Langkau ke kandungan utama

KEKUATAN HIDAYAH MAMPU MENGATASI KUASA FIZIKAL.





Dalam Al Quran banyak Tuhan menceritkan tentang kekuatan hidayah. Orang yang mendapat hidayah mendapat kekuatan keyakinan yang tidak ada siapa pun boleh mengungkainya. Sekalipun seorang bayi, apabila Allah beri dia hidayah, bayi tersebut merubah keyakinan didalam istana firaun yang berkuasa ribuan tahun. Ianya boleh kita baca didalam Al Quran.
Dilahirkan di Mesir semasa pemerintahan Firaun yg zalim dan dakwa dirinya Tuhan. Firaun perintah tenteranya membunuh semua bayi lelaki, keturunan Bani Israel. Bayi yang di temui hanyut di sungai Nil. Terselamat dan dipelihara di istana oleh Asiah isteri Firaun. Beliau berdakwah kepada Firaun, Firaun enggan. Allah memusnahkan Firaun bersama tenteranya mati lemas tenggelam dalam Laut merah.


Contoh lain yang Tuhan datangkan  bayi untuk mencabar kebatilan. Iaitu kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ketika kelahirannya tiba-tiba api majusi yang selama ini bertahan ribuan tahun juga padam, semua penyembah api Majusi terkejut. Penyembah api Majusi terkejut apa sudah berlaku.
Apa yang Tuhan lakukan kepada kisah bayi di dalam Al Quran bukan sekadar sejarah tetapi mesej yang lebih penting, Tuhan bagi tahu kepada manusia bagaimana kekuatan keyakinan dan hidayah mengatasi kekuatan fizal dan kuasa manusia.


"Hati atau roh wajib dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi (alaihimussolatuwasalam) diutus Allah SWT demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal.
(Sedutan buku Pendidikan rapat dengan rohaniah manusia:Abuya Imam Ashaari Muhamad At-Tamimi).


Rumah yang penghuninya rajin membacakan Al Quran, sentiasa akan dapat  cahaya berkat dari Al Quran. Malaikat rajin menjengoknya dan menaunginya. Atau kita membaca beberapa ayat Al Quran dalam satu pakej dan dijadikan bacaan tetap atau menjadi wirid dan zikir harian. Ia mengandungi ayat-ayat Al Quan, selawat, doa serta syahadah. Contoh kita mulakan dengan syahadah, diikuti dengan menyebut-nyebut nama Khulafaur Rasyidin sebagai tauladan kita bagaimana mereka melahirkan rasa kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Kemudian kita membaca ayat Al Quran yang menerangkan kepada manusia bahawa orang-orang Tuhan yang dirim kepada manusia adalah dikalangan manusia juga bukannya jin atau Malaikat. 


Kemudian kita diajarkan doa taubat nabi Yunus. Selepas itu pindahkan rasa bertuhan kembali. Dari perpindahan rasa bertuhan ada yang terkesan kebesaran Tuhan dan satu golongan lagi terus Terhijab dengan Tuhan sehingga apa yang dibaca sekadar bacaan lahir sahaja dan tidak menambahkan keyakinannya kepada Allah. Sedangkan ayat_ayat Al Quran pilihan tadi merupakan satu pakej keyakinan. 


Dunia era sekarang menyaksikan dua bentuk kepimpinan iaitu kepimpinan kapitalis dan kepimpinan rohani. Kepimpinan akal yang hanya bersandarkan akal hanya mementingkan pencapaian teknologi sekalipun insaniahnya hancur. Kepimpinan rohani yang membina insaniah manusia, jiwa manusia atau hati di persiapkan supaya pandai bergantung dengan Tuhan. Kepimpinan rohani disamping mendidik hati manusia juga tidak abaikan teknologi yang boleh di manfaatkan untuk Islam. 


Keyakinan orang rohani bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian adalah penghapusan dosa. Penetang-penentang akan terhukum. Berdasarkan apa yang berlaku depan mata kita orang rohani terus diterima dan pengaruhnya cukup besar sama ada dalam di dalam atau di luar negara. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kusa Allahlah yang mampu memberi bekas.


Dr.  A. Tasman Ya'cub, Pensyarah tetap Fakulti Dakwah IAIN (Institut Agama Islam Negeri).Imam Bonjol, Padang, mendapatkan gelaran PHDnya hasil sebuah tesis berjudul 'Dakwah Islam Dalam Perspektif Ashaari Muhammad'. Tesis nya berjaya diselesaikan pada mac 2006, mendahuluinya beberapa orang doktor lain yang mendapatkan PHD mereka hasil mengkaji Abuya Ashaari Muhammad. Antaranya:


i. Dr. Mohd Syukri dengan tesis bertajuk: 'An Islamic Approch to Rural Development-the Arqam Way'.

ii. Tahun 1994, Dr. Hendra Messa dari Intitut Teknologi Bandung, tesis bertajuk: 'Perilaku Organisasi Mengenai Pendekatan Keagamaan (Islam) Dalam Pengelolaan Perusahaan  Industri, Studi Kasus pada Al Arqam Group of companies Malaysia.'

iii. Dr. Asif Zaenal Ausof, dari Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta. Tesis bertajuk: 'Ashaari Muhammad, Al Arqam, Ajarannya dan Gerakannya.'

iv. Drs. Misri A. Muchsin 1995, IAIN Al Raniri, Darus Salam Bandar Aceh. Tesis bertajuk: Aspek Tareqat Dalam Pemikiran Darul Arqam' (studi perbandingan dengan tariqat Naqsshabandi)

v. Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid di University of New Castle, Upon Tyne, United Kingdom, di Fakultri Sains Politik, membuat tesis bertajuk: 'Islamic Resurgence in the Priphery: A Study of Political Islam in Contemporary Malaysia with Spesial Reference to the Darul Arqam Movement.'


Demikianlah orang rohani dapat menarik perhatian golongan intelektual untuk mengkaji tentangnya. Wal hal Abuya Imam Ashaari At Tamimi tiada apa-apa sijil.Apalagi PhD. Mengapa beliau dapat menghasilkan sesuatu yang tidak masuk akal ini?


Kita umat Islam sangat beruntung kerana dikurniakan seoran Nabi dan Rasul akhir zaman yang tidak perlu membaca dan menulis untuk menguasai ilmu. Nabi Muhammad yang Ummiy itu, Nabi Muhammad SAW, diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melalui Malaikat Jibril), tanpa perlu membaca dan menulis. Gemparlah dunia Arab, Rom dan Parsi kerana kejadian ini.


Apabila kita cuai dan lalai dengan dunia, ketika itu Tuhan tarik kembali hidayah yang diberikan kepada kita. Kita diajarkan doa dengan berkata, "Ya Allah janganlah Engkau cabut hidayah yang telah di anugerahkan kepada kami." Sesuatu yang pernah kita perolihi apabila hilang nikmat maknawai iaitu hidayah bukan senang untuk kita cari kembali. Tuhan ingatkan kita jika kamu bersyukur Aku akan tambahkn lagi nikmat dan jika kita kufur nikmat sesungguhnya azab Tuhan  amat dahsyat dan pedih.


Tanamkan kembali peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan sangat diperlukan oleh setiap insan. Bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan Tuhan adalah punca keselamatan. Bahkan Tuhan itu adalah segala-galanya. Sebutkan nikmat yang Tuhan beri sebanyak-banyaknya. Inilah penawar dan inilah ubatnya. Tidak ada yang lain. Demikianlah betapa pentingnya hidayah yang berkait rapat dengan soal keyakinan. Syariat lahir adalah buah dari keyakinan yang ada di dalam hati kita.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N