Langkau ke kandungan utama

PERGAULAN BARAT BEBAS TANPA BATAS.

MASYARAKAT BARAT MEMILIH HIDUP TANPA KAHWIN.


Umumnya, masyarakat Barat tidak setuju dan tidak yakin lagi dengan perkahwinan. Ideologi anutan mereka gagal menerangkan peri penting dan perlunya perkahwinan rasmi yang sistematik dijalankan dalam masyarakat manusia. Perlaksanaan perkahwinan yang dijalankan juga gagal memperlihatkan bagus dan indahnya perkahwinan. Perceraian yang terlalu banyak terjadi, kelahiran anak-anak yang  derhaka dan pergaduhan suami isteri yang tidak pernah selesai membuatkan orang-orang Barat kecewa dengan perkahwinan.


Orang-orang Barat memilih hidup tanpa kahwin. Kemahuan seks disalurkan kepada jalan-jalan yang tidak menentu. Anak-anak haram bertaburan. Perbuatan tinggal serumah tanpa nikah (bersekedudukan)
untuk memudahkan bercerai (tanpa bayaran) dibenarkan, dan sudah terlalu tinggi peratusnya. Dalam tahun 1988, terdapat satu juta wanita bersekedudukan di Peranchis. Angka itu meningkat pada tahun 1990 hingga bancian menunjukkan sebanyak satu pertiga dari kaum wanita disana terlibat dengan perbuatan yang jahannam itu.

Maksud firman Allah:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
(Ar Room 30:41).

Daripada 100 perkahwinan, berlaku 31 kes perceraian, manakala 25 peratus anak-anak yang lahir daripada anak-anak haram. Bagi orang yang tahu azabnya berada dalam rumahtangga yang sering bergaduh, pahitnya perceraian, menderitanya menjadi anak-anak yang tidak jelas Ibu bapanya, pasti akan melihat kekusutan yang dihadapi oleh Barat. Mereka tidak bahagia sebenarnya. Mereka gagal dalam hidup.
Wanita-wanita Barat sudah tidak mahu beranak. Sedangkan kerajaan Peranchis membayar wang setiap anak yang lahir, sebagai dorongan agar ibu-ibu mahu bersalin. 


Di Sweden, dianggarkan kadar kelahiran adalah kosong pada tahun 2000. Mengapa mereka takut hendak beranak? Adalah kerana: a) Ibu-ibu disana tak ada persedian jiwa untuk menghadapi kesusahan-kesusahan memelihara anak-anak. Mereka tidak sanggup susah.
Hubungan jenis di iktiraf, seperti hubungan lelaki dengan lekaki, perempuan dengan perempuan di iktiraf, begitu juga LGBT diperjuangkan oleh Barat. Ertinya apa yang dilakukan oleh manusia lebih dahsyat daripada binatang.  


Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi telah kongsikan dengan kita lebih 20 tahun yang lalu. Ya! Dalam bukunya yang bertajuk BARAT DIAMBANG MAUT yang ditulis pada tahun1993. Di dalamnya terperinci Abuya menerangkan dan memahamkan situasi terkini keadaan barat khususnya, sedangkan gambaran itu telah lama Abuya sampaikankan. Kita boleh merujuknya kembali melalui tulisan Abuya itu, atau boleh mencarinya di laman sesawang yang banyak disimpan koleksi buku-buku Abuya di laman digital.


Iktibar untuk kita khususnya umat Islam ialah, tidak mengulangi kesilapan mereka. Dunia Barat hanya menumpukan pembangunan material (lahiriah) semata. Hasilnya lahirlah satu tamadun manusia yang canggih teknologinya tetapi hilang fitrah kemanusiannya bahkan lebih jahat dari haiwan. Nafsu telah mengambil peranan Tuhan. Nafsu menjadi matlamat hidup. Inilah hasil pembangunan oleh barat, yang diagung-agungkan oleh hampir seluruh umat manusia!.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N