Langkau ke kandungan utama

KELUARGA BAHAGIA.

(Foto kenangan Syeikh Mohd Nizamuddin bersama isteri-isterinya)

"Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan ruhani. Apabila manusia tidak mendapatkannya, maka jiwa derita, hilanglah kebahagiaan. Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian."
(Foto bersama sebahagian anak dan cucu Sy. Fakhrur Razi - November 2018)

Sebenarnya Islam menetapkan bahawa rumah tangga merupakan dasar dan asas untuk mendirikan masyarakat Islam dan negara Islam dan selanjutnya empayar Islam. Ertinya perjuangan untuk mendapatkan empayar Islam atau sekurang-kurangnya negara Islam mesti diawali dari rumahtangga Islam. Jika berhasil ditegakkan rumah tangga Islam maka ada harapan untuk lahirnya masyarakat Islam. Tapi jika tidak rumah tangga Islam jangan berharap akan wujud masyarakat, negara dan empayar Islam.
(Foto majlis kesyukuran cukur jambul cucu Sy. Fakhrur Razi).

Apa ertinya negara Islam tapi cara hidup Islam tidak menjadi budaya masyarakatnya dan rumahtangganya. Bukankah Islam itu sistem hidup, sistem pendidikan, sistem sosial, sistem politik, sistem ekonomi, sistem kesihatan, perhubungan, sistem pertanian, sistem perindustrian,  ketenteraan,  perlembagaan, pemerintahan,
dan sebagainya?

Pelaksana sistem mesti manusia-manusia yang mampu untuk melaksanakan segala fardhu
Ain dan fardhu kifayah.
Tanpa manusia berjiwa Islam, bagaimana Islam hendak ditegakkan? Oleh kerana itu usaha-usaha melahirkan individu-individu muslim yang sanggup mengamalkan agamanya mesti diusahakan di rumah. Hal tersebut tidak mungkin diawali dari masyarakat. Sebab masyarakat adalah himpunan rumah tangga.
(Foto, pengantin lelaki Mohd Rafiq Sy. Fakhrur Razi).

Bagaimana masyarakat hendak
 Islam kalau rumah tangga tidak
Islam?Kalau begitu pernikahan sebenar nya ialah untuk mengawali masyarakat Islam kecil. Suami dan isteri tentunya mesti orang-orang yang mampu mewujudkannya. Jika tidak mana mungkin akan dapat menjadi empayar.
Suami isteri mesti orang-orang yang mampu menjadi ketua keluarga dan pengurus manager rumah tangga secara Islam.

(Foto pengantin, Abirah Fakhrur Razi).

Sejak awal mereka sudah faham
bahawa pernikahan bukan soal
kecil, bukan sekadar persoalan hiburan dan seks semata.Pernikahan juga ialah persoalan masyarakat ertinya berkaitan dengan keselamatan dan nasib masa depan umat Islam baik sedar atau pun tidak. Secara langsung mahupun secara tidak langsung. 

Pernikahan dalam Islam besar ertinya. Keberadaannya ibarat kilang yang menghasilkan batu-bata yang baik dan berkualiti. Apabila batu-bata terkumpul banyak, si arkitek akan dapat membuat bangunan yang kukuh dengan baik dan gagah. Di sanalah berjalan segala sistem masyarakat. Mari kita usahakan pernikahan atau perkahwinan islami. Awali dengan suami isteri Islam lantas
jalankan kekeluargaan Islam.
Anak-anak adalah masyarakat kecil yang ikut membangunkan Islam. Insyaallah bersama kita membantu untuk mengusahakannya. Ikutilah panduan yang telah di tinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kahwinilah seorang perempuan itu disebabkan empat perkara, iaitu kerana rupanya, kekayaan, keturunan dan agamanya. Pilihlah kerana agamanya."

Begitulah Rasulullah SAW memberi panduan perkahwinan. Beruntunglah umat Islam yang dapat  mengikuti panduan tersebut. Hebatnya Rasulullah SAW dapat membaca hati-hati manusia dalam memilih jodoh. Kita umumnya memilih rupa cantik dan sebagainya, agama adala syarat terakhir. Bagi Rasulullah SAW meletakkan agama syarat utama. 

Mampukah umatnya menerima dan memahami serta mematuhi kata-kata kekasih Allah ini?Apabila tujuan menikah hanya untuk bersenang senang. Sebenarnya ada dua kesalahan. Pertama kalau kita berkahwin itu hanya dengan tujuan bersenang-senang sahaja, ertinya kita memilih hidup haiwan. Kedua kita telah memilih rancangan jangka pendek iaitu hanya untuk berseronok sahaja. Sekadar memenuhi kehendak seks. Berdasarkan faktor ini banyak yang berlaku perceraian pada hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N