Langkau ke kandungan utama

SYIAR ISLAM TERSERLAH.


KEBANGKITAN SYIAR ISLAM.
(Cucu Abuya,Mukrimah bt Mujahid).

Syiar Allah itu kalau dibesar-besarkan akan memperlihatkan indah dan gagahnya Islam itu. Allah SWT memerintahkan ditegakkan syiar-Nya dengan firman Allah: "Barangsiapa membesarkan syiar Allah sesungguhnya ia daripada hati yang bertaqwa.
(Al Haj :32).

(Majlis Maulidurrasul di AFT Sendayan).

Syiar Islam terserlah di era kebangkitan Islam ini. Kita sedang menyaksikan suatu perubahan dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam.
Sekalipun bilangan yang terlibat
belumlah memuaskan, namun pertambahannya sedang dipergiatkan dan angka itu tidak pernah menurun; bahkan bertambah meningkatkan.

Guru mursyid kita pernah memberikan kuliahnya bertajuk kebangkitan Islam di Timur.Kebangkitan Islam di Indonesia bermula dari golongan atasan.
Kebangkitan Islam di Malaysia bermula dari bawah. Semua perkembangan tersebut kita telah menyaksikan. Dan golongan terakhir menerima gelombang kebangkitan Islam di Malaysia adalah golongan selebriti.

Di pihak musuh Islam telah berusaha menghalang kebangkitan Islam tersebut. Berita yang sampai kepada kita hanya beberapa tindakan sahaja yang telah mereka lakukan. Berita sebenar tindakan mereka yang tidak sampai kepada kita terlalu banyak. Namun segala usaha mereka gagal. Bahkan musuh Islam sendiri merasa hairan kenapa strategi kali ini tidak berkesan.
( Foto Putrajaya Malaysia).

Kini adalah era giliran yang telah Tuhan taqdirkan untuk kebangkitan Islam yang bermula di timur. "Ini adalah qada dan  qadar Allah pada azali lagi". Kejadian tersebut telah Tuhan ingatkan didalam Al Quran. Firman Allah SWT:
وَتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ.
Maksudnya:
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia,
(Ali Imran 3:140).

Sekarang, kebangkitan ini terlalu laju,sedang menuju ke satu gelombang yang lebih besar lagi. Apakah persiapan kita untuk menyongsong dan mengendalikan kemaraannya. Dalam hal ini kita hanyutkan diri
dalam arus kebangkitan Islam.
Di era ini kita buat sedikit hasilnya banyak berkat bonus  kebangkitan Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...