Langkau ke kandungan utama

TANPA ROH MANUSIA IBARAT BANGKAI BERNYAWA.



'Hospital Roh' terletak di Timur. Ianya wadah kebangkitan roh Islam di dunia ini. Lokasinya berlaku secara khawarikul 'adah. Negaranya kecil dan rakyatnya tidak ramai. Tapaknya di janjikan di sebelah timur dan sekarang Malaysia sedang di persiapkan. Kehancuran dan kemusnahan insaniah di sebelah Barat. Pembinaan hospital roh ini adalah untuk memberi perkhidmatan perubatan rohaniah kepada pejuang-pejuang kebenaran. Sebelum ini 'Honpital roh' dikenali dengan 'Zawiah'. Di Timur Tengan dan Afrika Utara masih lagi di kenali dengan zawiah. Teknologi roh sangat dimanfaatkan disana. Amalan-amalan secara bertariqat masih di teruskan. 


Manusia perlukan 'Hospital Roh' atau Zawiah untuk membantu kembalikan roh atau hati nurani, kerana ia adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Situasi dan keadaan yang berlaku pada sistem dan matlamat hospital yang wujud sekarang di negara kita bahkan di seluruh dunia  hari ini hanya menguruskan jasad atau fizikal sahaja. 'Hospital Roh' sangat diperlukan oleh manusia, jin dan malaikat. Tidak salah kalau ada pihak yang menyediakan sistem hospital seperti yang sedia ada sebagai memenuhi tuntutan fizikal kerana ia tepat dengan keadaan fizikal itu sendiri. Sewaktu menyambut kelahiran manusia perlukan hospital yang menepati syariat. Ertinya sistem kesihatan yang menjadikannya satu sistem yang menjurus kepada Akhirat dan kepada keredhaan Tuhan dan tidak hanya untuk tujuan duniawi dan untuk mencetuskan kemajuan dan pembangunan sahaja. Dalam erti kata lain, sistem kesihatan kita mesti mampu membina suatu tamadun rohani yang akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.


Apabila manusia lebih ramai yang sakit rohani, dalam masa yang sama hospital rohani tidak ada. Hati atau roh yang sakit berpunca dari sakit roh atau jiwa atau hati yang kotor dengan mazmumah. Ertinya pesakit mazmumah yang terus tidak dirawati dan diberi perhatian oleh manusia.


Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia semua itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah., patuh kepada suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa-apa. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ada juga roh yang melanggar perintah dan melanggar larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.


Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. 


Gaya hidup roh yang suci lisanul halnya yang mudah dan menyentuh dapat merubah dan memberi kesedaran pada orang lain. Kehidupannya adalah model berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, boleh menjadikan panduan kepada orang lain. 


Model kehidupannya sangat istimewa kerana dapat memberikan Tuhan kepada orang lain, berbanding dengan mana-mana tokoh lain yang tidak ada model kehidupan Islam yang dapat di contohi oleh orang lain. Penghayatan tauhidnya terkesan pada kehidupannya. Ia dapat bantu dan membuatkan berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa orang lain kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan mereka adalah hakikat yang hak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...