Langkau ke kandungan utama

TEKNOLOGI ROH.

ADA SATU KELOMPOK MEMILIKI TEKNOLOGI ROHANI.
( DOA SENJATA ORANG MUKMIN ).

Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas,  bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama. Dalam Al-Quran disebutkan: 
" Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara"
 ( Al-Hujuraat: 10).


Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman yang menjadi pendokong utama perjuangan Imam Mahdi. Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin.


Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digambarkan dari atsar (ucapan) Sayyidina Ali dan itulah ciri-ciri yang Rasulullah SAW sampaikan. 


Mereka itu diikat oleh satu pemimpin, iaitu mereka didisiplinkqn dalam Jemaah tariqat. Mereka  mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. 


Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. 


Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat. 
Bagaimana Ikhwan itu boleh jadi selaras fikiran, perasaan dan tindakannya? Ini kerana roh, yakni raja dalam diri mereka itu sama. Bagaimana roh boleh sama sedangkan jasad mereka terpisah satu sama lain? Inilah keajaiban roh. Roh adalah unsur dalam diri manusia yang boleh berhubung satu sama lain walaupun jasad orang itu tidak bertemu. 


Untuk lebih mudah faham mari kita lihat teknologi atau sistem telefon selular. Cara kerja sistem telefon selular ialah microchip dalam simkad telefon boleh berhubung dengan satelite dan satelite menghubungkannya dengan microchip di simkad telefon yang lain. Dengan sistem kerja itu, maka kita menghantar dan menerima maklumat dari telefon kita kepada telefon orang lain, samada dalam bentuk tulisan, percakapan dan gambar.


Teknologi roh Ikhwan jauh lebih canggih dari sistem telefon selular itu. Roh seorang Ikhwan dapat berhubung dengan roh ikhwan yang lain tanpa sebarang media lahir. Sedangkan teknologi telefon selular sangat bergantung kepada media lahir seperti microchip, satelite, pemancar, ibusawat, operator dan sebagainya. Kelajuan teknologi telefon selular juga sangat dipengaruhi oleh alam seperti bentuk muka bumi, cuaca dan jarak. Sedangkan kelajuan teknologi roh bebas dari pengaruh alam tersebut. 


Roh ikhwan dapat menghubungi roh pemimpin dan sesama pengikut sekelip mata sahaja. Roh memiliki sistem atau teknologi yang paling ajaib: 1. Roh  mampu berhubung dengan roh-roh lain bahkan boleh berhubung dengan Allah. 2. Roh berhubung tanpa perlu media lahir. Sedangkan kalau jasad berhubung kena bertemu. Akal berhubung memerlukan media seperti telefon, buku, internet dsb.
3. Roh adalah dimensi yang berbeza, tidak dipengaruhi oleh alam, jarak dan masa. 4. Roh mampu berhubung serentak dengan seberapa banyak sasaran yang dia mahu dengan izin Allah.


Bagaimana roh-roh ikhwan boleh jadi secanggih itu? Syarat utamanya ialah pastikan roh itu benar-benar menjadi raja dalam kerajaan dirinya. Ertinya, ikhwan itu telah berjaya menundukkan nafsu dan akalnya sehingga menjadi taat sahaja kepada rohnya. Roh benar-benar berkuasa dalam diri, bebas merdeka, mampu bergerak kemana sahaja tanpa diganggu oleh akal dan nafsunya. Maka roh yang beginilah yang mampu berhubung dengan roh pemimpinnya. 


Roh ikhwan itu berjaya menghadirkan roh pemimpin 100% ke dalam dirinya. Jadi, hakikatnya roh pemimpin itu yang menjadi penasihat roh Ikhwan. Segala keputusan roh Ikhwan adalah dari roh pemimpinnya. 
Jadi kalau semua roh ikhwan itu menghadirkan roh pemimpin, maka jadi samalah perasaan mereka. Sebab itulah bila diberi sahaja arahan, mereka terus faham dan taat untuk bertindak. 


Jika masih diarah-arahkan, disuruh-suruh, dipaksa-paksa untuk bertindak, ertinya kita masih belum serius mengusahakan ciri-ciri ikhwan tersebut. Roh belum menjadi raja diri sepenuhnya kerana masih diganggu dan digugat nafsu dan akal. Ertinya, kita masih belum jadi orang roh. Bila mendapat arahan kita masih fikir-fikir,  nak taat atau tidak, nak buat segera atau tunggu dulu. Atau masih mentafsir-tafsir dan mengandai-andai sendiri.  


Itu menunjukkan roh kita belum selari. Lebih-lebih lagi bila pemimpin sedang diganggu dan digugat, bila jemaah sedang dipecahbelah, kita tak rasa pun nak bela. Atau kalau dah rasa pun tapi tak tahu macamana nak bela. Atau kalau dah bela pun tapi tak serius. Itu menunjukkan kita masih belum selari dengan pemimpin. Kita masih gagal menghadirkan roh pemimpin ke dalam diri kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N