Langkau ke kandungan utama

SEMENANJUNG TANAH MELAYU.



PETA lama semenanjung Tanah Melayu menggambarkan laluan Sungai Sembrong dari Kuala Endau ke Batu Pahat. (Utusan 04 Februari 2017).

Semenanjung Tanah Melayu
merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara Terbentang luas dari selatan
 Myanmar, membawa keselatan Thailand keseluruhan. Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau
Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo.
Bagaimanapun,Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.
Mejoriti setiap kaum atau etnik boleh dirujuk kepada negaranya.Kaum India boleh merujuk kepada negaranya iaitu Negara India. Kaum China juga boleh merujuk kepada negaranya iaitu Tanah Besar China. Orang Melayu juga sepatutnya boleh merujuk kepada negaranya iaitu Semenanjung Tanah Melayu.

Tamadun Islam atau cara hidup Islam boleh ada dimana-mana negara. Menurut sejarah empayar Islam pernah wujud di Asia tenggara. Bagi mengulangi sejarah tamadun Islam tersebut, ia perlu melibatkan semua pihak. Bermula dari pemimpin, ulama, pegawai, dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada semua peringkat rakyat jelata.
Dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah melahirkan Islam hadhari. Dengan istilah yang lain ialah tamadun Islam.
Kedua-dua perkataan tersebut berasal dari bahasa Arab. Ini satu anugerah besar dari Tuhan.
A
Namun ramai orang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Islam hadhari itu. Selama ini, apa yang diajar disekolah hanya Islam asas. Yakni yang berkenaan hukum hakam sahaja.
Bila dikatakan Islam hadhari atau tamadun Islam, skopnya adalah luas dan global. Hendak sebut ilmunya pun kita terkapai-kapai. Sebenarnya kerajaan telah mengejutkan kita dengan
Islam hadhari atau tamadun Islam ini. Kita telah tenggelam dengan ilmu hukum hakam yang hanya 500 ayat dari 6666 ayat Al Quran. Kalaupun kita faham ilmu,hanya dalam satu-satu
bab sahaja. Islam hadhari adalah perkara baru bagi kebanyakkan kita. Moga-moga kita dapat gerakkannya dan kemuncaknya akan berlakulah negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...