Langkau ke kandungan utama

PEJUANG YANG ADA CITA-CITA.

IBUBAPA YANG ADA CITA-CITA.


Asal kejadian manusia adalah sama. Manusia berasal daripada tanah. Kita datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikit pun harta, dalam keadaan busuk, hamis, bodoh, dungu, tuli, bisu, pekak, lemah dan hina sekali.
 Maksud firman Allah:"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.(An-Nahl 16:78. 


Membezakan kelompok masyarakat manusia ialah satu yang ada cita-cita dan wawasan dan satu lagi yang tidak ada cita-cita dan wawasan. Masyarakat yang ada cita-cita melahirkan generasi yang berjaya. "Ramai menghuraikan sifat taqwa itu adalah bekalan  di hari Akhirat. Itu tidak boleh dinafikan. Itulah yang penting dan asas. Tetapi bagi orang mukmin, taqwa juga perlu sebagai bekalan untuk dunia. Sebab jalan dan landasan kejayaan di dunia bagi orang mukmin adalah taqwa. Dengan taqwa dia dibantu Tuhan."


Maksud firman Allah:"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar"(dari segala perkara yang menyusahkannya),(Al Araaf 65:2).


Kelompok masyarakat yang berjaya melahirkan generasi cemerlang, mereka sendiri tidak berpeluang mendapatkan pendidikan yang baik. Lebih-lebih lagi ketika zaman penjajah kemudahan dahan pendidikan tidak seperti sekarang setelah merdeka.Zaman dulu, ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan tetapi berjaya melahirkan generasi yang berpendidikan.

🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor 
 yang dikategorikan sebagai *Group 'A'*. 

Anak anak *Group 'A'* ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya. Kebanyakan mereka :

👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas) 
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah 


Kini,  Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak *Group B*. Anak anak Group B adalah dilahirkan oleh kelompok masyarakat yang susah tetapi berjaya melahirkan generasi terpelajar. Kini mereka  Masyarakat daripada  Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, mereka pula melahirkan generasi berikutnya. 


Zaman dulu, ibu bapa yang mereka sendiri tidak berpeluang mendapatkan pendidikan yang baik. Lebih-lebih lagi ketika zaman penjajah kemudahan pendidikan tidak seperti sekarang setelah merdeka. Anak anak Group B mereka pula :

🔹dimanjakan
🔹 dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
 🔹dihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara 
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹 dilayan bagai raja dan permaisuri 
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka 
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik 
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama 
🔹Dan duit poket!  
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan 

Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 

Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka. 

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼

Anak anak ini sukar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir. Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling. Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

Anda dalam Group mana*❓
🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak. 

🏮 Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri. 

🏮Didik anak anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab.  

Didik anak anak  :-
👉agungkan kebesaran Allah
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉 bina keyakinan berdikari.

Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼ Hidup jangan menyusahkan orang‼

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N