Langkau ke kandungan utama

ALLAH MAHA PENGHIBUR.

ALLAH MAHA PENGHIBUR.


Pada kebangkitan pertama, para pejuang terhibur dengan Tuhan.
Kerana Tuhan adalah penghibur dan penyelamat kepada manusia. Maka pada kebangkitan Islam yang kedua ini juga sepatutnya para pejuang dan pendakwah menyalin watak yang sama seperti pejuang pada kebangkitan pertama. Mereka terhibur dengan Tuhan, kerana berjaya menjadikan Tuhan cinta agungnya. Dalam banyak-banyak sifat dan nama Allah yang Maha Hebat, Allah minta kita sebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam apa jua urusan. Ini menunjukkan bahawa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim mengatasi segalanya. 

 
Jika kita mengetahui maknanya kita akan malu dan tunduk setunduknya kerana Allah itu sangat terlalu baik dan pemurahnya kepada hamba-hambaNya. Ini sudah cukup menghiburkan namun hanya dapat dikesan oleh manusia yang memiliki hati yang hidup (ulul Albab). Apabila kita berjaya menjadikan Tuhan sebagai penghibur, maka kita akan menjadi penghibur sesama manusia. Para sahabat terkenal dengan akhlak yang luar biasa, dan ini adalah hiburan buat hati manusia yang inginkan pengisian dan keselamatan. 


Hati yang sedih dan takut dengan urusan dunia pasti akan terhibur dengan cahaya Islam, rupanya ada kehidupan dan urusan yang lebih baik dari kehidupan dan urusan dunia. Inilah hiburan bagi manusia. Mengetahui adanya kehidupan yang kekal abadi selamanya di akhirat kelak adalah satu hiburan bagi manusia yang letih dengan penipuan nafsu dan dunia. Watak-watak alam juga berubah dengan izin Tuhan, dan ini adalah satu hiburan buat makhluk ciptaan-Nya. Bukan sahaja manusia malah haiwan dan tumbuhan juga dapat manfaat daripadanya. Bukankah ini hiburan?



Firman Tuhan:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107).


Firman Allah:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali Imran: 190-191).


Allah Taala meminta hamba-Nya melihat alam ciptaan-Nya ini lalu merenung sejenak, apakah hikmah dan pengajaran disebalik semua ini. Terlalu banyak pengajaran dan hiburan namun berapa ramaikah manusia yang menyedari hakikat ini? Bila melihat alam yang indah, dalam tak sedar hati kita terpegun melihatnya. Melihat langit biru yang luas sudah cukup membuatkan hati dan perasaan lapang. Otak yang serabut bila melihat alam akan tenang dan senang. Malah melihat tumbuhan yang hijau juga satu hiburan dan rawatan yang baik untuk manusia. Bukankah ini hiburan?


Kita tak sedar dalam udara yang kita hirup seharian, cukup Allah Taala uji dengan pencemaran asap kita sudah sesak. Cukuplah asap rokok membuatkan kita tidak senang. Bila menghirup udara yang nyaman terasa senang dan tenang. Ini adalah hiburan yang Allah berikan namun kita tidak menyedarinya. Bila kita bekerja, banyak gunakan tenaga, Allah ciptakan 'letih' sebagai satu kerehatan. Tuhan bagi kita mengantuk itupun ada hiburan. Bayangkan kalau kita tidak mengantuk tapi paksa untuk tidur ini sudah cukup menyiksakan. Mengantuk pun menghiburkan. Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.


Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan adalah Penghibur Agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakitnya perasaan. Jiran kena jaga walaupun bukan Islam, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah? Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Inilah hiburan untuk mukmin.


Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Kenapa orang Islam hari ini bila berkata tentang jihad, mahu bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tiada yang berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun takut.
Allah Taala minta hamba-Nya untuk menghiburkan orang lain. Memaafkan manusia juga adalah hiburan. 


Orang bersalah bagaimana perasaannya bila kesalahannya dimaafkan dan diampunkan? Tentulah terhibur dengan pengampunan dan kemaafan yang diberikan. Allah berikan anak dan isteri sebagai hiburan, Allah datangkan masalah pun boleh jadi hiburan. Kerana dengan masalah itu mengajar manusia erti kehidupan dan manusia mendapat ilmu dan pengalaman daripadanya, dan itulah hiburan. Pada kebangkitan Islam pertama Rasulullah dan para sahabat adalah pejuang, ertinya mereka adalah penghibur manusia. 


Selain beri Iman kepada manusia, menyelamatkan manusia daripada Neraka adalah hiburan yang paling besar.Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Kenapa orang Islam hari ini bila berkata tentang jihad, mahu bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tiada yang berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun takut.Allah Taala minta hamba-Nya untuk menghiburkan orang lain. Memaafkan manusia juga adalah hiburan. 


Orang bersalah bagaimana perasaannya bila kesalahannya dimaafkan dan diampunkan? Tentulah terhibur dengan pengampunan dan kemaafan yang diberikan. Allah berikan anak dan isteri sebagai hiburan, Allah datangkan masalah pun boleh jadi hiburan. Kerana dengan masalah itu mengajar manusia erti kehidupan dan manusia mendapat ilmu dan pengalaman daripadanya, dan itulah hiburan. Pada kebangkitan Islam pertama Rasulullah dan para sahabat adalah pejuang, ertinya mereka adalah penghibur manusia. Selain beri Iman kepada manusia, menyelamatkan manusia daripada Neraka adalah hiburan yang paling besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N