Langkau ke kandungan utama

MENGAPA TUHAN UJI MANUSIA.

MENGAPA TUHAN UJI MANUSIA.


Dalam siri pengajian kali ini guru mursyid kita (Abuya Imam Ashaari At Tamimi) membuat penjelasan melalui pengajiannya dalam tajuk tipuan dunia. Mengapakah demikian caranya Allah  hendak memberikan ujian kepada manusia ini? Sebabnya, apabila manusia ini diuji, barulah dia akan tahu bagaimana dia berhadapan dengan ujian ujian itu. Apakah dia sanggup memikulnya atau tidak. Apakah dia akan sabar atau tidak. Dan begitulah seterusnya. Dan setelah manusia dapat menempuh ujian ujian yang Allah datangkan, barulah ada natijahnya. Dan natijah ini adalah di akhirat nanti, sama ada kemurkaan dari Allah atau keredhaan dari Allah SWT. Barang siapa yang berjaya menerima ujian dan selamat dari tipuan dunia ini, dia berjaya mendapat keredhaan Allah SWT, dan dia adalah orang yang berjaya di akhirat. Barangsiapa yang tidak berjaya menempuh ujian dan dia sentiasa dapat ditipu oleh dunia, maka dia akan mendapat kecelakaan dari Allah SWT dan di akhirat dia akan dihumbankan ke dalam neraka, waliyazubillah Jadi, dunia ini adalah negara bala dan ujian dan apabila didatangkan ujian ujian yang berbagai bagai bentuk dan berbagai bagai macam itu kepada manusia, apakah manusia tertipu atau tidak. 


Siapa yang tertipu, maka celakalah dia di akhirat dan siapa yang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat dengan syurga Allah. Adapun ujian yang Allah berikan itu adalah bermacam macam. Di antaranya, Allah beri kita dengan bermacam macam nikmat. Apakah kita boleh bersyukur atau tidak. Kalau kita boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang tidak tertipu oleh nikmat tetapi kalau kita tidak boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang telah dapat ditipu oleh nikmat dunia. Allah timpakan ke atas kita kesusahan dan kemiskinan. Apakah kita boleh bersabar, atau tidak. Kalau kita boleh bersabar, maka kita tidak tertipu oleh kemiskinan dan kesusahan itu. Sebaliknya, kalau kita tidak dapat bersabar, maka kita telah ditipu oleh kesusahan dan kemiskian itu. Kemudian Allah tentukan hartanya begian begian. Dia hendak banyak harta tetapi dapat sedikit. Allah tentukan juga anaknya begian begian. Dia hendak anak banyak tetapi dapat sedikit. Jadi setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sudah ditentukan oleh Allah SWT.


Apa yang kita dapat itu tidak sebanyak mana yang kita yang kita mahu.Kita hendak sesuatu itu banyak, tetapi dapat sedikit. Dalam hal ini,kenalah kita redha. Soalnya, apakah kita boleh redha atau tidak. Kalau kita tidak boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu. Seandainya kita boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu, maka kita telah berjaya mengelakkan diri kita tertipu oleh dunia yang melindung kita untuk nampak perkara perkara yang menjadi ketentuan Allah SWT. Begitu juga, Allah uji kita dengan perintah supaya taat beribadah kepadaNya semata-mata sepertimana yang disebut dalam Al Qur’an. Apakah kita boleh taat dengan perintah Allah itu atau tidak. Kalau kita boleh taat dengan perintah itu, bermakna kita telah dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh dunia tetapi kalau kita tidak boleh taat beribadah kepada Allah, ertinya, kita sudah tertipu oleh dunia. Seterusnya, Allah uji kita dengan perkara perkara yang lain, seperti Allah uji kita dengan larangan-laranganNya, dengan tegahan- tegahanNya. 


Allah adakan sempadan-sempadan dan hukum-hukum yang tidak boleh kita lakukan. Apakah boleh kita taat menjauhi larangan larangan dan tegahan tegahan Allah itu. Kalau kita boleh jauhi, kita tidak
tertipu dengan larangan larangan itu tetapi kalau kita tidak boleh jauhi, kita sudah tertipu dengan larangan larangan itu. Begitu juga, kalau kita boleh berbakti kepada Allah SWT dan kalau kita boleh
beramal kepada Allah SWT kerana memang itu yang dituntu oleh Allah SWT kepada kita, apakah kita boleh pula menjaga amal bakti kita itu kepada Allah SWT atau disebaliknya. Barangsiapa yang tidak boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah, orang itu terlepas daripada penipuan. Mengapa dikatakan demikian? Sebab, selepas saja kita melakukan amal bakti kepada Allah SWT, amal bakti itu kena kita jaga. Kalau tidak, ia akan rosak semula. 


Sebab itu, dalam hidup kini, jangan kita hanya fikir amal ibadah saja, lupa kita hendak memikirkan tentang penjagaan amal ibadah kita itu.  Katakanlah selepas kita beramal, di dalam hati kita termasuk dalam hari kita rasa ujub dan rasa riak. Disini kita telah tertipu dengan amal ibadah kita. Kita tidak boleh jaga ibadah kita. Sebab itu, selepas kita beribadah, jangan sampai kita tertipu dengan ibadah
kita, riak sudah masuk ke dalam amal ibadah kita itu. Satu apa pun tidak dinilai lagi oleh Allah SWT. Jadi, amal bakti kita kepada Allah SWT kena kita jaga. Nampaknya, sampai kepada peringkat amal bakti kita kepada Allah SWT pun, belum tentu kita boleh berjaya. Seorang itu sampai sudah boleh beramal ibadah kepada Allah SWT. Sebabnya, sudah boleh beramal pun, kita masih diuji oleh Allah. Dengan sebab itu, tidak ada masa bagi kita untuk berlalai-lalai kerana setiap masa dan setiap ketika kita kena berjaga jaga. Ibarat kita berkebun dan bercucuk tanam, selepas kita bercucuk tanam, kita terpaksa pula menjaga tanam tanaman kita itu supaya tidak dirosakkan oleh musuh musuh seperti serangga dan sebagainya. Ertinya, kenalah kita pagar tanam-tanaman kita itu atau sekurang-kurangnya kita buat pondok-pondok kecil di tengah tengah ladang kita itu supaya kita dapat menjaga musuh musuh yang hendak datang merosakkan tanam tanaman kita.


Jadi, kalau kita hanya bertanam saja tetapi kita tidak jaga dan tidak kawal tanam tanaman kita itu daripada musuh-musuhnya, takut takut letih saja kita bercucuk tanam. Kita yang letih bertanam, babi hutan yang kenyang, siput babi yang kenyang, lembu dan kambing yang gemuk. Jadi, sudah sampai boleh bercucuk tanam sekalipun, namun belum tentu lagi dia boleh memetik hasilnya. Sebab, musuh musuhnya adalah banyak dan kalau musuh itu tidak dikawal dan tidak dijaga, musuh musuh itulah yang akan merebut apa yang kita tanam itu. Kita tidak dapat apa apa. Begitulah dengan ajaran Islam ini. Walaupun sudah berjaya kita meninggalkan yang haram dan makruh, namun belum tentu kita berjaya mendapat pahalanya di sisi Allah SWT, kalau kita tidak kawalamal kita itu sungguh sungguh. Jadi, setiap ibadah, kena kita kawal supaya tidak masuk ujub, tidak masuk riak, tidak masuk hasad dengki, lebih lebih lagi tidak masuk syirik. Kalau amal ibadah kita sudah bercampur dengan syirik, habis segala-galanya. Habis segala pahalanya daripada mula dia membangunkan amal ibadah itu waktu dia baligh sampailah kepada waktu dia melakukan syirik itu. Sebabnya perbuatan syirik merosakkan seluruh amal ibadah seorang itu, hatta membatalkanterus imannya. 


Kalau riak atau ujub atau hasad dengki, is hanya membatalkan ibadahnya yang bercampur dengan riak dan ujub dan hasad dengki, ia boleh mengikis pahala amal ibadah kita sedikit demi sedikti sampai habis. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Hasad dengki itu boleh menghapuskan kebajikan sepertimana api, ia menghapuskan kayu api.”Sebab itu, kalau kita sudah boleh beramal ibadah, jangan kita berbangga lagi kerana amal ibadah kita itu boleh rosak kalau ianya tidak kita kawal dan kita jaga daripada sifat sifat mazmumah di dalam dirikita. Lebih rosak amal ibadah kita, sekiranya kita tidak berakhlak. Dengan sebab itu jugalah, ulama ulama ada berkata, beramal dan beribadah itu adalah lebih mudah daripada menjaga amal dan ibadah itu. Buktinya, ramai orang boleh mendirikan sembahyang tetapi dalam dia riak, dia masih ujub clan sebagainya. Ertinya, nak mendirikan sembahyang itu adalah mudah tetapi hendak mengawal sembahyang itu daripada riak, hasad dengki, ego, sombong clan lain lainnya itu, adalah amat susah sekali.
 

Di sini barulah kita faham bahawasanya seorang yang sudah berjaya membangunkan amal ibadah itupun, dia belum tentu selamat lagi. Kalau begitu, betapalah dengan orang yang tidak beramal ibadah langsung,lebih lebih lagilah tidak selamatnya. Dan barulah kita faham juga bahawasanya, setakat sudah berjaya kits membangunkan amal ibadah pun, kita patut lagi bimbang kerana untuk mendapatkan pahala dari Allah itu adalah susah sekali. Untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah
amat susah sekali. Manakala kalau kita dapat merasakan bahawasanya mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali, tentulah terasa pada diri bagaimana kita boleh selamat. Kalaupun kita boleh bangunkan ibadah, apakah kita boleh selamat atau tidak. Maknanya, tidak sempat kita hendak fikirkan tentang diri orang lain kerana kita asyik memikirkan diri kita, apakah kita selamat di akhirat atau tidak.
 

Maka di sini dapatlah kita faham lagi bahawa setiap manusia ini akan diuji oleh Allah SWT, yang mana ujian itu pula adalah berbagai-bagai bentuk dan berbagai-bagai macam. Sedangkan dalam kita melakukan amal ibadah kepada Allah SWT pun, kita tetap diuji. Siapa yang dapat berhadapan dengan ujian-ujian itu, maka berbahagialah dia di akhirat dan siapa yang tidak dapat berhadapan dengan ujian itu, maka sengsaralah hidupnya di akhirat nanti. Dan orang yang berjaya berhadapan dengan ujian-ujian Allah itu ialah orang yang dapat melepaskan daripada penipuan. Tetapi orang yang tidak berjaya
menghadapi ujian-ujian Allah, itulah orang yang tertipu dengan ujian Allah.
 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N