Langkau ke kandungan utama

MANUSIA RINDUKAN ISLAM YANG INDAH DAN CANTIK.


.


Pada era kebangkitan semula Islam, umat Islam gagal melahirkan model Islam yang indah dan cantik. Kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha Penghibur. Sedangkan sifat Rahman dan Rahim Tuhan di perintahkan kepada kita perkenalkan sekurang-kurangnya lima kali dalam sembahyang lima waktu. Iaitu membaca Fatehah ketika solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 


Lebih-lebih lagi di luar solat iaitu dalam kehidupan masyarakat kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha penghibur kepada makhlukNya. Akibatnya manusia buntu, kecewa dan putus asa dalam mengharungi kehidupan ini. Umat Islam terus di himpit dengan macam-macam musibah yang menimpa. Gejala negatif yang menimpa golongan remaja seperti penyalah gunaan dan penagihan dadah ini nampak seperti tidak ada penghujung dan tidak ada penyelesaiannya.

Firman Tuhan

                   وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
( Al-Baqarah,2:115 ).


Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil.


Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.


Abuya telah persiapkan mereka dengan berbekalkan jiwa yang kental. Abuya telah mendidik mereka dengan akhlak mulia. Abuya telah berjaya memindahkan cita-cita Islam dan semangat juang kedalam diri mereka. Semangat membela Islam telah tertanam kedalam jiwa mereka dan subur sepanjang masa. 


Mereka tidak dididik untuk berundur. Mereka tidak di momok-momokkan dengan risiko atau sebarang masalah hidup yang menghimpit. Jiwa mereka dididik merdeka dan hanya bergantung dengan Tuhan. Dengan kemerdekaan itu mereka berani berbuat apa saja demi memburu keredaan Allah.


Inilah nilai-nilai rohani yang unggul dan unik. Tidak ramai yang memilikinya. Ia menjadi senjata dikala menyerang. Dan menjadi perisai dikala diserang. Dunia Barat tidak memiliki semua ini. Ini 'harta' dari khazanah Islam. Amat berharga untuk umat Islam. Tapi sayang, kita umat Islam sendiri tidak tahu dan tidak mahu memanfaatkannya.


 Kita menadah tangan mengemis 'harta benda' dari Barat untuk mengisi kekosongan hidup yang terluang. Menyedari perkara ini, kita yang pernah mendapat sentuhan didikan dan pimpinan Abuya Imam Ashaari At-Tamimi, tampil bertanggungjawab bergelanggang ke tengah masyarakat membawa model kebenaran yang telah Abuya perjuangkan. 


Masyarakat telah Allah siapkan hati-hati mereka untuk di bangunkan. Mereka telah kecewa dengan percaturan politik ala Barat yang telah mengecewakan mereka. Tanamkan semangat baru bahawa Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Kita Allah pilih sebagai warga Timur mesti berjuang bermati-matian untuk membenarkannya.


 Umat Islam gagal melahirkan model Islam yang indah dan cantik. Kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha Penghibur.
Kita tidak ada kekuatan melahirkan model Islam kerana telah terkena penyakit rohani bernama "Al-Wahan". Apa itu Al-Wahan iaitu cinta dunia dan takut mati. Abuya telah banyak kongsikan panduan berhubung tentang hal perjalanan hati dan rohani manusia. Segala-galanya telah dibentangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N