Langkau ke kandungan utama

MENDIDIK NAFSU SATU JIHAD.

MENDIDIK NAFSU SATU JIHAD.


Manusia yang terdiri dari fizikal, akal dan roh. 
Membangunkan hati, roh atau jiwa adalah rumit. Ia dilakukan dengan menanamkan iman dihati. Kita kena mengenal diri sendiri melalui rasa hati. Kita kena berusaha mendidik nafsu Ammarah dengan mensucikan fitrah kita. Kita kena buat berbagai-bagai latihan hati atau bermujahadah dengan tujuan untuk membuang segala sifat-sifat mazmumah dan keji dari hati kita seperti riyak, cinta dunia, bakhil, pemarah dan sebagainya. Kita mengisikannya dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji seperti tawakal, pemurah, rendah diri, pemaaf dan lain-lain.



Membangunkan atau mendidik nafsu pula lagi-lagilah payah. Ia ialah dengan membuat latihan atau riadhah nafsu. 
Nafsu terbahagi kepada tujuh peringkat. Kita kenalah berusaha meningkatkannya. Nafsu peringkat Ammarah dan Lawwamah masih dianggap jahat dan belum selamat dari api Neraka. 1. Ammarah. 2.Lawwamah 3. Mulhamah 4. Mutmainnah 5. Radhiah 6. Mardhiah 7. Kamilah.



Latihan atau riadhah nafsu ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Kita perlu guru murshid yang bertaqwa untuk memandu kita. Jelas bahawa membina dan membangunkan insan ini bukan perkara main-main. Ia satu usaha yang serius dan memerlukan satu bentuk kemahuan dan komitmen yang tinggi. Ia bukan setakat berkumpul dalam satu kem untuk beberapa hari, bergaul leaki perempuan, muda dan mudi, mandi sungai, meredah hutan, gotong royong, berkayak, bermain berbagai bentuk permainan, berkawad dan perkara-perkara yang seperti itu. Kalau tidak kena caranya, ini semua bukan akan membina insan tetapi akan merosakkannya. 



Orang roh orang yang berjuang melawan nafsu dia akan berhempas pulas, mujahadah. Dia perah betul-betul tenaga yang ada dalam dirinya, baik tenaga fizikal, perah otak dan menekan jiwanya untuk menumpaskan nafsu. Pembangunan insan bukan perkara yang boleh dibuat secara berkala. Ia sebahagian dari hidup. Ia mesti menjadi program hidup. Ia mesti berjalan secara berterusan tanpa henti dan rehat. Kalau rehat insaniah manusia akan rosak semula kerana dicemari oleh nafsu, syaitan, manusia dan dunia. 



Orang roh adalah orang yang berjuang bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. Itulah jihad melawan nafsu. Orang yang relakan diri di tawan oleh nafsu sebenarnya telah bertuhankan nafsu. Ada orang yang bertuhankan nafsu, suatu perbuatan syirik yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya. Maksud firman Tuhan:“… Sesungguhnya nafsu (ammarah) cenderung kepada kejahatan …” (Yusuf, 12: 53). “Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” 
(Al-Furqan, 25: 43-44).



Di dalam membangunkan dan membina manusia, pelajaran dan pendidikan adalah perkara yang wajib. Namun di antara keduanya, pendidikan lebih penting dan perlu diutamakan dan didahulukan. Kunci bagi anak-anak kita ialah diddik dahulu dan kemudian baru ajar. Jadikanlah mereka baik dahulu sebelum menjadikan mereka pandai. Jadikan mereka berakhlak dahulu sebelum menjadikan mereka berilmu.



Mendidik nafsu adalah kerja yang berterusan sepanjang hayat. Sebab itu berusaha sungguh-sungguh mengenal nafsu dan mendidiknya satu jihad. Adalah wajib memerah tenaga yang ada pada diri kita ini baik tenaga lahir mahupun batin untuk melawan nafsu. Sesungguhnya nafsu sentiasa merosakkan kita. Kalau kita sebagai orang Islam yang ada cita-cita Islam tentulah hendak menegakkan Islam. Dalam Islam berjuang melawan hawa nafsu adalah suatu yang telah di tuntut oleh Allah. Ertinya kita tidak boleh buat sambil lewa. Ia mestilah suatu usaha yang berterusan. Bagaimana fizikal kita sibuk untuk mencapai kemahuan dunia, sudah tentulah kita sentiasa berusaha dan memikirkan bagaimana kita tidak di tawan dan di kuasai oleh nafsu.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N