BERTAMADUN ATAS NAMA TUHAN.
Firman Allah SWT:
قْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ.
Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
(Al Alaq 96:1).
قْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ.
Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
(Al Alaq 96:1).
Hadis Nabi SAW:
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib
atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Surah ini dinamakan ayat Makkiyah. Ramai yang memahami ayat ini hanya mengikut maksud yang tersurat sahaja iaitu bacalah Al-Quran dengan niat kerana Allah SWT.Tetapi kalau dikupaskan dengan lebih luas, istilah bacalah disini bermaksud carilah ilmu.
Mencari ilmu itu pula mestilah dengan nama Tuhan iaitu kerana Tuhan. Mengikut cara yang Tuhan mahu dan dipergunakan ilmu itu ke jalan Tuhan.
Mencari ilmu itu pula bukan semata-mata untuk mengumpulkan ilmu. Ilmu itu adalah untuk membina kemajuan, untuk membangun untuk berjuang dan membina tamadun. Semua itu mesti atas nama Tuhan.
Iaitu atas nama iman, ketaqwaan, kerana Allah, dengan cara yang Allah mahu dan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.Kita dilarang mencari ilmu untuk tujuan-tujuan yang lain seperti hendak seperti hendak jawatan,
nama, glamour, kekayaan dan sebagainya.
Lanjutan kepada itu,kita juga dilarang menggunakan ilmu untuk membangun dan berkemajuan bagi tujuan lain selain kerana Allah dan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Justeru itu, tamadun yang kita hendak tegakkan berdasarkan ilmu yang ada pada kita tidak boleh terkeluar dari syarat-syarat yang telah Tuhan tetapkan dalam syariat-Nya.
Tuhan melarang kita membangun, berkemajuan, dan bertamadun untuk diri, bangsa atau negara, atau kerana megah,kerana mahu dihormati, kerana mahu berlumba-lumba, dan untuk disanjung dan dipuji. Ini semua sia-sia sahaja, tidak ada nilai sisi Allah, tidak ada pahala dan Allah berlepas diri dari kita. Ia dianggap syirik khafi dan di Akhirat, kebaikannya tertolak.
Ulasan
Catat Ulasan