Langkau ke kandungan utama

LIKU-LIKU KEHIDUPAN MANUNIA DI AKHIRAT.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN MANUNIA DI AKHIRAT.





Abuya sering mengingatkan kita didalam kelas pengajian yang di buatnya bertempat di Kampung Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur. Era yang kita sedang berada sekarang ialah kehidupan selepas era di alam roh, selepas alam rahim dan sekarang kehidupan dunia fana yang kita sedang lalui. Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah s.w.t. untuk masa depannya hidup di dunia. Iaitu masa depan kehidupan di dunia ini dia berusaha mendapatkan rasa tawakal kepada Allah iaitu rasa menyandarkan diri pada Allah di samping berusaha gigih mengharungi kehidupan. Berusaha dapatkan rasa hati yang cemas tentang nasib kehidupan di Akhirat yang kekal abadi dengan mendalami ilmu agama.



ISLAM yang telah Allah redhakan dan disampaikan melalui utusan-Nya Nabi Muhammad SAW merupakan satu ajaran yang merangkupi persoalan hidup dan mati. Ajaran Islam merangkumi persoalan dunia dan Akhirat. Ajaran yang merangkumi kehidupan di Alam Barzakh. Ajaran yang ada persoalan mizan, titian sirat dan kemuncaknya akan masuk ke Syurga atau di humban ke Neraka. Orang mukmin itu mengambil dan buat persiapan kedua-nya sekali iaitu kehidupan dunia dan kehidupan Akhirat. Kejayaan manusia apabila dia mampu menjadi mukmin sejati. Alam Roh: Maksud firman Tuhan, "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-Araf, 7: 172). Alam di mana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.



 Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung rasio hari dunia dan akhirat,1 hari akhirat = 1.000 tahun dunia menurut perkiraan kita. Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365.000 hari. Bermakna satu hari akhirat = 365.000 hari dunia. Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermaksud setiap jam akhirat adalah – 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia. Apakah perbandingan 1 hari di hari akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia tidak membuat kita berfikir sejenak?
”Dan sesungguhnya satu hari (menurut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut perkiraanmu”. (Al-Haj,22:47).



Alam Dunia:Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. Hidup sehingga 65thn-75thn. Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu: 1. Alam Roh: Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam. Alam Rahim. Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh). Alam Dunia:Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.



Alam Kubur: Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia. Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda : “Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”. Alam Mahsyar: Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.



Hidup Roh Dari Alam Ke Alam. Marilah kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Mengingati MATI adalah sebijak2 perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa bekalan? Seseorang yang ingin bermusafir contoh, belajar oversea 3 tahun), mesti teringatkan untuk membuat persediaan dan membawa bekalan. MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat dekat. Bagaimana mungkin kita berasa selamat dari MATI ? Sedang hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya, tidak perlu naik kenderaan… Hanya berada di tepi jalan sudah memadai.



Bagaimana mungkin kita berasa selamat jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api? Tidakkah kita dengar hal-hal kematian di dada khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak menjangkakan mereka akan mati hari tersebut. Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?



Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:1. Alam Roh: Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam. 2. Alam Rahim:Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).
3. Alam Dunia: Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat pentinguntuk alam yg seterusnya. Hidup sehingga 65thn-75thn. 4. Alam Kubur: Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.



Maksdu Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda : “Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”. 5. Alam Mahsyar: Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi ini memuntahkan isinya. Maksud hadis dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama-sama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.



Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosakerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat:soal jawab,membaca catitan amalan dan Hisab.




Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam. “Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” (Surah Maryam Ayat 68).Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun.



Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16.



Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N