Langkau ke kandungan utama

MAULIDUR NABI 2018.


BUKAN ISLAM JUGA MENDAPAT BERKAT NABI.


Rasulullah SAW sayangkan kita umatnya, ketika saat hendak wafat Baginda menyebut  umatku sebanyak tiga kali. Begitulah hubungan kasih sayang nabi dengan umatnya.
Kedatangan Rasulullah SAW ke dunia ini membawa rahmat. Rahmat yang dibawa oleh Rasulullah bukan sahaja manusia mendapatnya makhluk yang lain menikmatinya juga.
(Maulidur rasul dan cukur jambul anak Tholot 20/11/2018).

Ertinya orang Islam dan bukan Islam semuanya mendapat rahmat dari Rasulullah SAW. Oleh kerana itu marilah kita semua berselawat keatas nabi Muhammad.

Maksud Firman Allah SWT:
  “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
( Cukur jambul Mohammad Daud Akhyar bin Tholot 20/11/2018).

Orang yang bukan Islam yang menjadi warga negara didalam negara Islam tidak perlu takut dan bimbang. Cara hidup Islam, undang-undang Islam dan hukum hakamnya tidak akan menyeksa sesiapa bahkan ia menjamin keselamatan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat sama ada yang Islam atau yang bukan Islam. Kalau negara yang sekular, iaitu negara yang ditegakkan atas ideologi ciptaan akal manusia pun, kita rasa sudah boleh tumpang hidup, inikan pula negara dalam negara yang dicatur sendiri oleh Allah,Tuhan yang menciptakan Tuhan langit dan bumi ini, yang Maha Mengetahui semua masalah manusia.

Demi pemurahnya Dia,
orang bukan Islam pun diberi
peluang untuk hidup berbahagia
didunia ini.Negara Islam yang dimaksudkan di sini bukan seperti negara Islam yang ada di dunia hari ini seperti Pakistan, Iran dan Arab Saudi. Yakni negara yang meriuh-riuhkan hukum hudud sedangkan hukum hakam lain yang lebih utama dan indah seperti akhlak, kasih sayang, bertimbangrasa, bertolong bantu, jujur dan lain-lain lagi tidak dihiraukan. Hingga kerana itu Islam dilihat begitu menakutkan oleh orang-orang yang tidak faham.

Sedangkan Islam sebenarnya adalah agama fitrah, yakni agama yang selamat dan indah. Kalaulah kita dapat peluang hidup di dalam negara yang benar-benar Islam,kita akan merasa kepuasan, keselamatan, dan kebahagiaan
yang hakiki.

Saksikanlah sejarah umat Islam dizaman gemilangnya dahulu.Di waktu itu, bukan sahaja umat Islam pun rindu untuk berada dalam kerajaan naungan Islam,
sekalipun mereka tetap mempertahankan agama asal
mereka. Mereka menanti-nanti
datangnya pemimpin Islam ke negara mereka untuk menggantikan pemimpin lama yang tidak mampu memerintah seperti yang dibuat oleh pemerintah Islam di waktu itu.

Sebab itu, dengan mudah sahaja Islam dapat menguasai tiga perempat dunia waktu itu dan memerintah dengan aman dan makmur. Peperangan yang berlaku hanyalah diantara tentera Islam dengan pihak berkuasa atau tentera kepunyaan raja negara berkenaan. Rakyat jelata negara itu sudah memihak kepada tentera Islam, kerana rakyatnya sudah jemu dan benci dengan sikap raja dan kerajaannya yang zalim serta tidak berperikemanusiaan. Sebab itu mudah negara berkenaan jatuh ke tangan orang Islam. Bacalah secara sejarah Islam. Kaji dan teliti bagaimana ianya telah membawa dunia kepada keselamatan di waktu itu. Hakikat sejarah jangan dinafikan serta jangan dibohongi.

Hidup dalam masyarakat Islam, orang bukan Islam tidak perlu takut apa-apa. Hukum hudud yang dijalankan adalah untuk kebaikan bersama. Apakah anda tidak gembira kalau pencuri yang telah mencuri di rumah anda dipotong tangannya? Anda pasti setuju penjahat mesti dihukum dengan hukuman yang sepadan. Kalau orang mencuri barang anda, hati anda mengharapkan dia dihukum. Sebab keselamatan adalah menjadi idaman setiap individu dan semua bangsa, bukan idaman orang Islam sahaja. Itulah yang orang Islam mahukan. Jadi apakah yang hendak ditakutkan.

Orang yang menentang hukum hudud ini kemungkinan dia orang jahat dan ada cita-cita hendak mencuri. Sebab hanya orang yang jahat sahaja yang takutkan hukuman. Orang yang baik merasa lega dan aman kerana adanya undang-undang dan hukuman kerana ia menjamin keselamatan mereka.

Undang-undang dan hukum hakam Barat dan sekular yang dijalankan di Malaysia sudah terbukti tidak berdaya dan tidak mampu untuk membendung jenayah dan kejahatan dan menjamin keselamatan. Lagi banyak undang-undang dibuat dan dijalankan, jenayah semakin bertambah dan menjadi-jadi.
Nampaknya orang-orang jahat tidak langsung mempedulikan atau takut dengan undang-undang yang ada.

Disamping itu, ada hukuman sekular ini yang sedang berkuatkuasa yang tersangat zalim dan jauh lebih dahsyat dari hukuman Islam iaitu
 ISA, yang menahan dan memenjarakan orang tanpa bukti, tanpa bicara dan tanpa pembelaan. Hukuman seperti ini
tidak ada dalam ajaran Islam.
Kalau ini pun orang-orang bukan Islam boleh terima kenapa tidak hukum Islam.

Undang-undang dan hukum hakam Barat tidak menganggap zina, judi, minum arak, pengambilan dadah dan pergaulan bebas lelaki perempuan itu sebagai satu kesalahan atau jenayah. Walhal perkara-perkara itu merosakkan agama, akhlak dan jati diri rakyat.

Ia menjatuhkan peribadi dan moral rakyat. Ia punca berlakunya berbagai jenayah yang lain. Islam bukan agama melulu dan mengikut nafsu.
Setiap yang diperintah dan dilarang penuh hikmah, cukup alasannya dan cukup syarat rukunnya. Tidak ada satu pun ajaran Islam itu yang boleh membawa bencana kepada manusia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N