Langkau ke kandungan utama

IMAM MAHDI AKAN AMANKAN DUNIA.

DUNIA BERADA DI KEMUNCAK KEROSAKAN


Dunia kini sudah berada dipuncak kerosakkan. Semua manusia sudah rasa tertekan, tidak mengira bangsa etnik dan apa pun agama mereka. Manusia sudah bosan dengan sistem yang ada dan masing -masing merindukan keharmonian dan kedamaian. Tuhan telah memberitahu dalam Al Quran dan melalui lidah Rasulnya akan alamat-alamat kiamat dan kehancuran dunia. Yang antara terbesarnya datangnya Dajjal laknatullah. 


Apakah situasi dunia pada hari ini menjadi isyarat dan petanda hampirnya kedatangan dua tokoh yang Tuhan simpan untuk akhir zaman ini. Tanda-tanda tersebut iaitu kerosakkan yang melanda dunia merupakan isyarat Si dajjal yang akan muncul pada waktu yang telah ditentukan Tuhan. Tentulah bila fitnahnya sudah merata membawa erti kemunculannya sudah sangat hampir. Abuya sudah lama mendidik kita bersedia menyiapkan diri untuk bersama penyelamat. 


Antara amalan rohani dengan membanyakkan zikir dan berselawat kepada Rasulullah sambil menunggu masuknya waktu sembahyang. Amalan yang lebih khusus membaca Dibaei dan Berzanji setiap malam isnin dan malam jumaat. Dua pemimpin tersebut iaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa akan memperjuangkan syariat penghulu sekelian rasul. Sesungguhnya Allah dan Malaikat juga berselawat ke atas Nabi SAW. Kini berselawat sudah jadi arus perdana di Malaysia. Dengan amalan zikir dan berselawat melindungi kita dari fitnah dajjal.


Kemeriahan suara indah alunan-alunan bait-bait madah atau syair yang dinasyidkan melalui corong-corong media perdana. Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator. Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi seperti ilmu-ilmu yang khas dalam bidang masing-masing.. yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam. Berkat Imam Mahdi akan lahirlah ikhwan dan Asoib yang di rindui Rasulullah SAW.


Kebangkitan Islam adalah Zaman Khalifah kedua ini, adalah zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Zaman ini diawali dengan munculnya Imam Mahdi, kemudian disusuli munculnya nabi Isa a.s yang akan mengalahkan Dajjal. Zaman ini berakhir ketika seluruh orang Islam di muka bumi di matikan, yang kemudian akan dilanjutkan dengan kiamat besar. Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dan keemasannya seperti di zaman Rasulullah dan Khulafaurrasyidin. Islam dapat menguasai dunia dan kembali menjadi penguasa sejagat.


Rasulullah SAW bersabda :
“Sebelum hari kiamat datang pastilah Islam itu bangun kembali walaupun antara mulanya Islam bangun dan mulanya kiamat hanya sekadar masa memerah susu. Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan barulah dunia ini akan dibinasakan (kiamat) oleh Allah”
Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai kepada puncaknya apabila berpadunya ketinggian kerohanian umat Islam dengan kecanggihan teknologi di bawah dua pemimpin besar umat Islam yaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa.


Ciri-ciri zaman tersebut:
• Islam dapat mencapai keagungannya kembali seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW 14 abad yang lalu.
• Dunia seluruhnya akan kembali aman dan damai, keadilan akan kembali ditengakkan setelah sekian lama dipenuhi dengan huru-hara dan kezaliman.
• Hati orang-orang miskin dan kaya dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah sehingga tidak seorang pun yang mau menerima sedekah.
• Harta-harta yaang melimpah ruah akan dibagi-bagikan dengan adil dan merata.
• Umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta-mencintai satu sama lain.
• Aqidah, ibadah dan seluruh aspek kehidupan masyarakat Islam berjalan sepenuhnya di atas landasan syari’at Nabi Muhammad SAW.
• Segala fitnah dan maksiat, riba, zina minuman keras dan lain-lain kekufuran berhasil diperangi dan dimusnahkan.


Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala tidak sedar bahawa Dajal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan Kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam kini. Adakah dajal ini sudah wujud dalam kalangan mereka pada hari ini. Siapakah makhluk yang disebut Tuhan sebagai Pembawa Bencana Pada Akhir zaman ini?


Imam mahdi berjaya mendidik rohaniah manusia. Setiap manusia yang hendak berjaya dia sungguh-sungguh lakukan muhasabah. Lebih-lebih lagi untuk berjaya mengenali roh manusia. Ia terlalu halus dan seni. Dia tak bertangguh untuk baiki diri kerana dia merasakan akan mati sebentar lagi. Tidak putus asa dalam mendidik roh atau hati manusia terutama diri sendiri. Dia terus menerus bersemangat untuk melonjakkan pencapaian rohani dan tidak pernah jemu. 


Rajin mencari panduan melalui guru mursyid untuk meningkatkan roh. Dari masa kesemasa terus menerus mendapatkan ilmu untuk persiapan kehidupan yang lebih kekal di Akhirat sana. Setiap tindakannya penuh sedar dan memiliki cita-cita tinggi untuk menjadi orang yang di rindui Rasulullah di Akhir zaman iaitu Ikhwan dan Asoib.


Apa yang berlaku adalah contoh berkat menjelang kedatangan Imam mahdi. Perkara yang lebih besar lagi kita di bantu dengan ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah  yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri. Begitu juga kita diberi kekuatan untuk buat persiapan menghadapi kedatangan Dajal yang sangat mencabut iman mansia. Imam Mahdi rahsia kekuatannya adalah pada rohnya. Umat Islam yang di rezekikan dapat terhubung dengan roh Imam Mahdi, berkat kekuatan rohnya kita dapat terpimpin sebelum bersama fizikalnya.


Abuya diberikan berkat Imam Mahdi dengan pelbagai perkara. Sebelum ini kita di ajak oleh Abuya berselawat kepada Rasulullah sambil menunggu masuknya waktu sembahyang. Amalan yang lebih khusus membaca Dibaei dan Berzanji setiap malam isnin dan malam jumaat. Kini berselawat sudah jadi arus perdana di Malaysia. Kemeriahan suara indah alunan-alunan bait-bait madah atau syair yang dinasyidkan melalui corong-corong media perdana. Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator. Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi seperti ilmu-ilmu yang khas dalam bidang masing-masing.. yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam. Berkat Imam Mahdi akan lahirlah ikwan dan Asoib yang di rindui Rasulullah.


Apa yang berlaku adalah contoh berkat menjelang kedatangan Imam mahdi. Perkara yang lebih besar lagi kita di bantu dengan ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah  yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri. Begitu juga kita diberi kekuatan untuk buat persiapan menghadapi kedatangan Dajal yang sangat mencabut iman mansia. Imam Mahdi rahsia kekuatannya adalah pada rohnya. Umat Islam yang di rezekikan dapat terhubung dengan roh Imam Mahdi, berkat kekuatan rohnya kita dapat terpimpin sebelum bersama fizikalnya.


Maka bagi orang yang ada cita-cita membaiki diri, guru-guru, atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerena sesungguhnya: PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA. Setiap manusia yang hendak berjaya dia sungguh-sungguh lakukan muhasabah. Lebih-lebih lagi untuk berjaya mengenali roh manusia. Ia terlalu halus dan seni. Dia tak bertangguh untuk baiki diri kerana dia merasakan akan mati sebentar lagi. Tidak putus asa dalam mendidik roh atau hati manusia terutama diri sendiri. Dia terus menerus bersemangat untuk melonjakkan pencapaian rohani dan tidak pernah jemu. Rajin mencari panduan melalui guru mursyid untuk meningkatkan roh. Dari masa kesemasa terus menerus mendapatkan ilmu untuk persiapan kehidupan yang lebih kekal di Akhirat sana. Setiap tindakannya penuh sedar dan memiliki cita-cita tinggi untuk menjadi orang yang di rindui Rasulullah di Akhir zaman iaitu Ikhwan dan Asoib.


Anas bin Malik mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, "Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi itu telahmengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah. (Hadith riwayat oleh Bukhari dan Muslim).


Imam Mahdi dalam mendidik manusia untuk menjadikan Ikhwan dan Asoib berjuang bersamanya dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu sistem Rasulullah melahirkan Para Sahabat. Iaitu sistem pendidikan manusia terhadap tiga unsur. Roh, nafsu dan akal yang ada pada diri manusia itu tadi di bawa kepada Tuhannya. Insyaallah akan mengulangi hasil yang diperolihi oleh Rasulullah. Para Sahabat pada kebangkitan pertama dan Ikhwan dan Asoib pada kebangkita yang kedua. Hasilnya sama kerana menggunakan acuan yang sama dalam mendidik manusia. Generasi Ikhwan dan Asoib inilah yang akan mampu berhadapan dengan fitnah yang dibawa oleh Dajal.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N