Langkau ke kandungan utama

TUHAN MAHA BERDISIPLIN.

SUNNATULLAH.

Apakah itu sunnatullah?
Sunnatullah itu ialah hukum Allah SWT. Ia adalah peraturan,
sistem dan ketentuan Allah SWT
untuk hamba-hambaNya yang bernyawa atau tidak bernyawa. Tuhan telah tentukan sejak azali lagi. Kalau diikut sistem ini semua hamba atau makhluk itu akan selamat.

Sunnatullah bermaksud setiap kejadian alam telah ditentukan oleh Allah SWT peraturan, peranan dan fungsinya. Kalau tidak diikut, hamba dan makhluk
itu akan binasa. Lain makhluk, lain sistem dan sunnatullah yang wajib dipatuhinya. Ada sistem untuk tumbuhan. Ada sistem untuk haiwan. Ada sistem untuk manusia. Ada sistem untuk Malaikat dan jin.
Masing-masing makhluk mesti mengikut yang dikhususkan untuknya.

Kalau tumbuhan dan kayu-kayan
tidak mengikut sunnatullah yang
dikhususkan untuknya, dia tidak akan selamat. Dia akan binasa. Begitu juga makhluk-makhluk yang lain kalau tidak ikut sunnatullah yang dikhaskan untuknya, dia akan binasa. Makhluk seperti semut pun, asa sunnatullah atau sistem untuknya. Kalau dilanggar semut akan musnah.

Tuhan itu Maha Berdisiplin. Setelah ditetapkan sunnahnya Dia tidak mengubahnya sampai bila-bila sekalipun. Ada banyak hikmah kenapa Tuhan berbuat begitu. Semuanya merupakan rahmat untuk hamba-hambaNya

Firman Allah SWT:
وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا.
 "dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu." (Ahzab 33:62).

Firman Allah SWT:
فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا ۖ.
"Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), (Al Fathir  35:42).

Firman Allah SWT:
وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَحْوِيلًا.
dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.
(Al Fathir 35:43).

Bila sunnatullah tidak berubah-ubah, kita mudah belajar dan mudah tahu kerana ia perkara yang tetap yang berlaku setiap masa. Bila mudah tahu maka mudah pula kita patuh kepada sunnatullah itu.Disebabkan sunnatullah tidak berubah-ubah, maka hidup kita menjadi teratur. Hidup kita menjadi regulated dan bersistem. Selepas siang kita tahu ada malam. Selepas malam, kita tahu akan datang siang. Ia silih berganti secara tetap.

Kalau malam dan siang tidak tetap dan berubah-ubah, hidup kita akan menjadi kucar kacir. Gula itu manis secara tetap. Garam pun masin secara tetap.
Kalau garam dan gula tidak yakin secara tetap ia berubah-ubah, maka sukar bagi kita untuk membancuh teh dan kopi dan untuk memasak.Air pula mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah, dari daratan ke lautan. Kalau sunnah ini berubah mengalir dari lautan ke daratan, hidup kita dalam bahaya. Inilah yang berlaku bila terjadi tsunami.

Begitu juga, apabila sunnatullah itu tetap dan tidak berubah-ubah, semuanya berjalan secara teratur. Kita akan dapat rasakan bahawa dunia ini ada yang menyusun, ada yang mengatur dan ada yang mentadbirnya. Dunia tidak dibiarkan berfungsi dengan sendiri ikut sesuka hatit tanpasebarang sistem. Justeru kita dapat merasakan kehadiran dan peranan Tuhan dalam mentadbir dunia dan alam ini. Itulah salah satu tanda-tanda kebesaran Tuhan kalau kita mahu mengambil iktibar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...