Langkau ke kandungan utama

CHINA MENDUKUNG MALAYSIA MENERAJUI TIMUR.







Semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah mengubah dasar diplomatik. Demi mewujudkan kekebalan dan keutuhan semula hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Rakyat China. Diantara dasar yang dipinda adalah soal keselamatan kerana usul ini mampu mempengaruhi China agar tidak menyokong (PKM) parti komunis kerana China menginginkan keamanan sejagat yang bebas dari unsur ketidakselamatan dan ancaman terhadap negara itu. Malaysia sebulat suara telah menyokong China bagi menduduki PBB dan memegang kerusi Majlis Keselamatan. Keberanian negara yang sekecil Malaysia itu, telah mengejutkan banyak negara kuasa besar. Hubungan diantara Malaysia dengan China berlanjutan sehingga ke tahun berikutnya, dalam mencapai matlamat bagi mewujudkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Awalnya misi ini dikenali sebagai misi perdagangan, pada bulan ogos 1971 dan Januari 1972, Malaysia telah terlibat dalam aktiviti perdagangan di Canton Fair, di Guangzhou. 



Hubungan Malaysia China semakin rancak. Beruang Panda ini sangat signifikan hubungan diplomatik di antara Beijing China dengan negara lain. Panda spesies yang hampir pupus itu diterbangkan dari China ke Malaysia. China adalah rakan dagang ke lima terbesar Malaysia. Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China bermula zaman ayah Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak lagi. Hubungan rapat terjalin antara Malaysia dengan China akan memeriahkan kebangkitan Islam. Dunia sekali lagi akan tenang dan damai seperti yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama. Di akhir zaman orang-orang China akan masuk Islam beramai-ramai. Lama sebelum Abuya menjejak kaki ke bumi Yunnan, beliau terlebih dahulu meramalkan bahawa kelak akan berlaku satu peristiwa yang mana orang China akan masuk Islam beramai-ramai. Siapa pun tidak menyangka hal itu akan terjadi memandangkan Republik Rakyat China (RRC) masih menutup pintu negaranya kepada orang luar. Perkembangan terkini masyarakat China di  Malaysia. AIDCNews – 03/9/15 – Beberapa wartawan akhbar China membuat kesimpulan dari sisi lain berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 4, 29 dan 30 Ogos. Cheah Sin Chong, bekas wartawan The Star pula membuat kesimpulan bahawa kaum China di Malaysia hari ini semakin terperangkap dengan usaha-usaha jahat yang berterusan daripada DAP untuk menyemai benih-benih kebencian ke dalam minda mereka.



Hubungan agama Islam ianya telah lama berlaku. Bermula dari zaman kebangkitan Islam pertama. Para Sahabat ketika itu menggunakan alur laut bagi pelayaran, melaui laluan darat meredah hutan rimba dan merentas padang pasir sahara menjelajah dan mengelilingi dunia tujuan dakwah dan menyebarkan ajaran Islam. Di China, terdapat 10 suku bangsa yang beragama Islam, termasuk etnik Huizu, Uygur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar dan lain-lainnya. Penduduk Islam tinggal di merata tempat di seluruh China, terutamanya di bagian barat laut China, termasuk provinsi Gansu, Qinghai, Shanxi, Wilayah Autonomi Xinjiang dan Wilayah Autonomi Ningxia. Agama Islam sudah tidak asing bagi penduduk di negara ini. Ia telah menjadi salah satu agama yang penting di China. Para Sahabat Rasulullah SAW ramai yang pergi ke negeri China. 



Terdapat 2 laluan utama yang menghubungkan Arab dan Negara China iaitu laluan darat dan laluan laut. Laluan darat
Juga dikenali sebagai laluan sutera. Para sahabat banyak menggunakan laluan ini disamping berdakwah disepanjang perjalanan tersebut. Oleh itu, pengaruh islam lebih cepat tersebar disebelah barat berbanding sebelah timur. Laluan laut juga dikenali sebagai laluan lada digunakan oleh pedagang dan saudagar arab yang menjalankan urusan perdagangan dan perniagaan melalui laut. Para pedagang menjual hasil dagangan melalui pelabuhan pelabuhan yang terletak diselatan China terutamanya di bandar pelabuhan Canton / Guangzhou turut digunakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam ekspedisinya ke negara luar turut digunakan oleh para pedagang india untuk sampai ke China.



Semasa peristiwa penghijrahan pertama para sahabat pada tahun 614 sehingga 615 masihi, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan iaitu pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda s.a.w.  berhijrah. Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita. Kesemuanya 110 orang-orang muslimin dan muslimat telah selamat berhijrah ke Habsyah termasuklah Ruqayyah r.ha  anak perempuan Nabi s.a.w. bersama suaminya tercinta Usman bin Affan ( 576-656 ) dan sejumlah sahabat lainnya 



Setelah bermukim di Habsyah sesetengah dari mereka ini termasuk panglima Saad bin Abi Waqqas termasuk tiga sahabatnya berlayar ke China dari Habsyah atau Ethopia  mengikut rombongan kapal-kapal yang selalu berlayar ke Timur. Mereka setelah menaiki kapal belayar ke China (Canton) sebelum pulang ke pangkuan nabi s.a.w.  pada tahun 631 masihi, untuk cuba menyebarkan agama Islam di sana. Panglima Saad bin Abi Waqas dan rombongan beserta Saidina Usman r.hu telah singgah di Pelabuhan Melaka yang berkeluasan 300 km ketika itu sudah masyhur dan beragama Islam. Di negeri (Semenanjung) Melaka inilah mereka beristirehat sebelum menunggu pertukaran angin monsun berikutnya untuk belayar ke Pelabuhan Zaitun atau Canton, China. Orang Melayu mereka mempunyai Kota Pelabuhan Mega yang berkeluasan 300 km dengan gunung Jerainya sebagai rumah api yang berhadapan pula dengan kawasan lindungan angin Pulau Pinang dan Pulau Langkawi Ulu Malaka.  Ini merupakan jasa besar dari Saidina Usman r.hu dan Panglima Agung Saad bin Abi Waqas dan kawan-kawannya r.hum berdakwah di sini.  



Sa’ad Abi Waqqas dan tiga sahabatnya berlayar ke China dari Ethopia pada tahun 616 M. Setelah sampai di China, Sa’ad kembali ke Arab dan 21 tahun kemudian kembali lagi ke Guangzhou membawa kitab suci Alquran. Ada pula yang menyebutkan, ajaran Islam pertama kali tiba di China pada 615 M – kurang lebih 20 tahun setelah Rasulullah SAW tutup usia. Adalah Khalifah Usman bin Affan yang menugaskan Sa’ad bin Abi Waqqas untuk membawa ajaran Islam ke daratan China. Sa’ad meninggal dunia di China pada tahun 635 M. Kuburnya dikenal sebagai Geys’ Mazars. Utusan khalifah itu diterima secara terbuka oleh Kaisar Yung Wei dari Dinasti Tang pada tahun 651 M. Kaisar pun lalu memerintahkan pembangunan Masjid Huaisheng atau masjid Memorial di Canton – masjid pertama yang berdiri di daratan China. Ketika Dinasti Tang berkuasa, China tengah mencapai masa keemasan dan menjadi kosmopolitan budaya. Sehingga, dengan mudah ajaran Islam tersebar dan dikenal masyarakat Tiongkok.



Quanzhou juga ramai dikunjungi peziarah Muslim dari Arab karena keberadaan makam suci dua orang yang dipercaya merupakan sahabat Rasulullah. Dalam bahasa China, sahabat ini bernama Sa-ke-zu dan Wu-ko-su. Selain makam, di Quanzhou juga terdapat salah satu masjid pertama yang ada di China, yaitu Masjid Qingjing. Masjid ini dibangun tahun 1009, dan design masjid ini dibuat berdasar design masjid di Damascus, Syriah. Di kota ini juga terdapat sekitar 10 ribu makam orang Arab dengan nama keluarga Guo di Pulau Baiqi, Quanzhou. Makam-makam ini ditulis dengan huruf China dan Arab. Makam ini jelas makam orang Islam, dan banyak di antaranya yang ditulis dengan kata Fanke Mu yang artinya adalah makam orang asing. Ini menjadi bukti banyaknya umat Islam dari luar China yang menetap di kota ini.



Apakah yang dibawa oleh Para Sahabat pada kebangkitan pertama, sehingga misinya begitu mudah diterima oleh masyarakat tempatan. Perkara yang sama kita kena lakukan untuk menerima hasil seperti mereka. Iaitu perjuangkan sesuatu yang menjadi keperluan manusia. Manusia perlukan Tuhan dan kasih sayang. Tuhan adalah keperluan bersama manusia. Dia adalah segala-galanya untuk manusia. Tetapi ramai manusia tidak sedar Tuhan adalah keperluan manusia bersama. Maka manusia pun mencari keperluan murahan yang tidak berharga mengganti keperluan pertama dan utama. Kerana itulah keperluan murahan dimiliki tidak puas-puasnya. Selain susah mendapatkannya, susah menjaganya, susah mengurusnya, susah membawanya, susah juga mengawalnya. Kita jaga dia bukan dia jaga kita, kita urus dia bukan dia urus kita, susah kita dibuatnya. 



Keperluan pertama dan utama sebenarnya adalah Tuhan yang Maha Esa pencipta manusia. Kita dapat Tuhan kita dapat segala-galanya. Tidak dapat Tuhan kita kehilangan segala-galanya sekalipun yang lain segala-galanya kita ada. Bawalah Tuhan ke mana-mana. Dia keperluan kita di waktu bila pun dan di waktu di mana-mana.Di waktu musafir, di masa bermukim, jangan lupa kita bawa Dia bersama. Ke hutan, ke padang pasir, ke pekan, jangan lupa bawa Dia. Di waktu keseorangan, di masa ramai, bawa Tuhan bersama. Di waktu tidur, di waktu jaga, di waktu rehat, di waktu bekerja, mestilah bersama-Nya. Kita jadikan Dia kawan setia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N