Langkau ke kandungan utama

ABUYA SATUKAN DUA NEGARA MELALUI PERKAHWINAN.


ABUYA SATUKAN DUA NEGARA MELALUI PERKAHWINAN.



Kebangkitan Islam sudah semakin ketara di Timur khususnya Asia Tenggara. Kemahuan Islam sudah semakin kuat di hati umat Islam terutamanya Malaysia dan Indonesia. Inilah suara umat Islam sekarang sama ada diluahkan atau hanya disimpan di lubuk hati. Cuma kehendak itu belum sistematik. Fikiran dan hati mereka masih bersipang siur dengan pelbagai masalah. Mereka mahukan Islam tapi belum nampak jalan. Hati umat umpama tanah subur yang sudah digembur, cuma menanti ditanam dengan biji benih untuk tumbuhnya pohon Islam yang rendang.



Abuya satukan dua buah negara melalui perkahwinan dengan cita-cita membangun keluarga Islam demi wujudnya masyarakat Islam, daulah dan seterusnya empayar Islam. Allah memberi Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi kekuatan dan kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu-persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau telah mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua minda yang dibawanya. Abuya mulakan model Islamic way of life yang praktikal untuk difahami, diyakini dan diamalkan. Rahsia kejayaan Abuya dapat mencetuskan jemaahnya begitu besar dan bepengaruh khusus di Malaysia dan Indonesia, ialah apa yang diperjuangkan kepada masyarakat perkara yang sama dia pastikan kepada keluarganya di perjuangkan sama. Kita bila bergelanggang di tengah masyarakat mudah mendapat populariti sedangkan bila perjuangkan perkara yang sama pada keluarga sendiri tidak gelimour. Tetapi bagi pejuang yang benar-benar membela Allah dan Rasul tetap sama terus diperjuangkan.



Model cara hidup Islamic ianya di perjuangkan dan telah di bukukan dan di cetak di Malaysia dan Indonesia. Cetakan di Indonesia di ubah suai sedikit mengikut bahasa Indonesia. 
Jemaah Abuya yang semakin ketara memainkan peranan dan terlibat secara aktif dalam arus kebangkitan semula Islam. Bukan sahaja di Malaysia, Indonesia malah pada peringkat antarabangsa. Dari usaha pendekatan yang Abuya lakukan dapat diterima oleh umat Islam didalam dan diluar negara. 



Satu natijah yang baik akan terhasil melalui cara yang baik. Kekusutan yang berlaku akan dapat diungkai walaupun dirasakan begitu kronik di peringkat awal. Sudah banyak yang berlaku di Malaysia dan di Indonesia yang tidak dijangkakan telah berlaku. Abuya pernah kongsikan ilmu kepada kita di dalam kuliah-kuliahnya kalau di Indonesia perubahan berlaku bermula dari atas dan di Malaysia pula perubahan berlaku bermula dari bawah. Kebangkitan Islam di Malaysia bermula dari bawah telah pun kita kongsikan didalam artikal sebelum ini. Iaitu blog Suaraharamain 7 mei 2016.



Sudah menjadi Sunnatullah, seperti molekul-molekul air yang berlanggar sesama sendiri ketika air mendidih sebelum ianya berubah menjadi wap. Begitulah angin perubahan yang bertiup ke arah Islam. Walau bagaimana lembut sekalipun pasti ada sedikit getaran untuk memisahkan kebatilan dari kebenaran. Supaya terserlah siapa yang ikhlas mahukan Islam, di hati rakyat dan di sisi Allah! . Maksud firman Allah: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Al-Anbiyaa'21:105).



Sebenarnya Islam menetapkan bahwa rumah tangga adalah tapak dan asas untuk mendirikan masyarakat Islam dan negara Islam. Seterusnya empayar Islam ertinya perjuangan untuk mendapatkan empayar Islam atau sekurang-kurangnya negara atau negeri Islam mesti bermula daripada rumah tangga Islam. Sekiranya berjayalah ditegakkan rumah tangga-rumah tangga Islam, harapan untuk tercetusnya masyarakat Islam ada dan negara Islam. Tapi jika tidak ada rumah tangga Islam, jangan berharap lah akan berlaku daulah Islamiah dan lain- lain.



Apa ertinya negara Islam? Tapi cara hidup Islam tidak jadi budaya masyarakatnya dan rumah tangganya ? Bukankah Islam itu sistem hidup, sistem pendidikan, sistem sosial, politik, sistem ekonomi, sistem kesihatan, perhubungan, sistem pertanian, sistem perindustrian, ketenteraan, perlembagaan, sistem pemerintahan dan sebagainya? Pelaksananya sistem ialah oleh manusia-manusia yang terlibat yang mampu, untuk melaksanakan segala fardhu ain dan fardhu kifayah. Tanpa manusia yang berjiwa Islam, bagaimana Islam nak ditegakkan? Oleh itu kerja-kerja melahirkan individu-individu muslim yang sanggup praktikan agamanya mestilah diusahakan di rumah. Dia tidak boleh bermula dalam masyarakat. Sebab masyarakat adalah himpunan rumah tangga. Bagaimana masyarakat nak Islam kalau rumah tangga tidak Islam?



Kalau begitu perkawinan sebenarnya ialah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suami dan isteri tentunya orang-orang yang mampu menjayakannya. Jika tidak, mana mungkin ianya dapat menjadi kenyataan? Suami adalah ketua keluarga. Suami tentu menjadi ketua keluarga dan pengurus rumah tangga secara Islam. Awal-awal lagi mereka sudah faham bahwa perkahwinan bukan soal kecil, bukan sekadar persoalan hiburan dan sex semata. Perkahwinan juga ialah persoalan masyarakat terhubung kait dengan keselamatan dan nasib masa depan umat Islam samada kita sedar atau tidak, secara langsung maupun tidak langsung.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N