Langkau ke kandungan utama

ORANG AGAMA DAN ORANG AKAL PERLU MEMERLUKAN.

ORANG AGAMA DAN ORANG AKAL PERLU MEMERLUKAN.



Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.



Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama. Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yang berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yang pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.



Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan. Tapi dalam ayat Qur’an lain Tuhan ingatkan tentang tujuan Tuhan menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapa di kalangan manusia yang baik. Jadi untuk tujuan itu diwujudkan nafsu dan syaitan. Maka dua perkara itulah yg mengganggu manusia supaya aqal dan wahyu dipisahkan. Patutnya bersatu tapi kerana kerja nafsu dan syaitan jadi dipisahkan. Sedangkan Tuhan hendak satukan aqal dan wahyu. Tapi bila manusia hidup untuk diuji Tuhan, tujuan itulah Tuhan datangkan nafsu dan syaitan. Dapat tak manusia dengan aqal dan wahyu itu melawan nafsu dan syaitan supaya berhasil aqal dan wahyu dapat disatukan.



Tapi apa yg berlaku, banyak manusia gagal menyatukan aqal dan wahyu, jadi wahyu tersendiri, aqal tersendiri. Paling2 baik ada orang dapat pertahankan wahyu, dia dapat amalkan wahyu dengan sebaik2nya tapi mundur, jumud, akhirnya orang yg inginkan dunia, ingin maju jadi tolak wahyu. Orang yg dapat pertahankan wahyu tapi jumud ini dia tak dapat selamatkan orang, hanya selamatkan dirinya sahaja.



Yang aqal tersendiri pula lagi tersasar kerana hanya fikir hendak maju hendak membangun tapi terus tersesat dari kehendak Tuhan. Sedikit sangat orang yang dapat hubungkan wahyu dengan aqal. Sedikit sangat orang yang memiliki roh Islam hidup matinya untuk Allah dan Rasul . Faham dan menjiwai apa yang diperjuangkan. Yang keadaan hidupnya baik tapi maju, sedikit sahaja. Yg mana golongan sedikit ini tak terpengaruh dengan dunia dan mendidik orang dunia dengan wahyu, sebab dia juga mempunyai kemajuan. Golongan ini amat sedikit dan darjatnya lebih tinggi  dari ahli ibadah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N