Langkau ke kandungan utama

SOLAT MERDEKAKAN HATI.

MENYAMBUT KEMERDEKAAN LAHIR DAN BATIN.


Mereka yang benar-benar merdeka, memiliki Jiwa yang merdeka, akal yang merdeka dan jiwa yang merdeka. Syaitan dan nafsu sentiasa mencari jalan untuk menjajah hati manusia. Hati menjadi rebutan antara  syaitan dan malaikat. Ertinya hati manusia sentiasa terdedah dengan serangan. Apabila manusia berjaya menangkis serangan syaitan ertinya dia telah memiliki hati yang merdeka. Setiap kali kita mendirikan solat ertinya ketika itu hati sedang di merdekakan dari gangguan syaitan dan hawa nafsu. Memerdekan hati tiada rehat dan usaha memerdekan perkara lahir ada masa rehat.


Mengenangi detik kemerdekaan negara tercinta, kita wajar merenung semula tokoh-tokoh penggerak kebangkitan rakyat di Tanah Melayu di peringkat awalnya. Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah insan luar biasa yang disepakati sebagai seorang pencetus kesedaran rakyat yang praktis. Jiwa manusia sering menerima serangan dari berbagai penyakit jiwa. Hati atau jiwa yang diserang penyakit yang mengakibatkan akhlak manusia menjadi buruk. Jiwa tersebut tidak sesuai dengan yang Allah dan Rasul-Nya contohkan. 

"Orang sudah terkena sakit jiwa atau hati akan menjadi malas beribadah, pembuat dosa atau menjadi hamba kepada hawa nafsunya."

Oleh kerana itu, menyucikan dan membersihkan hati atau jiwa
( تزكية النفس ) dari berbagai penyakit jiwa merupakan suatu Kewajipan sebagaimana yang Allah perintahkan di dalam Al Quran. Ia menjadi aktiviti yang tidak terpisah dengan kehidupan harian umat Islam. Allah sangat menyukai hamba-hambanya yang mensucikan jiwa dan sangat membenci hamba-hambanya yang mengotori jiwa dengan membuat dosa. 


Al-Qur’an merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya. 


Membaca Al-Quran dapat menyucikan jiwa, Al-Quran dapat bersihkan dan memurnikan jiwa. Al-Quran memberitahu manusia bagaimana melakukan perintah yang tak boleh lakukan dan membangkitkan berbagai nilai yang diinginkan dalam membersih jiwa. Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber utama dalam Islam.Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan peraturan dan  undang-undangnya. 


Setiap umat Islam mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya.Bagi orang Islam perundangan,pemikiran, syariah dan nilai untuk menentukan kebenaran adalah merujuk kepada Al-Quran.As-Sunah iaitu percakapan,perbutan dan sikap Rasul SAW adalah menghuraikan maksud Al-Quran (Aqwal,Afa'al dan taqrir).


Dalam Islam, penyakit lahiriah ini terbahagi kepada dua. Pertama penyakit yang berpunca daripada hal-hal lahiriah, seperti kencing manis bila terlebih pengambilan gula, kolestrol berlebihan daripada lemak dan garam, luka bila terjatuh. Yang kedua berpunca daripada hal-hal yang ghaib, seperti sihir atau gangguan jin. 



Manusia yang telah memiliki akhlak dan nilai rohani yang baik ia adalah natijah daripada mujahadah yang berterusan. Hanya dengan ini keselamatan hidup di dunia dan di akhirat akan terjamin. Dua tamadun yang bergandingan iaitu tamadun rohani dan material  ini akan meletakkan Islam sebagai agama terunggul dan berdaulat. 
Al-Quran telah bawa kita memahami terhindar daripada penyakit 
batiniah. Kerana dengan membaca Al-Quran dan berzikir dapat meramat jiwa yang duka, memberi kekuatan dan ketenangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N