Langkau ke kandungan utama

PEJUANG KEMERDEKAAN


ULAMA PEJUANG KEMERDEKAAN DAN ULAMA ISI KEMERDEKAAN.
Dr Burhanuddin Al-Helmy pejuang kemerdekaan ).


( ulama isi kemerdekaan sebagai pencetus model Islam is the of live ).

Mengenangi detik kemerdekaan negara tercinta, kita wajar merenung semula tokoh-tokoh penggerak kebangkitan rakyat di Tanah Melayu di peringkat awalnya. Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah insan luar biasa yang disepakati sebagai seorang pencetus kesedaran rakyat yang praktis. Latar belakang pendidikan dan pengalaman merantau ke luar negara - di saat orang lain masih berselimut sudah meletakkan beliau jauh di hadapan orang lain. Ditambah pula kehidupan beragama yang dipesakai dari keluarganya menjadikan beliau seorang tokoh yang unggul di saat rakyat sedang dihembus kesedaran hebat menuntut kemerdekaan. 


Beliau adalah seorang pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasai perjuangan kemerdekaan sejak mula. Dr Burhanuddin Al-Helmy memimpin Parti Islam SeMalaya (SeMalaysia) - PAS daripada tahun 1956-1969. Beliau telah mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat dikompromi dan ditawar-tawar oleh sogokan dan ugutan penjajah.


Ahmad Boestamam menulis tentang kekuatan pengaruh Dr Burhanuddin dan kecekalan perjuangannya: “Di atas segala-galanya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah seorang patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran yang tepat, layak dan sesuai dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu” (Ramlah Adam 1993; Dr. Burhanuddin al-Helmy: kajian mengenai kegiatannya dalam PKMM 1946-1948.).

Latar kehidupan

Nama asalnya ialah Amir Burhanuddin bin Ungku Mohammad Noor. Beliau dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Pak Doktor ini berasal daripada keturunan ulama dan sufi dari Sumatra yang berhijrah ke Tanah Melayu. Bapanya, Haji Muhammad Noor, adalah seorang alim Minangkabau yang mengajar tasawuf dan mengusahakan ladang tani. Beliau pernah berguru dengan Sheikh Mohammad Khatib al-Minangkabawi dan beberapa pemuka agama di Mekah. Ibunya Sharifah Zahrah Habib Osman adalah wanita Melaka daripada suku peranakan Arab-Melayu. Mereka bertemu di Perak setelah Haji Muhammad Noor kembali dari menunaikan haji di Mekah.


Menurut Dr Burhanuddin dalam lakaran kisah hidupnya: “Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka saya daripada kecilnya dilatih secara wara’nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjemaah, membaca Qur’an dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.” (Simposium Tariqat dan Tasawuf, 1972)


Dr Buhanuddin digelar al-Hulaymi atau al-Helmy kerana karakternya yang tenang dan penyabar, seperti bapanya yang digelar Abi Halim, sebagaimana dilukiskan oleh Saliha Haji Hassan dalam tulisannya, Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography: “Pilihan kata asal al-Hulaimi itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr Burhanuddin yang lemah-lembut, santun, tenang, sabar… istilah al-Hulaimi menurut hukum tatabahasa Arab mempunyai makna yang sama dengan al-Helmy tetapi dalam bentuk yang merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997; Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography). Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan pengikut dan rakannya.


Pada tahun 1927, beliau merantau ke Pulau Pinang untuk menuntut di Madrasah al-Mashoor al-Islamiyyah dan berguru dengan pemikir dan reformis penting seperti Shaikh Abu Bakar al-Rafi‘i, Haji Arshad al-Bawayih, dan Ashiran Yaakob, yang menggerakkan perjuangan kaum muda yang telah dicetuskan oleh Syed Sheikh al-Hadi, dan Sheikh Mohamad Tahir Jalaluddin al-Azhari di Tanah Melayu. Beliau menamatkan pelajarannya dengan memperoleh thanawi (menengah atas) pada 1934.


Kemudian, dengan biasiswa yang ditawarkan oleh saudagar India Muslim, beliau melanjutkan pelajaran ke India dan mengambil kursus perubatan homeopatik di Madrasah al-‘Ulum Musalmanan (Anglo Indian College) di Aligarh. Madrasah yang ditubuhkan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan pada tahun 1875 ini berhasrat untuk melahirkan para reformis Islam yang mahir dalam falsafah moden dan disiplin sains yang luas.


Dr Burhanuddin berhasil menyiapkan tesis kedoktorannya dalam bidang falsafah, dan sewaktu menyusun disertasinya beliau merujuk kepada karya-karya besar dalam bahasa Arab dan Eropah, dan menelusuri sejarah pemikiran dan peradaban dunia yang ditulis oleh kelompok sarjana dari timur dan barat, dan berhasil menggarap dan menguasai dengan baik lima bahasa besar.


Demikian dirakamkannya: “Maka saya di India, saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda, memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (PhD) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah.”


Setelah pulang ke tanah air, berbekalkan pengalaman dan kelulusannya, beliau diterima mengajar di Madrasah al-Juneid, Singapura. Beliau turut menawarkan khidmat perubatan homeopati di dua cawangan kliniknya, di Johor Bharu dan di Jalan Picitan, Singapura yang dibina dengan bantuan seorang doktor India, Dr N. Rajah.

Pengaruh Tasawuf

Pak Doktor tertarik kepada tariqat Naqhshabandiyyah yang berkembang di India, yang mempunyai dasar dan hujah tasawwuf yang meyakinkan. Tariqat ini aktif mendakyahkan ajarannya di Asia Tenggara dengan pengaruh yang signifikan di kalangan pengikutnya yang terus berkembang dengan pantas. Ketika di India, beliau menghadiri halaqat-halaqat tasawuf ini dan mengutip pengalaman ma‘rifi, dhawqi dan tajribi melalui pembacaan yang substantif.


Perkara ini dikupas dalam tulisannya: “Saya pelajari sufi daripada bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula. Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ulama-ulama’ Syafi’i dan ulama-ulama’ tasawwuf, sama ada ulama-ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ulama-ulama’ fiqh. 


Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha sebagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.” Faham tasawuf yang dipintalnya turut merangkul tasawuf moden dan agresif yang mendakap semangat jihad. Dan perjuangannya terus digilap dan dipasak dengan lebih jelas setelah menghadam disiplin agama dan sosial yang penting seperti falsafah, perbandingan agama, tasawwuf dan ilmu tariqat. 


Menurutnya pengajian tasawwuf harus dibarengi dengan pengetahuan falsafah dan perbandingan agama, sebagai asas keilmuan yang zahir, seperti dinyatakannya dalam buku Simposium Tariqat dan Tasawuf: “Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu pada zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau maa wara’a al-taba’ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.”

Kerangka Pemikiran 

Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam penulisannya yang kritis seperti Rejuvenasi PAS dan Menuju PAS Baru mengungkapkan bahawa langkah perjuangan yang digariskan Dr Burhanuddin harus diangkat dan dilontarkan dalam menuju PAS baru. Beliau menuntut supaya hierarki PAS berganjak ke arah perubahan, stereotaip dicabar dan pembaharuan dan kesedaran politik tentang esensi kebebasan, kesedaran watan, faham keadilan dan nafas perjuangan dan semangat kemerdekaan ditanam dan dipugar. Begitu juga strategi perjuangannya dalam politik tergambar daripada kegiatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) menentang pendudukan British dan Jepun, seperti diungkapkannya:


“Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di rimba jadi anti-fasis, ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya.”


Dalam pergerakan politik, Pak Doktor memilih wadah Islam sebagai landas perjuangan. Beliau disifatkan sebagai sosok pemikir yang terbaik dilahirkan dalam dekadnya, dan penggagas siyasah syar‘iyyah dan fiqh awlawiyyat Islam, dan faqih besar dalam mazhab. Pendekatan politiknya adalah berteraskan amalan perlembagaan dan undang-undang, dengan memilih cara aman untuk menuntut perubahan. 


Demikian seperti yang diungkapkan dalam pidatonya dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman pada Disember 1956. “Jalan kekerasan tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS. Perjuangan kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai, dengan jalan berperlembagaan.”


ULAMA PENCETUS MODEL ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Abuya Imam Ashaari bin Muhammad dikenali sebagai pencetus model Islam is the way of live khususnya model ekonomi Islam. Beliau juga banyak berikan panduan melalui kuliah dan bukunya tentang masa depan Melayu begitu hebat sekali. Dengan membawa wawasan yang begitu besar dengan pandangan, " Melayu akan jadi macam bangsa Arab dulu. Melayu akan jadi empayar menggantikan empayar Barat yang sedang jatuh. Melayu akan menang dengan Amerika dan Yahudi. Melayu akan kembalikan semula wibawa Timur Tengah. 


Perjuangan Abuya pernah dihalang dan ditentang, hingga diharamkan Abuya, keluarganya serta beberapa anak-anak muridnya ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA, penulis salah seorang yang terlibat sama di tahan dibawah ISA. Atas tuduhan  mengancam keselamatan negara di bawah pemerintahan Tun Doktor Mahadir menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Hakikatnya tuduhan-tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Bahkan Abuya sebelum ditangkap, beliau telah banyak berjasa pada negara Malaysia dalam mengharumkan nama negara di persada dunia. Realitinya ialah, Abuya dan perjuangannya dicemburui oleh segelintir individu dan kelompok yang cemburu dengan Abuya dan perjuangannya, lalu dengan kuasa dan pengaruh mereka maka cubalah mereka menghancurkan perjuangan Islam Abuya. 


Kata Abuya, "Saya memang tidak pernah sekolah tinggi. Justeru itu tidak ada satu sijil apa pun yang saya miliki sekali pun SRP. Cuma darjah 7 sekolah Melayu dan Senawi 3 di Maahad Hishamuddin, Kelang". Kata Abuya lagi, kawan-kawannya dan pengikutnya sangat berikan kepercayaan padanya, bahkan mereka sangat kasihkan beliau dan begitu juga Abuya terhadap mereka. Sangat ajaib. Seorang yang tidak berpelajaran tinggi namun diberikan hati dan jiwa raga oleh kawan-kawan dan pengikutnya untuk dipimpin oleh beliau. Itulah takdir Allah swt. Semua ini bukan saja-saja. Ia ada hikmah yang sangat besar!


Memang kalau Islam tidak dipelajari dan tidak diyakini secara tafsili dan ijmali corak pemikiran dan skil penilaian seseorang itu tidak akan tepat sebagaimana yang diminta oleh orang Islam itu sendiri. Satu-satunya cara penyelesaiannya ialah dengan menyelaraskan ilmu dan kefahaman Islam pada umat Islam agar ia tepat dan lurus sebagaimana yang dikehendaki oleh Al Quran dan Sunnah. Barulah nanti umat islam tidak berkrisis lagi dalam menilai sesuatu, terhadap yang baik semuanya mengatakan baik dan terhadap yang buruk semuanya mengatakan buruk.


Begitu juga dalam berjuang umat Islam yang  tidak mengharap kepentingan apa-apa melainkan untuk berkhidmat kepada Allah Ta’ala.Mereka berjuang sepanjang masa tanpa cuti, bukan secara sambilan. Mereka mencari keredhaan Allah Ta’ala dengan memperjuangkan agama Allah Ta’ala dalam bentuk dakwah. Sasaran perjuangan ialah manusia, agar seluruh manusia di dunia menyembah Allah Ta’ala dan mengikut syari’at Islam. Kerana itu mereka tidak sayang untuk korbankan diri, masa, harta benda dan kaum keluarga serta kampung halaman. 


Oleh kerana kebangkitan Islam kali kedua ini juga besar, maka Abuya mendidik dan memimpin kita berpandukan kebangkitan pertama tersebut. Supaya kita dapat mengulanginya di era kebangkitan Islam kali kedua ini. Abuya telah menanamkan cita-cita dakwah tersebut kepada keluarga dan anak-anak muridnya. Dengan adanya cita-cita tersebut menjadi kekuatan untuk kita mengulangi kejayaan dakwah di era kebangkitan pertama kepada kebangkitan kali kedua.


Model dakwah yang Abuya Imam Ashaari At Tamimi cetuskan adalah model kebangkitan Islam dari Timur yang tapaknya di Malaysia. Model tersebut telah bertebaran keseluruh pelusuk dunia dan menyampaikan apa yang mereka dapat daripada didikan dan pimpinan Abuya. Ini dapat kita lihat dakwah bil hal yang dilakukan oleh umat Islam dari Timur ini diterima di bumi Eropah. Penekanan awal yang Abuya lagang ialah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu Fardhu Ain yang meliputi bidang tauhid, feqah dan tasauf. Dakwah praktikal yang Abuya lagang berjaya membentuk akhlak peribadi murid, pengikut dan keluarganya agar berakhlak mulia. 


Penyebaran dakwah Abuya dilakukan secara sangat praktikal melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan buku dan majalah, perniagaan, perubatan dan pertanian. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang dakwah praktikal ini, namun yang lebih menarik adalah bagaimana Abuya berjaya membina empayar dakwahnya yang praktikal dan tersendiri. Moga dengan kebangkitan Islam kali ini yang bermula dari Timur dan menyebarkannya keseluruh dunia. Kita yakin kerana sekarang adalah era kebangkitan Islam, kita akan menyasikan kemeriahan Islam akan berlaku sekali lagi. Bumi Eropah pernah berada di bawah Islam, moga berkat kebangkitan Islam akan berlaku sekali lagi eropah bernaung di bawah Islam.


Apabila keberkatan melimpah ruah di satu-satu negara, kesannya masyarakat akan makmur dan medapat keampunan Tuhan, bagi yang bukan Islam menikmati sama berkat tersebut dan laluan hidayah terbuka luas untuk mereka. Paling kurang dengan keberkatan yang wujud walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi senang dan turut gembira dengan model Islam yang ada di Timur ini. Begitu juga 
perkembangan Islam di Malaysia disenangi oleh pelancung-pelancung yang datang ke negara ini. Terutamanya pelancung dari Timur Tengah, mereka pulang ke negara mereka dan berkongsi apa yang mereka lihat semasa berada di Malaysia ini. Walaupun rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tetapi mereka tertarik melihat sikap saling menghormati satu sama lain.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N