disedari diri mereka ada yang sampai meneteskan air mata. 
Merujuk dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. " Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk".(Al-Israa', 17:106-109).



Khusyuk bagi orang mukmin ialah jiwa tauhidnya yang sangat mendalam dan rasa bertuhan serta rasa kehambaan dalam jiwanya begitu kuat hingga ia memenuhi seluruh pelusuk hati dan perasaannya. Rasa cinta dan takutnya kepada Tuhan menguasai fikiran dan jiwanya. Rasa tidak lekang dan di bawa kemana-mana. Dia khusyuk di luar solat dan dia lebih-lebih lagi khusyuk di dalam solat. Sembahyang atau solat yang benar-benar khusyuk itu ialah solat yang sentiasa mempunyai rasa-rasa yang berubah dari satu ke satu rasa yang lain sesuai dengan rukun dan bacaan dalam solat. Untuk mencapai rasa-rasa ini, ia mesti terlebih dahulu diusahakan dalam keadaan biasa di luar solat. Hanya di dalam solat ia disubur,dihidup dan ditajamkan lagi supaya kita lebih dapat berinteraksi, berhubung hati dan berhubung rasa dengan Tuhan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N