Langkau ke kandungan utama

BARAT PERLU BELAJAR DARI TIMUR.

TIMUR DAN BARAT BERKOLABRASI.
(Zikir dan doa antara program pengisian roh).
(Ribuan manusia di program selawat perdana)

ALLAH telah mengizinkan Abuya Imam Ashaari At Tamimi mengelilingi bumi Tuhan ini. Di benua Asia, hampir keseluruhannya telah dijelajahi secara umumnya. Di Timur Tengah, sudah berbelas-belas kali Abuya menjelajah hampir kesemua daerah-daerahnya. Di benua Afrika dan Amerika, sempat sebahagiannya Abuya lawatinya. Dan di benua Eropah, hampir kesemua negaranya telah Abuya jelajahi.


Hasil daripada pengalaman dan kunjungan, apa yang Abuya buat pengamatan dan kajian, dapatlah disimpulkan atau dirumuskannya bahawa manusia tinggal didunia ini terdapat  di tiga zon bumi yang terpenting iaitu: Zon Pertama kawasan Khatulistiwa yang lebat dan tebal dengan pokok kayu yang menghijau, beriklim tropika yakni cuacanya hujan panas berudara lembab basah. 


Zon pertama tersebut berada di kawasan Asia Tenggara khususnya di Gugusan Kepulauan melayu. Di kawasan Zon Pertama ini saiz penduduknya kecil-kecil. Watak mereka lemah lembut atau tidak kasar. Bersifat tolak ansur dan pemarahnya tidak menonjol. Pemikiran mereka sederhana. Tidak terlalu tajam dan tidak pula terlalu lemah.


Di kawasan zon kedua  yakni di Timur Tengah, India dan Pakistan; disini bergurun, diliputi kawasan padang pasir, berdebu dan berbatu, gondol daripada pokok kayu yang besar-besar, beriklim gurun yakni cuacanya terlalu panas di musim panas dan sejuk terlalu sejuk, serta berudara kering dan langitnya tanpa awan tebal. Didapati penduduknya bersaiz besar, tegap, sasa dan kuat. Sekarang ini kita dapat lihat pemerintahan di kawasan ini lebih keras dibandingkan dengan zon-zon lain. 


Orang-orang disini pula ALLAH kurniakan pada mereka daya pemikiran yang lebih sedikit daripada penduduk -penduduk di sebelah Timur tadi. Watak mereka dicorakkan oleh suasana hidup mereka dan ini menjadikan mereka berwatak kasar, berani dan lasak. Sifat pemarahnya amat menonjol, berhati keras, tahan menderita , gopoh, cepat bertindak, emosional dan suka bergaduh. Dari kawasan ini lahir manusia yang kejam dan zalim serta suka berperang sepertimana yang tersebut di dalam Al Quran; Kisah Namrud, Firaun dan Hamman.


Zon Ketiga Kawasan di antara padang pasir dan pokok- pokok kayu kecil-kecil dan jarang-jarang yang mempunyai iklim empat musim. Winter, summer, spring dan autumn. Ia kebanyakkan terdapat di negara negara Eropah (Barat), Amerika Syarikat dan Jepun. Penduduk di ketiga tiga kawasan zon ini, setelah dilihat dan dikaji, didapati watak mereka di antara satu sama lain agak berlainan. Faktor penting yang mempengaruhi mereka mengikut pandangan mata lahir mungkin barangkali disebabkan iklim dan keadaan cuaca serta kedudukan bumi tempat mereka tinggal. Tapi hakikat sebenarnya ALLAH-lah yang menjadikan watak mereka itu tidak sama.


Di era Kebangkitan Islam semua penjuru dunia memberi perhatian kepada Malaysia. Barat di ambang maut, untuk selamatkan Barat mereka perlu mendapatkan panduan dari Timur sudut insaniahnya. Dari sudut meterial negara-negara lain boleh belajar dari Barat. Bagi negara-negara Timur banyak menaruhkan harapan kepada Malaysia menyuarakan nasib mereka terutamanya umat Islam. Barat dan Timur bergabung di Malaysia. Apa yang ada di Barat ada di Malaysia. Tetapi apa yang ada di Malaysia tidak ada di Barat. Iaitu kemeriahan amalan Islam. Bumi Malaysia yang hijau juga tidak ada di Barat. 


Budaya Melayu yang bertunjangkan Islam bersopan santun juga tidak ada di Barat. Teknologi yang ada di Barat ada di Malaysia.Teknologi Barat dan teknologi roh ada di Malaysia. Program yang menyuburkan fizikal dan akal boleh didapati di Malaysia. Begitu juga program yang dapat menyuburkan hati atau roh juga ada di Malaysia contoh zikir perdana, dan amalan-amalan zikir melalui kunpulan-kumpulan tariqat. Seperti Naqsyabandiyah, Syazaliah dan lain-lain lagi.


Manusia gabungan makhluk malaikat yang bersifat rohaniah.
Kelebihan rohani manusia yang telah suci. Kemampuannya melebihi daripada manusia lain iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya sehingga menjadi hamba Allah yang benar-benar takut pada Allah. 


Bila hati manusia sentiasa terhubung dengan Tuhannya maka fizikal manusia akan menerima kesannya. Bila hati sentiasa rasa takut maka sama ada dikhalayak ramai atau bersendirian, di depan atau di belakang sama sahaja.Tapi bila tidak menjadi orang rohani, manusia terputus dengan Tuhannya apa yang akan berlaku di depan lain di belakang lain.


Apabila kerajaan (roh) di dalam diri terdidik dan terpimpin nescaya akan terbangun kerajaan roh di peringkat maya pada ini. Pada peringkat ini, roh diproses dan diolahkan dirinya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamakan hakikat diri manusia. Berdasarkan kisah Sahabat yang bernama Abu Ayob Al-Ansori yang hidup di zaman Nabi SAW dan Sultan muhammad Al-Fateh selepas wafat Nabi SAW lapan ratus tahun kemudian berlaku satu gandingan roh mereka bekerjasama dan akhirnya berlakulah apa yang telah di gambarkan oleh Nabi SAW.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N