Langkau ke kandungan utama

ISLAM PASTI AKAN BERDAULAT DI MALAYSIA.




Malaysia bumi pilihan di Timur. Perubahan Malaysia bukan atas dasar lobi atau paksaan. Perubahan yang berlaku kepada Malaysia atas dasar fitrah dan keyakinan. Perubahan negara Malaysia tidak pernah berlaku kepada negara-negara lain di dunia ini. Yang pasti, Islam di Malaysia akan berdaulat tidak melalui jalan demokrasi dan tidak melalui revolusi. Ombak kesedaran takyat terhadap Islam telah bertukar menjadi gelombang yang tidak boleh di bendung atau ditahan-tahan. Siapa saja yang menentang perubahan akan tenggelam. Bumi Malaysia akan diwariskan kepada hamba-hamba Allah yang soleh. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

 "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Al-Anbiyaa' 21:105).


Soleh berasal dari bahasa Arab yang bermaksud orang yang yang baik atau bermaksud orang yang bawa kebenaran. Abuya Imam Ashaari At Tamimi didik kita perjuangkan kebenaran. Pejuang kebenaran itu membawa bersamanya ialah:• Kasih sayang • Keadilan • Perikemanusiaan yang amat tinggi • Rasa bersama dan bekerjasama • Kesatuan dan perpaduan • Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur • Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan • Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia • Memikirkan kepentingan orang lain • Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.


Bagi mereka yang berkata masih memperjuangkan Islam
Abuya, mari kita muhasabah semula. Apakah Islam yang kita bawa ini benar-benar sama dengan yang Abuya bawa? Atau kita dah olah sesuai dengan kehendak dan peredaran masa? Konon untuk kesesuaian perjuangan kita. Kita kata masyarakat dah menerima Islam Abuya namun figur Abuya belum tiba masanya, tapi yang berlaku kepada kita Islam Abuya pun kita tak boleh pertahankannya! Malah kita lebih teruk dari orang awam biasa. Alasan biasa kita berikan konon nak ikut arus perdana, nak 'mainstream'.


Ketahuilah inilah yang merisaukan kita! Apakah dari generasi kita akan berlaku kesinambungan perjuangan ini? Apakah yang kita akan cerikatakan kepada anak-cucu kita tentang perjuangan kita? Sedangkan Islam kita pun dah nipis senipis kulit bawang. Itu kita bukan anak-cucu kita lagi. Kalau begitu benarlah musuh Islam yang ada dalam diri kita sendiri iaitu nafsu yang jahat telah berjaya mencabut roh Islam dari amalan Islam kita sendiri. kata Rasulullah SAW. Islam bermula dengan asing dan kembalinya pun asing. Kalau pejuangnya pun dah asing dari pengamalan Islam yang Abuya bawa, sangat-sangatlah patut Allah perlakukan kita begini rupa. Allah nak benar-benar saring pejuang-pejuangnya. Yang tinggal nanti sangat kecil bilangannya! Benar-benar sedikit seperti kata Abuya.


Jadi apa yang kita perlu buat, iaitu perjuangkan kembali kepentingan kebenaran iaitu iman dan taqwa. Kerana dengan iman dan taqwa dapat mengisi kekosongan jiwa manusia. Lebih-lebih lagi remaja-remaja kita yang sudah dibuai dengan keindahan dunia yang menipu. Hanya dengan iman dan taqwa supaya bersih jiwa mereka dari najis, kekotoran dan sampah maknawi dan rohani. Kita kena suntik jiwa remaja-remaja kita dengan ubat pelali supaya mereka tidak dihinggapi berbagai penyakit yang datang seperti bohsia,bohjan, buang anak, zina, dadah, sumbang mahram, dan lebih-lebih lagi gejala Black Metal ini. Kita kena bawa remaja-remaja kita kenal Tuhan, mereka tidak akan dapat lari dari jatuh cinta dan takut kepada-Nya.


Marilah kita luruskan kembali hati sesuai dengan ilmu akidah yang tepat yang kita sama-sama pelajari dari guru dan pemimpin kita iaitu Abuya. Ertinya kalau kita kembali berada di landasan akidah yang baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Di sinilah pentingnya kembali mantapkan aqidah atau jiwa tauhid. Aqidah atau usuluddin terus ditajamkan dan di tanam ke dalam hati kerana ia adalah roh Islam kita. Bila aqidah kita longgar ia boleh merosakkan hati kita. Sehingga yang lahir dalam tindakkan adalah gambaran hati kita itu. 


Kita perlu lakukan muhasabah supaya pertimbangan yang dilakukan jangan semata-mata bersandar dengan kemampuan akal kita sahaja. Kuasa Allah hendaklah diambil kira.Bahkan itulah kuasa yang mutlak, yang tidak perlukan lojik akal lagi. Dan perlu diketahui, kadang-kadang ketentuan Allah mengenai perkara-perkara yang akan berlaku itu dititipkan pengetahuan mengenainya kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Walaupun kita sudah tahu kuasa Allah itulah yang mutlak tetapi nafsu dan syaitan yang ada didalam diri kita sentiasa menghalang dengan keindahan dunia dan nikmatnya yang sentiasa mempesona. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N