Langkau ke kandungan utama

JONGKANG JONGKIT KEHIDUPAN.

MALAYSIA MENITI JADUAL AKHIR ZAMAN.


Di-atas pembangunan insan yang rancak di Malaysia, orang Islam mula membangunkan tamadun material. Bangsa Melayu Islam yang menerajui kepimpinan negara Malaysia yakin , umara dan ulama mempunyai tugas yang penting untuk tujuan itu. Ulama bertugas membangunkan insan, manakala umara membangunkan material bersama tenaga-tenaga tenokrat. 


Kemajuan, pembangunan dan kemodenan hidup di dunia mestilah ditegakkan oleh manusia yang telah memiliki akhlak dan nilai rohani yang baik. Hanya dengan ini keselamatan hidup di dunia dan di akhirat akan terjamin. Gandingan dua tamadun ini akan meletakkan Islam sebagai agama terunggul dan berdaulat. 


Secara bertahap-tahap, bangsa Melayu Islam di Malaysia membina tamadun materialnya, bermula dengan bidang yang terpokok sesuai dengan keperluan masyarakat dan kemampuan orang orang Islam. Orang Islam berpegang dengan prinsip:"Allah akan marah jika tidak melaksanakan apa yang mampu kita buat, tetapi Allah tidak akan marah jika kita tidak buat apa yang tidak mampu kita laksanakan."


Selain menjadikan pembangunan insan sebagai teras dan asasnya, orang Islam mempunyai falsafah dan dasar tersendiri dalam melaksanakan pembangunan material. Falsafah dan dasar ini dipertahankan agar pembangunan material itu tidak terseleweng daripada matlamat hidup yang hakiki iaitu untuk beribadah kepada Allah. Dasar Islam di bawah naungan yang di pertuan Agung dan sultan-sultan atau raja- raja selama ini di Tanah Melayu.


Perkembangan Islam dan sekarang Malaysia terus mantap. Tetapi ia cuba di gugat oleh Anuar Ibrahim demi kepentingan politik peribadinya. Beliau yang didokong oleh Barat. Kita akan terus pertahankan nikmat yang telah Allah anugrahkan iaitu Malaysia yang merdeka. Allah izinkan kita telah menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke 57. 


Suasana pengamalan Islam ini tidak wujud di negara-negara lain yang lebih awal mendapat kemerdekaan daripada kita. Suatu kelainan Malaysia merdeka tidak melalui peperangan dan pertumpahn darah. Kebanyakkan negara negara lain merdeka dengan pertumpahan darah dan peperangan.

Firman Allah:

Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ‚ِتَالُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙƒُرْÙ‡ٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah,2:216).


Jongkang jongkit Malaysia mengharungi jadual Allah. Bila negara menumpukan pembangunan insan roh masyarakat meningkat. Jiwa masyarakat meningkat dan gejala jenayah dan sosial menurun. Bila kurang penumpuan Pembangunan insaniah menurun gejala negatif meningkat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N