Langkau ke kandungan utama

GENERASI PELAPIS PEMBINA EMPAYER ISLAM.




Tahun 2016 melabugkan tirainyameninggalkan kita sebagai kenangan dan menjadi lipatan sejarah. Tahun 2017 muncul memberi ruang kepada kita dengan azam baru. Iaitu mempersiapkan generasi pelapis, "PEMBINA EMPAYER ISLAM ". Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah persiapkan generasi baru pembina empayer Islam. Mereka bukan sebarang umat kerana mereka dibekalkan dengan nilai-nilai rohani yang mulia. Dicelah-celah keruntuhan moral yang melanda seluruh dunia telah bangkit satu 'generasi baru' dari sebelah Timur. Generasi baru ini untuk membenarkan janji hadis; Islam akan bangkit kembali. 

"Orang bertaqwa itu tetap dipandang hebat oleh musuhnya (orang jahat) sekalipun dia (musuh itu) membencinya."
(Abuya Imam Ashaari At Tamimi).


Abuya telah persiapkan mereka dengan berbekalkan jiwa yang kental. Abuya telah mendidik mereka dengan akhlak mulia. Abuya telah berjaya memindahkan cita-cita Islam dan semangat juang kedalam diri mereka. Semangat membela Islam telah tertanam kedalam jiwa mereka dan subur sepanjang masa. Mereka tidak dididik untuk berundur. Mereka tidak di momok-momokkan dengan risiko atau sebarang masalah hidup yang menghimpit. Jiwa mereka dididik merdeka dan hanya bergantung dengan Tuhan. Dengan kemerdekaan itu mereka berani berbuat apa saja demi memburu keredaan Allah.


Inilah nilai-nilai rohani yang unggul dan unik. Tidak ramai yang memilikinya. Ia menjadi senjata dikala menyerang. Dan menjadi perisai dikala diserang. Dunia Barat tidak memiliki semua ini. Ini 'harta' dari khazanah Islam. Amat berharga untuk umat Islam. Tapi sayang, kita umat Islam sendiri tidak tahu dan tidak mahu memanfaatkannya. Kita menadah tangan mengemis 'harta benda' dari Barat untuk mengisi kekosongan hidup yang terluang. Menyedari perkara ini, kita yang pernah mendapat sentuhan didikan dan pimpinan Abuya Imam Ashaari At-Tamimi, tampil bertanggungjawab bergelanggang ke tengah masyarakat membawa model kebenaran yang telah Abuya perjuangkan. Masyarakat telah Allah siapkan hati-hati mereka untuk di bangunkan. Mereka telah kecewa dengan percaturan politik ala Barat yang telah mengecewakan mereka. Tanamkan semangat baru bahawa Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Kita Allah pilih sebagai warga Timur mesti berjuang bermati-matian untuk membenarkannya.


Suatu malam, ketika Saidina Umar Al-Khatab meninjau kehidupan rakyanya, beliau terdengar pertelingkahan antara seorang ibu dan anak perempuannya mengenai susu yang hendak dijual. Si Ibu meminta anaknya menambah air ke dalam susu supaya mendapat keuntungan lebih. Si anak menahan kehendak ibunya kerana itu bermakna mereka menipu pelanggan. Ibunya berkata, "Umar tidak melihat apa yang kita buat."  " Tapi Allah melihat apa yang kita buat," jawab si anak.


Saidina Umar amat tertarik dengan kewarakan anak perempuan tersebut, lalu dipinangnya untuk dijadikan menantu. Hasil dari pertemuan anak perempuan yang solehah bernama Fatimah itu dan anak Abdullah bin Umar, maka dari keturunan mereka lahirnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Seorang pemerintah yang adil, yang dengan berkat keadilannya, kambing dan serigala dapat berkawan di zaman pemerintahannya. Demikian sebuah kisah yang menunjukkan bagaimana taqwanya anak yang lahir di zaman kegemilangan Islam. Di usia muda lagi, jiwa mereka sudah tertanam rasa takut dan cinta kepada Allah Taala.
Tidak hairanlah ditangan mereka runtuhnya empayar-empayar kuffar, dan ditangan mereka jugalah dunia dipayungi dengan keselamatan dan kesejahteraan di bawah empayar Islam yang meliputi tiga suku dunia. 


Anak-anak kecil perlu ditanamkan cita-cita besar untuk menjejaki kehidupan orang-orang yang bertaqwa dengan menceritakan sejarah para Sahabat dan para salafussoleh. Didikan ke arah itu akan lebih dirasai bilamana ibu bapa mereka merupakan pejuang-pejuang Islam yang sentiasa hidup dalam suasana berjuang dan berkorban. Jadual hidup orang berjuang sudah tentu berlainan dengan jadual hidup orang yang tidak berjuang. Orang lain mengumpulkan kesenangan dunia, dapat selalu bersama dengan anak dan isteri tetapi tidak pada pejuang. Kehidupan yang sederhana, tidak bermewah, memadai apa yang ada,jarang dapat bersama, secara tidak langsung 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…