Langkau ke kandungan utama

NEGARA SELEPAS PRU14.



UMAT ISLAM SELEPAS PRU14.

Mari kita mengimbau kembali berita daripada perkongsian para ulama tentang suasana akhir zaman. Khususnya tentang jadual Allah. Kini kita berada di era kebangkitan Islam. Siapapun kena menyesuaikan diri dengan era kebangkitan tersebut. Sekarang bukan era kominis atau era Barat.

Bila Allah SWT redha kita akan selamat di dunia lagi dan di Akhirat terlepas dari azab Neraka. Berkaitan dengan perkembangan negara kita selepas PRU14 sekarang, kita rasa cemas. Memang Tuhan letakkan umat Islam dalam situasi yang mencemaskan. Begitulah Tuhan sedang memproses untuk mematang roh umat Islam.

Matlamat atau tujuan pembangunan insan untuk melahirkan peribadi yang memiliki watak sebagai hamba dan khadam ummah atau dengan kata-lata lain ialah sebagai khalifah.

Siapa sebenarnya kita? Apa tanggungjawab yang Allah telah pikulkan kepada kita, yang mesti kita fahami, yakini dan laksanakan dengan sebaik-baiknya. Manusia yang Allah cipta di atas muka bumi ini ada dua tugas atau ada dua tanggungjawab atau pun ada dua peranan yang mesti dilaksanakan.

Pertama, sebagai khalifah Tuhan untuk mengatur dan mentadbir bumi ini.Tuhan mengingatkan kita dalam Al Quran, "sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Az Zariyat 56).
"Sesungguhnya Aku menciptakan manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini.(Al Baqarah 2:30).

Kedua-dua tugas ini (sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya)
hendaklah di fahami, di yakini dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan kehendak Allah. Sebagaimana yang telah digariskan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya berjaya kita melaksanakannya, ianya akan diredhai oleh Allah SWT. 

Apabila kita berjaya menegakkan segala perintah Allah bermakna secara
tidak langsung kita telah berjaya
menegakkan amal soleh. Antara
contoh perintah Allah, ialah sembahyang, puasa,zakat, haji,
jihad dan lain lain yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Kedua,
Setiap hamba Allah SWT wajib menjauhi apa yang dilarang oleh Allah SWT. Perkara yang dilarang oleh Allah SWT itu juga ribuan banyaknya. Ada berbentuk dosa-dosa besar, ada berbentuk dosa-dosa kecil. Ada yang bentuk makruh dan ada yang berbentuk haram.

Ketiga,
Setiap hamba Allah itu mesti mengekalkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Seseorang itu dia tahu yang dirinya seorang hamba, tidak  sama dengan dia merasa dirinya hamba. Dia tahu yang dirinya hamba;ini adalah kesedaran ini adalah kesedaran akalnya sahaja. Akalnya tahu yang dirinya hamba Allah. Seseorang itu apabila rasa dirinya hamba Allah, sebenarnya hatinya yang merasa demikian.
Kesedaran akal yang dia tahu dirinya seorang hamba Allah tak membuat seseorang itu bersifat hamba Allah.
Ia berlainan sekali kalau seseorang itu hatinya merasa dirinya hamba Allah. Ini membuatkan seseorang itu dapat bersikap dan memiliki sifat hamba.Tahu berpusat pada akal. Seseorang itu digelar 'Alim. Rasa berpusat dihati seseorang itu digelar 'Arif. Sebagai hamba Allah wajib dia mengekalkan rasa kehambaan itu walau dimana saja kita berada.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N