Langkau ke kandungan utama

KEMERIAHAN ISLAM ERA KEBANGKITAN DAKWAH.

KEMERIAHAN ISLAM ERA KEBANGKITAN DAKWAH.






Sebelum era dakwah ibu bapa berbangga menghantar anak ke sekolah sekular. Ketika era kesedaran dakwah sekarang sekolah-sekolah agama menjadi rebutan. Mana sekolah agama baik di bawah kerajaan atau sekolah agama swasta menjadi rebutan. Saya berkesempatan meninjau perkembangan sekolah agama menengah tinggi Kuala Kubu Bharu Selangor. Bangsa Melayu Baru atas nama Islam sedang Tuhan persiapkan. Bangsa Melayu yang dapat cetus- kan dan menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek hidupnya, sehingga kebenaran itu dapat diserlahkan lahir dan batinnya, dapat dirasakan keindahannya, dapat dilihat dan dinikmati kemakmuran dan keselarasannya.



Abuya terus menanamkan keyakinan kepada keluarganya bahkan menyatakan dengan tegas kepada keluarganya kamu boleh ambil pen dan senaraikan apa-apa yang telah di kongsikan kepada kamu tentang janji Tuhan yang berlaku moga dengan itu menambahkan lagi keyakinan kamu tentang janji Allah bahawa  sekarang adalah giliran Islam dan Islam tidak akan kalah-kalah lagi.





Sebelum merdeka, kalau ada orang berjalan-jalan tidak pakai songkok dianggap kurang adab. Sekarang, era tersebut berulang kembali ramai remaja-remaja pakai songkok sudah jadi budaya. Anak -anak perempuan dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat orang dewasa sudah menjadi budaya menutup aurat dengan memakai tudung. Bahkan syarikat-syaikat berlumba-lumba memperkenalkan pakaian tudung muslimah. Di lebuh raya papan iklan meriah memperkenalkan pakaian muslimah yang menutup aurat. Sekarang atas nama fesyen pakaian Islam sudah menjadi kormesel.



Dewan sekolah di namakan dengan nama sahabat Rasulullah SAW iaitu Dewan Abu Hurairah SAMT Kuala Kubu Bharu. Kerana ingin mengambil berkat maka nama sahabat di ambil. Visi pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera. Misi melestarikan sistem  pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Moto sekolah iaitu "Berilmu beramal dan bertaqwa."



Pendidikan Islam menurut ahli sunnah wal jamaah seimbang dari sudut menanamkan keyakinan dengan ilmu tauhid, dari sudut lahir dengan ilmu syariat dan dari sudut membetulkan dan meluruskan hati dengan ilmu tasauf yang banyak menekankan soal adab-adab dalam Islam. Dengan keseimbangan asas ilmu tersebut maka dapat melahirkan peribadi dan akhlak mulia. Semakin tinggi ilmu semakin menunduk bagaikan resam pokok padi semakin berisi semakin tunduk. Berbeza dengan pendidikan Barat atau pendidikan sekular semakin tinggi ilmu semakin angkuh dan sombong.



Apabila roh Islam kita hidup,Kita perjuangkan model cara hidup Islam. Kita suburkan kembali kasih sayang, persaudaraan atau ukhwah islamiah sebagaiman yang telah berlaku pada kebangkitan Islam pertama. Amalan Islam kembali meriah, contoh anak-anak muda kampung yang bekerja, kalau mereka balik bercuti, bukan sahaja akan menziarahi ibu bapa mereka bahkan juga tuan-tuan guru dan orang-orang penting kampung. Kalau tidak, dia dianggap tidak beradab. Demikianlah hidup masyarakat Melayu selepas mendapat kesedaran dakwah. Sungguh indah, sungguh manis, sungguh tenang dan sungguh bahagia.



Sekarang ini setelah kesedaran orang Melayu sudah semakin terserlah mereka dapat gabungkan roh Islam dan teknologi, maka kemajuan dapat menguatkan Islam. Bangsa Melayu sudah dapat membawa imej Islam yang positif di peringkat antara bangsa. Di perhimpunan majlis OIC dan PBB Malaysia berjaya menangkis fitnah dan sekaligus menampilkan imej Islam yang selamat dan menyelamatkan.



Benarlah apa yang telah Abuya perkatakan dan tulis didalam bukunya, ombak dakwah terus juga berkembang. Makin hari makin tinggi ombaknya. Semua media perdana juga rancak dan meriah dengan program-program Islam. Semua ini akan berterusan sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Akan sampai kesatu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa membuat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N