Langkau ke kandungan utama

SIAPAKAH WANITA AHLI SYURGA

SIAPAKAH WANITA AHLI SYURGA.

Sabda Rasulullah SAW..

Apabila seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya
serta dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki. (Riwayat Ahmad).

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan
di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita. Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya dan penghormatan demi penghormatan diberikan oleh Allah SWT kepada golongan wanita.


Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. Memerlukan perhatian, belaian dan tunjuk ajar daripada seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya. Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri untuk sujud kepada suaminya. Itulah kata-kata daripada Rasulullah SAW.

Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti ada kekuatannya.
Ketika Rasulullah SAW pulang dari Gua Hira' selepas menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat Jibril,
baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk menyelimutkannya. Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. Kebesaran jiwa Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda dan memberikan tempat yang paling istimewa dihatinya walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara. Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW yang sering bergurau dengan Saidatina Aisyah dan isteri-isterinya yang lain..
 
Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar Al-Khatab.
Ketika seorang lelaki datang kepadanya untuk mengadu
keadaan isterinya yang suka membebel, beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab berdiam diri dimarahi isterinya sendiri. Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa isterinya telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan pakaiannya, memasak untuknya, melahirkan anaknya dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu adalah ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya. Khalifah kedua tersebut juga menunjukkan rasa kasih dan sayang serta mesra terhadap isterinya.
         
 Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa para pemimpin dan pejuang mukmin sejati menggunakan setiap tenaganya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, ketika tenaganya habis,
di situ memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya
meneruskan perjalanan. Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan dan kemesraan seorang isteri. Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan motivasi
seorang isteri serta kelembutan, kemesraan dan kasih sayangnya terhadap suaminya memberikan kekuatan kepada suami untuk terus berjuang.Di belakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang wanita. Tidak salah dikatakan kekuatan seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya.


MELAHIRKAN WANITA SOLEHAH.

Sdh klr
Melahirkan masyarakat yang soleh dan solehah dambaan setiap kita kerana natijahnya ialah syurga Allah, untuk mencapainya bersyarat. Setiap orang mesti diuji. Mengapa?
Pertama, untuk membuktikan dia benar-benar soleh atau solehah. Kedua, untuk mengekalkan kesolehan dirinya dan ketiga, untuk mengajak individu lain di belakang atau disekeliling untuk turut menjadi soleh dan solehah. Begitu juga, tindakan dan akhlaknya turut sama mengajak orang disekelilingnya agar konsisten menjadi soleh dan solehah.
Misalnya, isteri solehah bagaimana dia boleh mendidik anak-anaknya menjadi soleh dan solehah. Bagaimana dia disamping suami melalui tindakan dan akhlaknya turut sama mengajak suami agar konsisten membangunkan keluarga yang ada cita-cita Islam.


Cabaran atau ujian buat wanita datang dari dalam dan luar.
Ujian yang paling sukar ialah ujian dalaman yakni datang daripada syaitan dan hawa nafsu. Inilah godaan dan rangsangan yang sentiasa mengganggu supaya seseorang wanita itu terkeluar dari landasan Islam. Kadang-kadang timbul perasaan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat batin yang terkeji seperti bakhil, sombong, tamak, cinta dunia, hasad dengki, adu domba dan lain-lain, yang merencat diri untuk konsisten menjadi muslimah solehah. Harus menghadapinya berbekalkan iman dihati. Tidak boleh tidak ia merupakan mujahadah yang wajib bagi setiap muslimah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N