Langkau ke kandungan utama

ANAK MURID ABUYA DI DALAM DAN LUAR NEGARA.

MESIR NEGARA SERIBU ANAK PANAH

( Pengikut Abuya di Sarawak membuka Restoran kiriman pada 2 ogos 2017 ).

( Ustaz Abdur Rahim bersama-sama anak-anaknya menziarahi anak Abuya 2017 ).

( Kaum wanita Orang Asli di pedalaman Pahang tidak dilupakan oleh muslimah hinggalah Orang-orang Badawi di padang pasir Timur Tengah. Begitu juga wanita di pergunungan Sabah dan Sarawak ).

( anak murid Abuya saudara Zamri di Rompin Pahang mengusahakan ladang jagung 2017 ).



Mengimbau kembali Abuya Imam Ashaari At Tamimi di tahun 80-an, ketika itu beliau mula memperluaskan gelanggang dakwahnya ke luar negara. Muslimah dibawa bersama berdakwah dan bergelanggang diperingkat antarabangsa. Menemui wanita-wanita diseluruh dunia untuk menyampan seruan dakwah Islam. Mereka dibawa menyaksikan sendiri betapa kencangnya arus kebangkitan Islam. Mereka sama-sama dengan kaum lelaki bagi mempercepatkan proses kebangkitan Islam kali kedua. 


Setiap ekspedisi ke luar negara muslimah di ikut sertakan sama. Contohnya Mesir, Turki, Uzbekistan, China, Eropah, Pakistan dan negara-negara di rantau Asia. Perang fikiran, daerahnya tidak terbatas. Muslimah turut turun padang. Kaum wanita membentuk golongan majoriti di dunia. Untuk percepatkan kebangkitan Islam, mereka harus diberi tumpuan dakwah dan didikan. Abuya mendidik muslimah bersama perjuangannya, wanita Islam berperanan sebagai isteri, ibu dan serikandi dalam perjuangan Islam.


Bumi Mesir juga menjadi tumpuan Abuya mengembangkan perjuangannya. Juga mengirim pelajar-pelajar yang layak ke bumi Mesir. Abuya mendidik murid-murid dan pengikutnya berjiwa besar. Untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesusahan, memerlukan ketahanan dan kekuatan jiwa. Bersaing dengan sistem dan kehidupan yang ada, untuk mencorak suasana dengan kehidupan Islam. Kini muslimah dibawa bersama bersaing dengan sistem dan kehidupan yang ada.


Kaum wanita Orang Asli di pedalaman Pahang tidak dilupakan oleh muslimah hinggalah Orang-orang Badawi di padang pasir Timur Tengah. Begitu juga wanita di pergunungan Sabah dan Sarawak. Tidak dipinggirkan dakwah ke kawasan berbukit bukau di padang pasir. Muslimah merupakan sayap kiri perjuangan. Pengalaman berdakwah masuk ke kawasan hutan, menyusul sungai, mendaki bukit bukau, mengharungi padang pasir dan membelah gelombang lautan yang luas adalah satu kenangan yang indah.


Bumi Mesir juga dikenali dengan gelaran bumi Kinanah. Mesir mendapat gelaran bumi Kinanah bermaksud  mempunyai seribu anak panah. Tahrir merupakan sebuah bandar yang mana mengalir di tengahnya Sungai Nill yang mana merupakan antara sungai terpanjang di dunia dan dikaitkan dengan kisah Nabi Musa dihanyutkan ketika kecil. Kita boleh menikmati ke indahan persisiran sungai dengan menaiki cruise. Di sini juga letaknya muzium Tahrir yang mana mempamerkan peninggalan mesir dr zaman firaun sehingga sekarang dan di dalamnya terdapat mumia Ramsis 2.


Firaun yang terkenal berikutan kisahnya menentang Nabi Musa. Kinanah membawa maksud yang mendalam kerana mempunyai banyak masjid dan dikenali sebagai gedung ilmu kerana disini terletaknya sebuah universiti tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Mesir adalah antara negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah seperti dinasti firaun,sejarah anbiya dan dakwah Islam. Kaherah atau Cairo merupakan ibu negara bagi negara Mesir dan juga dipanggil dengan nama Cairo. 


Terdapat sebuah kubu peninggalan Salehuddin Al-Ayubi, di bandar Kaherah. Didalamnya terdapat muzium ketenteraan dan 3 buah masjid, Kubu ini telah dibina pada tahun 1183masihi dan masih utuh sehingga sekarang.Kubu ini terletak bersebelahan dengan Jabal Muqattam yang mana dari atas bukit muqattam ini anda boleh melihat pemandangan bandar Kaherah. Berhampiran dengannya juga terbinanya sebuah masjid yang di beri nama Masjid Imam AS-Syafie kerana di masjid ini,bersemadinya jasad seorang ulama terkenal iaitu Muhammad Bin Idris atau lebih dikenali dengan gelaran Imam AS-Syafie, Beliau merupakan pengasas Mazhab AS-Syafie.


Di dalam masjid Imam AS-Syafie ini juga terdapatnya maqam ulama terkenal Sheikh Zakaria Al-Di kaherah juga kita akan di bawa ke Giza yang mana terletaknya Piramid terbesar di Mesir Pyramid Kufu, disisinya terdapat dua lagi pyramid iaitu Pyramid Mankara dan Pyramid Kufra,di Giza ini juga terdapat patung berkepala singa yang lebih dikenali dengan nama Sphinx atau Abu Hol. Di Kaherah juga terletaknya kampus utama Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar yang mana di gunakan sebagai tempat menuntut ilmu sebelum terbinanya Universiti Al-azhar.


Dan ianya masih digunakan sehingga sekarang. Berhampiran dengan Universiti Al-azhar terdapat sebuah bazar yang di beri nama Pasar Khan Al-Khalili dan lebih dikenali dengan paggilan husain bagi mahasiswa disini. Pasar yang di buka sejak berzaman ini meruapakan kawasan jualan cenderahati dan pelbagai jenis barangan lain. DI sini juga terbinanya Masjid Saidina Hussain yang mana di katakan di maqamkan di dalamnya kepala Saidina Hussain. 


Pendedahan kita keluar negara untuk kita pandai menilai dan menghargai guru mursyid yang Tuhan anugerahkan kepada kita. Era Abuya memperluaskan gelanggang dakwahnya ke luar negara ramai di kalangan orang Arab, Eropah menjadi anak murid Abuya. Dengan penerimaan dikalangan orang bukan Melayu, supaya dengan itu kita akan nampak kebesaran Abuya! Buktinya, Abuya dah berjaya bangunkan model Islam. Mereka-mereka yang didatangkan itu, melihat Abuya dan jemaah begitu hebat dan luar biasa. Maka perlu diingat, setiap yang didatangkan, adalah untuk diperlihatkan kebesaran Mursyid.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N