Langkau ke kandungan utama

60 TAHUN KEMERDEKAAN BERSAMA 6 PERDANA MENTERI.

USTAZ ASHAARI BERSAMA PEJUANG KEMERDEKAAN.


Negara kita telah 60 tahun mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Dalam tempoh tersebut, kita telah menyaksikan enam orang Perdana Menteri berbangsa Melayu bersilih ganti menduduki tampuk pemerintahan negara. Sempena menyambut 60 tahun kemerdekaan ini, orang Melayu pribumi harus memiliki keberanian untuk melakukan satu perubahan yang drastik, menyeluruh, berfikir dengan gaya baharu, melihat masa depan yang baharu, berfikir secara merdeka dan sebagai bangsa berdaulat, serta merangkul semula perjuangan generasi terdahulu.


Islam dan peranan bangsa Melayu dalam konteks negara ini tidak boleh dipisahkan, dan oleh itu, jika kita cuba membangunkan tamadun dan bangsa Melayu berdasarkan falsafah luar seperti Liberal Barat yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan, kita bimbang, bangsa Melayu yang ingin dibangunkan nanti akan menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti Melayu dan ketimurannya serta hilang jatidirinya sebagai seorang Melayu Islam yang berani dan berpegang teguh kepada agama.  


Kelunturan dan kecairan jatidiri Melayu Islam ini juga pasti akan menyebabkannya mudah terjebak di dalam percaturan agenda orang lain. Suatu fakta sejarah yang tidak boleh kita nafikan ialah bahawa sebelum kedatangan penjajah barat (dari Portugis hinggalah Inggeris) ke Tanah Melayu, orang Melayu sebenarnya telah pun mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Walaupun ianya bukanlah sistem demokrasi sepertimana yang diagung-agungkan oleh ‘pejuang-pejuang demokrasi ala Barat’ di negara ini, namun yang pasti, sistem pemerintahan pada era kesultanan Melayu Islam Melaka 
dalam pentadbiran kerajaan ketika itu. 


Perkara ini sangat jelas dalam pentadbiran kerajaan Melayu telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu tidak memerlukan kepada ‘sistem dan bantuan luar’ di dalam urusan pentadbiran kerajaannya. Demi menjamin kelangsungan kepimpinan Melayu Islam atau Ketuanan Melayu di negara ini, adalah penting agar masyarakat Melayu Islam di negara ini dikembalikan semula kepada jatidirinya yang asal melalui pendekatan keagamaan kerana kekuatan jiwa umat yang berasaskan kepada agama adalah merupakan tunjang di dalam mana-mana kerajaan Islam. 


Kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah termasuklah negara ini. Kebangkitan Islam kali kedua ini hasil pergantungan kepada Tuhan dan persepakatan orang Melayu atas nama Islam akan memberi kekuatan kepada kebangkitan Islam kali kedua. Pepatah Melayu ada menyebut, “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Hakikatnya, apabila orang-orang melayu bersatu padu, ia pasti akan memberikan kemenangan dan kekuatan kepada Islam manakala perpecahan yang kini berlaku di kalangan orang-orang Melayu di negara ini pula akan menjadi punca kepada kelemahan bangsa Melayu Islam di negara ini. 


Ustaz Ashaari dilahirkan Tuhan ke dunia adalah untuk jadi pejuang. Jiwanya, fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya, dan hidup matinya. Pendek kata dia sanggup buat apa sahaja untuk menyampaikan cita-cita perjuangannya. Mari kita mengimbau kembali perjuangan Ustaz Ashaari yang kini lebih dikenali dengan panggilan Abuya.


Abuya mula salurkan cita-cita perjuangan Islamnya melalui PAS. Beliau mulanya adalah seorang ahli aktif PAS selama 10 tahun (1958-1968) yang pada masa itu di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Seterusnya beliau bergerak dalam ABIM pernah menjadi wakil ABIM wilayah persekutuan, ketika itu Tok guru haji Hadi menjadi wakil ABIM Terengganu. Presiden ABIM ketika itu Ustaz Dr. Fadhil Nor. 


Abuya membuka model Perkampungan Islam di Sungai Penchala Kuala Lumpur, pada tahun 1973. Perkampungan tersebut masih wujud hingga ke hari ini (2017). Kawan-kawannya juga turut terdorong sama membuka prkampungan Islam di tempat masing-masing, seperti ustaz Zakaria Al Ansyori di dalam daerah Selangor. Kawannya ustaz Nikmat bin Yusuf membuka di Kedah juga pernah menjadi wakil ABIM Kedah. Semua tahap perjuangan yang Abuya laluinya dia bawa bersamanya keluarga yang diharapkan terpindah cita-cita perjuangannya.


Penulis selaku anak sering dibawa untuk didedahkan kepada perjuangannya dari kecil lagi. Masih teringat lagi ketika umur tadika saya di bawa oleh Abuya mengunjungi klinik yang di buka oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy ketika itu di Taiping Perak. Penulis juga pernah mengikut Abuya ke Terengganu menziarahi ustaz Tuan guru Haji Hadi. Begitu juga sering berkunjung ke tempat Ustaz Zakaria di Selangor. Anuar Ibrahim sendiri tidak asing kerana beliau di peringkat awal banyak bersama Abuya dan pernah mengisi kursus Islam anjuran ustaz Ashaari di Sungai Penchala Kuala Lumpur. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N