Langkau ke kandungan utama

KERAJAAN ROH BERKAIT RAPAT DENGAN IMAN.




Apabila manusia sudah tiada nyawa maka ia dipanggil mayat.
Iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah dalam tempoh yang singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang terpisah dari soal kerohanian dan alam ghaib sama seperti jasad tiada roh.


Umat Islam tanpa alam kerohanian ini, hanya tinggal salut luar sahaja tetapi isinya sudah tiada. Kalau pun masih berisi, kadang-kadang isinya pula sudah bertukar dengan berbagai isma atau ideologi yang semuanya berasal dari ajaran thoghut.
Jumlah umat Islam yang ramai itu ibarat harimau kertas. 
Sekalipun kelihatan bertaring panjang, namun sudah kosong dan hanya menggelembong sendat dengan kapas dan perca kain. Bilangan umat Islam ramai tapi ibarat buih dilaut.

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi hidangan makanan mengajak orang lain makan bersama.” Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Roh dari ajaran Islam itu berkait rapat dengan keimanan, ketaqwaan, alam kerohanian, alam ghaib, barokah dan karomah. Semua ini boleh diibaratkan umpama enjin kepada kereta. Tanpa injin, sesebuah kereta itu tinggal rangka yang sudah tidak berfungsi lagi. Andainya 'body' kereta itu digilap berkilau, kusyennya empuk, dilengkapi dengan berbagai aksesori canggih sekalipun, kereta tersebut tidak akan ke mana mana. Lebih baik kereta lembu yang boleh juga berfungsi sekalipun tidak menarik.


Begitulah nasib malang menimpa umat Islam. Bantuan ghaib, barokah dan karomah sudah tersisih dan dianggap begitu asing dari kehidupan dan perjuangan. Wali dan karomah dianggap dongeng malah sesat. Persoalan kerohanian dihakis dan dikikis seperti kudis atau bisul pada tubuh yang perlu dibuang dan dijauhi. Umat Islam sendiri sudah bertindak memomokkan dan memburukkan gambaran mengenai wali dan karomah. Umat Islam takut kepada kewalian dan karomah seperti menghindari penyakit berjangkit.


Sesuatu yang berlaku secara khawariqul 'adah tidak diterima dengan alasan tidak logik. Sedangkan memang sifat khawarikul 'adah itu berlaku diluar logik dan rasional. Mukjizat para Rasul semuanya berlaku tanpa logik. Demikian juga kedudukannya dengan karomah. Semenangnya ia diluar lojik  dan pencapaian akal manusia. Disitulah Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya yang mutlak itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa kerdilnya seluruh makhluk-Nya yang segala-galanya tertakluk kepada kuasa Allah SWT dan berada didalam genggaman-Nya.


Sepanyol pernah berada di bawah empayar Islam. Islam di Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Tetapi ianya disebabkan lemah keimanan, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan, lenyapnya kasih sayang. Pautan hati dengan Allah sudah terlalu lemah. Ikatan syariat Islam sudah terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat subur. Masing-masing memburu kepentingan duniawi yang melampau. 


Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita akhirat. Akal menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan nafsu. Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah dari persoalan kerohanian. Mereka terhijab dari bantuan Allah SWT. Mereka tersisih dan terputus hubungan dari pemerintahan ghaib.


Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah SWT berlepas tangan. Allah SWT tidak pandang dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat dari itu ialah Allah SWT murka dan timpakan dengan berbagai kehinaan.


Begitu juga apa yang pernah berlaku di Baghdad yang ketika itu  dikenali sebagai Kota ilmu. Di saat itu Baghdad berada di puncak kegemilangan ilmu pengetahuan umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun harta benda. Keasyikan itu menyebabkan mereka lalai dari membesar dan mengagungkan Allah SWT. Persoalan kerohanian terus terpinggir. 


Akhirnya hancur lumat Kota Baghdad. Timbunan kitab dijadikan unggun api dan sebahagiannya dijadikan landasan untuk kuda menyeberangi sungai. Umat Islam yang asyik tenggelam dalam kegaguman kitab-kitab serta ilmu pengetahuan itu rupanya berjiwa kerdil, penakut, bacul dan dayus. Mereka sedikit pun tidak mampu lawan satu bangsa yang tidak pernah mengenal tamadun iaitu monggol.


Hikmah disebalik keruntuhan Baghdad itu Allah memperlihatkan betapa golongan yang sedikit tetapi benar-benar beriman dan bertaqwa. Ia juga memperlihatkan betapa di dalam situasi bagaimana sekalipun umat Islam tetap menang dan berjaya asalkan memiliki syarat-syarat bagi Allah SWT mendatangkan pertolongan-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah."
(Al-Baqarah 2:249).


Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya mengatasi tiap-tiap sesuatu dan apabila Allah SWT sudi membela orang-orang-Nya maka di tengah-tengah keruntuhan kehancuran Baghdad itu bangkit satu kelompok,yang sangat kecil bilangannya tetapi berkualiti. Kelompok kecil ini bangun dengan kekuatan iman dan taqwa diiringi dan dinaungi oleh pertolongan Allah SWT. Mereka bukan sahaja tidak terjejas sedikit pun oleh keganasan Monggol bahkan Allah SWT lindungi mereka. Dan mereka juga bukan sahaja tidak disentuh oleh kemusnahan Baghdad dengan bantuan Allah SWT, malah mereka dibantu pula oleh Allah SWT hingga berjaya menawan kembali puak Monggol tersebut. Bukan dengan kekuatan senjata atau ketenteraan tetapi mereka menewaskan Monggol melalui keperibadian yang mulia, akhlak yang luhur dan mempesona, dakwah dan didikan yang berkesan. Natijahnya terjadi dalam sejarah satu-satunya bangsa penjajah yang menyerah dan menuruti agama, cara hidup dan tamadun anak jajahan. Bukankah ini satu keanehan dan di luar kebiasaan manusia. Kublai Khan sebaliknya menebus kembali kesilapannya dengan menjadi pejuang Islam berserta anaknya hingga Islam berkembang di Asia Selatan. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N