Langkau ke kandungan utama

KUASA ADA KELEMAHAN.

KUASA DAN PERATURAN ADA KELEMAHAN.


Kalaulah maksiat lahir dan gejala masyarakat hendak dibendung dengan peraturan, undang-undang, akta-akta, tidak akan mampu dibendung. Kita ambil contoh negara Amerika kiblat dunia, kemajuan telah melangit, cerdik pandai terhimpun disana. Pakar membuat undang-undang, dan peraturan. Tapi apa telah terjadi iaitu gejala masyarakat yang paling kronik di negara-negara dunia. Tidak perlu huraikan panjang  semua orang tahu. 


Amerika Syarikat yang digelar dengan Negara Uncal Sam ini adalah merupakan negara dengan perekonomian termaju di Dunia. Negara ini memiliki jumlah penduduk besar dan padat yaitu 310 juta jiwa lebih dengan penghasilan sumber daya alam berlimpah, infrastruktur yang maju, dan produktiviti yang tinggi. Berzina bukan dianggap masalah di Amerika asalkan suka sama suka. Penyakit tersebut sudah menular ke Malaysia. Ini dapat kita lihat melalui isu pembuangan bayi adalah masalah yang sangat serius melanda negara. Setiap hari terpapar dalam akhbar tentang pembuangan bayi. 


Berita tersebut banyak dipaparkan oleh media. Yang tersorok, yang pihak media tidak laporkan kerana berita tidak sampai kepada mereka terlalu banyak. Tiap-tiap hari masyarakat menemukan bayi-bayi di dalam tandas, tempat pembuangan sampah, di longkang-longkang, bahkan ada yang belum sempurna bentuknya iaitu janin-janin yang ditemui digonggong anjing. Ini semua adalah malapetaka yang melanda masyarakat Malaysia. 


Bagi kita sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi umat Islam perlu buat sesuatu sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau di barat, mereka menyelesaikan masalah ini antaranya dengan memberi kondom percuma dan pendidikan seks di sekolah. Tetapi ini bukan penyelesai masalah, bahkan masyarakat menjadi semakin rosak dan rasa selesa untuk melakukan kejahatan ini secara terbuka dan berleluasa. 


Kita sebagai umat Islam, pertama sekali kena kenal pasti punca masalah. Puncanya adalah; pertama, masyarakat tidak dididik lagi untuk mengenali Tuhan. Tahu tentang Tuhan tidak cukup. Kalau untuk tahu tentang Tuhan, memang sudah banyak sekolah-sekolah agama, pengajian-pengajian agama di surau, masjid, sekolah, bahkan di radio, tv dan internet sangat banyak didapati. Tetapi masalah terus berlaku dan semakin banyak. Ini maknanya perlu ada program lain untuk kita mengenali Tuhan. Hingga kita rasa Tuhan itu melihat, menjaga, dan timbul di hati rasa diawasi selalu di mana-mana. Bila sudah timbul perasaan-perasaan ini di hati-hati manusia, ini membantunya mengawal dirinya daripada perbuatan terkutuk tersebut. 


Kedua ialah, berpunca daripada pergaulan bebas. Walaupun kelas agama banyak dan merata, begitu jugalah laluan syaitan ini tumbuh seperti cendawan. Bahkan di tempat-tempat pengajian itulah berlakunya maksiat-maksiat ini. Punca ketiga, bahan-bahan dan maklumat-maklumat mengenainya tersebar luas dan payah dibendung. Kalau dahulu, nak menjaga seorang anak, dikurungnya di dalam bilik. Tetapi sekarang, di dalam bilik itulah pusat operasi maksiat berlaku.


Kalau di Amerika dan Barat penyelesaiannya dengan dibekalkan kondom ertinya orang buat maksiat bertambah selesa. Berbeza dengan Islam iaitu pergi terus kepada raja diri manusia iaitu hati.
Di sinilah kelebihan Islam. Islam mendidik hati orang, hingga hati baik dan hati tidak mahu lagi membuat maksiat. Undang-undang hanya tambahan sahaja dengan tujuan agar masyarakat yang telah sihat itu tidak dirosakkan oleh orang yang hatinya masih berpenyakit, agar jangan menabur penyakit di dalam kehidupan masyarakat. Biarlah gejala masyarakat itu dibendung oleh hati. Undang-undang hanya membantu sahaja, bukan asasnya. 


Membendung dengan cara didik kembali manusia ini takutkan Allah. 
Membaiki diri untuk mendapat ketaqwaan. Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat. Taqwa sumber bantuan, sumber rezeki dan juga
sumber kemenangan. Allah sendiri janjikan taqwa adalah jalan keluar dan punca rezki yang tidak diduga. Untuk membaikkan hati tidak ada dimana-mana, tidak ada di Amerika, London, Moscow, ada pada Islam. Jadi umat Islam Janganlah hingga kehari ini masih tercari-cari ubatnya.


Kalau mengadap Tuhan pun kita belum berdisiplin. Sembahyang atau solat adalah perkara pertama yang Tuhan akan tanya di Akhirat kelak.
Sembahyang ialah titik tolak segalanya. Kehidupan manusia bermula dari solatnya. Maka dari situlah bermulanya kehidupan manusia, samada baik atau buruk ianya bermula dari sembahyang. Solat berjemaah melatih dan mendidik manusia untuk berdisiplin. Jika disiplin dalam solat dapat ditegakkan maka kehidupan selepas solat akan terdisiplin. 


Jika sembahyang pun caca marba maka itulah gambaran hidup seseorang hamba. Jika disiplin berjemaah dalam solat dapat diteruskan, dijaga, dan diperjuangkan, akan lahirlah satu masyarakat atau bangsa yang berwibawa, dihormati, disegani, disanjungi dan digeruni. Akan lahirlah masyarakat bayangan sahabat dan salafussoleh. Masyarakat yang berdisiplin dan mengikut syariat Tuhan. Disinilah mengapa sembahyang dikatakan permulaan kehidupan seseorang hamba. 


Jika dia mengikut disiplin yang Allah tetapkan dia ialah hamba yang Soleh, hamba yang baik dan taat pada Tuhannya. Tujuan syariat adalah untuk disiplinkan hidup manusia. Sepatutnya sembahyang melahirkan peribadi yang berakhlak mulia. Jika buah dari ibadah solat itu melahirkan peribadi berakhlak mulia ertinya dia berjaya dalam sembahyangnya. Tapi selepas solat akhlak macam orang tak sembahyang, malah lebih teruk tandanya ibadah dia Allah tidak terima. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N